Posts

Showing posts from August, 2018

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Image
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 Negaraku Malaysia Tengah khusyuk tengok berita jam 1.30 petang tadi kat TV3. Keluar berita pasal persiapan ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba Jumaat ni iaitu 31 Ogos 2018. Tahun ni sambutan akan berlangsung di Putrajaya. Aku dan rakan sebaya aku masa form 2 pernah ada kenangan kat Putrajaya tahun 2005. Kami berpeluang join perarakan sambutan. Aku sedar selama ni aku abaikan ja tiap tahun kalau tarikh 31 Ogos tiba. Yela lepas dah masuk form 3 fokus kat pmr, pastu dah form 4 sampai form 5 dok dalam hostel diam² (diam ke) fokus spm. Lepas spm plak kerja, pastu sibuk sambung pra diploma. Dan seterusnya sibuk dengan diploma. Sampai lah dah habis belajar pun kau sibuk pula dengan kerja. Hahaha! Takde langsung nak ambil tahu pasal negara. Dah tu lepas kahwin kau sibuk dengan meniaga. Tahun lepas dapat cuti kau bantai pergi bercuti dengan laki kau kat pantai timur sana. Sudahnya sambutan kemerdekaan tak kau endah. Jadi tadi ak

JANGAN PERNAH NAFIKAN SIFAT ALLAH SWT YANG MAHA ADIL

Image
Jangan pernah nafikan bahawa ALLAH SWT Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kenapa perlu cemburu? Kenapa perlu dengki?  Kenapa perlu persoalkan?  Kenapa perlu bezakan?  Dalam soal miskin mahupun kaya Orang miskin tak perlu pening² fikir macam mana nak jaga pelihara harta benda, atau risau penyangak curi rompak harta kau. Malah keselamatan pun kadang bahaya. Orang kaya pula tak perlu tahan perut berlapar, selesa tidur, bebas bersedekah untuk peroleh pahala, beribadah di tempat yang selesa.  Dalam soal belajar tak tinggi atau tinggi Zaman sekarang yang belajar sampai spm tak payah pening² terikat dengan hutang belajar. Tinggal usaha kerja lebih masa je kalau nak topup income. Boleh dah kumpul harta tanpa hutang belajar. Yang belajar tinggi kau boleh mula bekerja dengan gaji yang tinggi. Dengan gaji tu la boleh bayar loan blja. Kerja kau tugas memang pecah kepala tapi berbaloi dengan gaji. In shaa Allah.  Dalam soal lambat dapat jodoh atau cepat dapat jodoh Yang

BATIK OVEN PENSONIC LIMITED EDITION 💃

Image
Ini satu perangkap. MH kata nak beli ni senang nak bakar² ayam ke daging ke. Bila dh aku bakarkan ayam dia kata pula 'Sayang jom esok beli bahan buat kek' . Haaaa tudiaaaa, halus ja mainan. Kita ni sayang suami, MH ni suka makan manis², bahaya kalau aku bagi muka. Jaddddi kek sebulan sekali sudah la ye bangg. Kau pagi² dah la suka bantai kuih muih manihhh². Kalau kek choc indulgence best gk niii. Ehh alamak aku pun dh terpengaruhhh. Bahaya² ! Batik Oven by Pensonic! Dah la harga murah, cantik plak tu. Masa kami beli ni last stok. Rezeki betol. Alhamdulillah. Sedap mata memandang. Terima kasih ye Pensonic keluarkan oven secantik ni. Tak tahu lah ada lagi ke tak kat pasaran. Aku beli ni kat Tesco Extra Sungai Dua Pulau Pinang. Korang kalau berminat boleh la tengok kat Tesco terdekat. Bersama-sama kita kumpul barang yang unik kebabommm 😂 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

LANGIT BIRU CERAH YANG MEMBAWA MAKNA ⛅

Image
Biasanya kalau nampak langit biru awan pun macam halus ni, ha tu tanda nak hujan lebat malam hari nanti. Selalunya la. Hihihi. Kita tak kisah hujan malam hari jangan siang hari nanti ais batu tak laku. Malam hujan sejuk, senang nak tdoq. Apa pun alhamdulillah dengan cuaca macam mana pun Allah SWT tetapkan. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111