Posts

Showing posts from October, 2018

AYAM PANGGANG AYAMAS MENGGAMIT MEMORI

Image
Dari zaman kanak-kanak lagi memang dah kenal dengan keenakan ayam panggang Ayamas ni. Tiap kali balik berbelanja dengan keluarga sekitar Seksyen 18 Shah Alam mesti akan bau ayam panggang Kedai Ayamas. Abah suka pergi Pasaraya Giant, sebab dekat sikit dengan rumah. Aku rasa masa tu Pasaraya Giant ja paling dekat, paling banyak pilihan. Situ jugalah kami anak beranak potong rambut, beli kek ulangtahun kelahiran, beli cd, beli baju sekolah, beli kasut, beli pakaian harian. Betul² menggamit memori la senang kata, sekarang umur aku pun nak mencecah 27 tahun. Perggh cepat masa berlalu. Abah aku memang pandai belanja anak² makanan yang sedap. Citarasa tu memang orang kata tepat dan jitu la. Termasuklah belanja kami sekeluarga makan ayam panggang made by Ayamas. Perghh best makan dengan nasi putih saja pun dah sodapp. Janji dapat cicah dengan sos cili original dari dorang. Abah bungkus seekor potong siap bawa balik kami kekah ramai². Paling aku tak lupa, dari Shah Alam abah beli ayam p

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

Image
Zaman kanak² bertambah riang bila dapat merasa jajan yang sedap², dah la sedap murah pulak tu. Memang comfirm mengundang penyakit. Tu pun kalau tak kawal pengambilan. Heee.. Syukurlah Abah had kan anak² makan jajan ataupun air gas yang tak elok untuk kesihatan. Jadi hanya hujung minggu ngan cuti sekolah aja bantai makan jajan. For sure bukan depan abah, kang kena bebel heee. Salah satu jajan yang paling sedap, rasa masin pedas fuhh memang yummii sangat. Harga sebatang pun dok ada 10sen kadang ada kedai jual 20sen.  Korang suka juga kan jajan ni?  وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

NASI CAMPUR MURAH & SEDAP DI FOOD COURT TESCO EXTRA SUNGAI DUA GELUGOR PULAU PINANG

Image
Nampak sedap kan. Semua elok dah kecuali keli masak sambal tumis tu, masin sikit. Hehehe. Pape pun kami laki bini tetap suka makan nasi campur kat Food Court Tesco Sg Dua. Kalau cuti hari Jumaat atau meniaga setengah hari kami mesti singgah Tesco Sg Dua, sedap menepati cita rasa. Harga pun tak mahal pun. Boleh la try ye mana yang dekat. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

LANGIT MAGHRIB YANG MENHADIRKAN PERASAAN SAYU 🌆

Image
Aku memang suka sangat snap picture pemandangan senja ataupun maghrib masa aku tolong MH kat kedai. Mata ni terang² nampak depan mata. Hati tenang ja... Kita lihat sama² alam ciptaan Allah SWT yang indah dan hebat. Memuji kekuasaan-Nya yang tak terhingga. Kadang suka tengok, bila tengok kita akan sedar kita sangat kerdil. Kadang juga bila tengok tu termenung jauh ingat dosa silam, ingat masa lalu, kenangan lalu yang jauh tinggalkan kita. Terbawa-bawa hehehe tak elok kooo. Yang elok tu kalau ingat dosa dan insaf ngahaha. Korang ada yang jenis macam aku tak pantang nampak pemandangan cantik² mesti snap laju²? 😁 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

MACAM MANA NAK BUAT DENGAN DUIT KOYAK / ROSAK

Image
Mesti korang pernah dapat duit koyak dari mana-mana kedai atau dari sesiapa pun tanpa korang sedar. Bila dapat tu comfirm ada satu perasaan macam segan nak guna, takut kena reject terutama kalau kat pasaraya besar. Lepastu korang simpan berkepam la duit koyak tu tak pakai sampai bila pun. Malu punya pasal, sanggup simpan dari guna. Ada juga di kalangan kita ni yang dah tahu pihak Bank Negara boleh uruskan bab duit koyak atau rosak. Menonong pergi Bank Negara jauh nun... Korang boleh walk in ke cawangan Bank Negara yang berdekatan, check google. Habaq kat kaunter pertanyaan korang nak tukar duit koyak. Nanti korang berurusan dengan staf Bank Negara melalui kaunter tertutup hat ada lubang untuk bercakap tu. Then nanti korang akan diberi borang. Isi maklumat dalam borang tu, yang mana dorang arahkan dan pastikan korang dah tau jumlah duit yang nak ditukar tu. Dah siap isi borang boleh bagi kat pegawai bank tu. Then depa akan proceed, sekejap saja urusan. Nanti dorang akan panggil korang b