TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Taman Bandaraya Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Taman Belia antara lokasi paling popular bagi masyarakat negeri Pulau Pinang.

Masuk percuma, parking yang disediakan pun sangat banyak. Taman ni sangat luas dan dijaga dengan rapi oleh pihak yang dipertanggungjawab menjaganya.

Pelbagai kemudahan yang kerajaan Pulau Pinang sediakan. Antaranya padang bola, track joging, taman permainan, alat senam, kolam mandi, dan banyak lagi.

Disebabkan itu juga la ramai penduduk Penang serbu lokasi ni tiap kali cuti. Senang cerita memang automatik penuh dengan manusia.

Mana taknya masuk free, kemudahan pun banyak yang menarik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak memang takkan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini.

Kita juga dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Selain tu juga ada track jungle tracking, ala-ala hiking gitu.

Bila dah sampai puncak boleh tengok pemandangan alam yang sangat indah. Pencinta alam yang jenis suka teroka pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang boleh la buat aktiviti ni.

Dibuka setiap hari sehingga jam 7 malam. Jangan lepaskan peluang kalau korang mai Penang singgahlah Taman Belia ni.

Kami berdua laki bini bila free akan datang ke sini dating naik moto untuk elak jem. Ngahaha. Seronok sangat bila dapat singgah ke sini.

Jom kita nikmati panorama dan kemudahan yang ada sekitar Taman Bandaraya 



Hirup udara segar sambil lihat keindahan alam ALLAH SWT. Alhamdulillah ❤



Kreatifnya siapa yang buat kerja tangan macam ni. Boleh lah pengantin baru ber'outdoor' kat sini. Sebelum ni takda, ni kira landskap baru la ni. Terbaik! 😘





Ibu bapa yang datang bercuti di Pulau Pinang rasa² nak mencari udara segar sambil nak bagi anak happy ha boleh la datang kat sini. Banyak sangat yang menarik kat sini. Bau taik lembu sebagai baja ja yang tak menarik 😑







Lihatlah sendiri kehijauan yang membawa ketenangan jiwa. Terapi minda untuk manusia. Bila berpeluang hirup udara segar ni rasa seronoknya tak terkata. Alhamdulillah






Tengoklah kemudahan apa yang depa sediakan. Tak dapat nak snap satu persatu. Paling aku suka alat senam yang picture akhir nuu. Fuhh rasa lemak pecah sikit poyooo. Suami aku semangat nak panjat bende tu, lepas la gian dia berlasak² macam masa zaman kanak² dia dulu hahaha. Layankan ajooo 😊






Laluan jalan kaki dan untuk joging di sebelahnya ada alat senam. Boleh pilih mana yang kita minat hahaha sebab tak semua aku suka. Paling aku suka berkait dengan basikal hahaha. Boleh kempiskan perut 😁








Ada art kat tembok². Boleh la nak snap picture. Kat sini ada tempat khas main skateboard hehe. Senang cte tempat ni sesuai la untuk cikgu bawa student² untuk aktiviti luar. Perkhemahan pun boleh. Tersedia tapak perkhemahan khas. Memang best sangat! 😍








Terima kasih la siapa reka phone oppo r9s yang ada fungsi beauty ni. Boleh la cover kekurangan muka kami laki bini. Nampak la sikit muka g spa tiap minggu konon hahaha. Suami aku sekarang dah pandai posing, sangat memberi kerjasama. Muka aku plak jenis teruja tengok pool. Nasib ada appointment ambil stok susu kambing kalau tak ku bawa pakaian spare untuk berendam 😂


Video di YouTube Pasemboqtempe Channel


Tengoklah berapa banyak kolam depa sediakan punyalah bagus. Untung orang penang. Nak bagi anak mandi free datang ja sini. Huhu. Tempat salin baju, tandas, shower, surau, cafe, kedai, apa lagi ha semua tersedia.



Dulu lagi meriah sekarang maybe dah banyak tempat baru kat penang ni jadi kedai pun tak banyak. Dulu husband kata ada kedai² jual cenderamata tp dh xda dh. Kerugian kot. Pape pun tmpt ni stay cool i likeee.

Ha video time lapse last sekali tu aku rakam masa nak menuju ke moto. Bos panggil balik, masa dah time nak amik susu kambing plakk. Sekali aku kena tipu daa, dia bantai ajak singgah rope walk plak hahaha 😅


Pulangg marilahh pulangg

KEMUDAHAN

• Taman Permainan
• Alat Bersenam
• Aktiviti Lasak
• Padang
• Kafeteria
• Gymnasium 
• Kod Badminton
• Kolam Renang
• Tapak Perkhemahan
• Jungle Traking
• Tapak Skateboard
• Tandas Awam
• Tempat Persalinan
• Tempat Mandi
• Surau
• Kedai 
• Parking 
• Lain²

YANG SERONOK,
وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat