Posts

Showing posts from 2020

PERSAMAAN TAHUN 2010 DAN TAHUN 2020

Image
Lagi berapa hari ja nak masuk tahun baru kiraan kalendar masihi, 2021. Nak katup dah tahun 2020, tahun yang nombornya memang cantik.  Cantik sampai kita dari zaman hingusan tersemat dalam ingatan yang tahun 2020 ni adalah tahun istimewa. Kita duk fikir tahun ni teknologi sangat wow, contoh kereta terbang. Elok juga pemikiran Tun M ni pasalnya beliau ada target. Positif you know what I mean heee Tak mahulah aku perlekeh apa yang Tun M duk katakan wawasan 2020 dari zaman kita kanak-kanak lagi. Pada aku teknologi yang ada sekarang pun dah cukup mantap, memudahkan dunia manusia. Merosakkan pun banyak juga wakakakka. Sila behave ya orang muda mahupun yang tua.  Setiap antara kita mesti mahukan yang terbaik dalam hidup kita, nak berjaya, nak bahagia. Aku percaya semua antara kita ada target masing-masing setiap tahun. Nak nak pula angka 2020 ni cantik, kita semua muka shining² ja masa masuk tahun baru 2020 ni. Sekali cobid mai. Jemmm terus. Allahuakhbar! Astaghfirullah...  Apa pengalaman kor

APPS SCREEN FILTER PHONE PALING TERBAIK

Image
Ramai antara kita dah terbiasa sebelum tidur mesti belek phone  masing-masing. Masa tu comfirm segala cahaya lampu dah dipadam. Semua orang pun memang tak suka tidur dalam keadaan terang. Senang cerita selagi tak gelap memang tak boleh lelap. Tetapi yang menjadi masalah adalah bila mana cahaya screen phone mengganggu keselesaan mata kita. Walaupun hampir kebanyakan jenis phone ada fungsi brightness tersendiri, tapi tak cukup membantu. Tetap cahaya tu terang juga. Setuju tak?  Contoh fungsi Eye Protection phone Oppo R9s Jadi perkongsian kali ni kita nak kenalkan satu Apps dalam Play Store yang sangat membantu, menjaga serta melindungi mata kita. Sebagai seorang hamba Allah swt, kita diwajibkan berusaha menjaga amanah atau anugerah yang Allah swt berikan. Nikmat kesihatan mata adalah sesuatu yang sangat bernilai, tiada gantinya. Jangan pandang remeh hal penjagaan mata. Di zaman teknologi hujung jari ni segalanya tersedia ada. Tinggal kita saja yang usaha mencari dan mengubahnya. Jom ikut

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

Image
Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak? Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo. Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas.  Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni. Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya. Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni. Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video. Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha! KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS  Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq. Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses. Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu. Kad akses kenderaan scan bila masuk dan k