BANJIR DI PULAU PINANG TAHUN 2017

Sepanjang aku stay Penang, ni la pertama kali nampak depan mata Bayan Baru dilanda banjir teruk.  Masa ni cuti niaga, hari Jumaat. Santai-santai dalam rumah ja sebab hujan dari pagi.

Sampai waktu malam hujan selebatnya turun non stop. Tu juga punca banjir, dengan keadaan penang ni longkang kerap tersumbat lagi. Terhasil la banjir besar.

Masa ni agak kelam kabut sikit, sebab jiran habaq suh kalih keta p kat tempat lebih tinggi. Sekali suami aku laju-laju p kalih keta.

Yang lucunya, berejam aku nunggu hafiz, tapi tak muncul-muncul. Maklumlah orang perempuan ni bukan boleh suaminya hilang lama-lama depan mata.

Adik aku masa ni stay rumah aku dia cuti semester, nak pinjam tenaga dia untuk cover aku. Adik ipar nak bertunang, minta aku uruskan hal hantaran. Tu aku standby la minta adik aku mai penang.

Ada hikmah la adik aku, Witri teman aku. So kalau kakak dia nak potpet adalah yang sudi dengar ekekekeke. Hairan sungguh aih suami aku ni. Dah la hujan lebat, aiq makin naik, makin keruh

Mana p entahlah, dengan tak bawa fon. Tapi tu la dia mana nak sempat nak fikir bawa fon, fikir nak selamatkan kereta ja. Ngahahahahhaha.

Fuhhh bukan biasa-biasa la banjir masa waktu ni. Mujurlah rumah flat ni jenis tapak tinggi. Allah swt Maha Baik walau kami rumah ground floor, Dia izinkan terselamat.

Masa ni juga aku risau anak-anak meow aku di bawah pokok, kedai kopi arwah pak mertua aku yakin tak masuk aiq sebab tapak jenis tinggi.

Kalau kedai-kedai lain memang hujan lebat biasa pun senang aiq naik, depa tapak rendah. Masa ni hanya mampu doa ja anak-anak meow dilindungi, dan bijak bawa dan lindung diri.

Punya lama aku tunggu suami aku balik, akhirnya dia balik juga sambil pakai payung. Fuhhh lega uiii. Rupa-rupanya suami aku stuck, kereta dia p bawa silap tempat. Tak ada pengalaman punya pasal.

Kesian ha sampai jauh sana dia bawa kereta, nak lari dari air banjir, sekali kelaut juga adehhhh. Takleh buat apa, Hafiz biarkan ja keretanya tersadai belakang rumah teres orang.

Hafiz ajak aku p jalan kaki nengok. Kali kedua redah banjir, kali pertama Disember 2016, tapi tak la seteruk yang ni. Jalan kaki redah banjir yang ni lebih jauh hahahahha

Kesian nengok penghuni rumah-rumah teres kat situ. Semua sibuk selamatkan barang, redho jela gamaknya. Kelakar ja aku ngan Hafiz redah banjir. Macam wakil rakyat turun p melawat penduduk wakakakakak

Kereta Hafiz rosak asbab banjir ni. Alhamdulillah kerajaan Penang prihatin, depa bagi bantuan sebanyak RM700 setiap individu yang kerosakan kereta. Aku memang suka beno kerajaan Penang bab bantuan depa lajuuu terbaik!

Korang boleg tengok gambar-gambar yang aku sempat snap, dari awal air jernih, sampai la air jadi keruh. Risau juga masa ni, macam-macam dalam kepala, syukur dalam jam 3 pagi macam tu hujan berhenti.

Lega sangat-sangat, kalau tak tak senang nak lena. Risau aiq naik masuk rumah ekekkeke. Pengalaman ni buat kita lebih bersedia. Tapi lepas kejadian banjir ni ada beberapa perkara berlaku, next entry hee. Macam biasa kami semua peniaga kerjasama bersihkan kedai untuk terus meniaga.

Korang pernah ada pengalaman harung banjir? Aku ni imaginasi tinggi sangat, risau ular, ulat ke apa lalu kat kaki ahahahahha. Macam apa laaa. Jemput nengok koleksi gambar banjir ekkekeke






























وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

PENGALAMAN MASUK ALAM PEKERJAAN SELEPAS SPM KENANGAN BEKERJA DI KEDAI PAKAIAN OPTIMO PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽