Posts

Showing posts from May, 2019

TUTORIAL BAGAIMANA SHARE ALBUM DALAM FACEBOOK ESPECIALLY UNTUK ORANG BERBISNES 💡

Image
Hi semua. Kali ni kami nak tunjuk cara macam mana cara nak share album yang ada dalam akaun Facebook korang. Biasanya yang memerlukan langkah ni adalah peniaga macam kami. Hihihi. Mesti kita nak promote semula apa yang kita dah upload lepas² kan. Mesti kita siap² dah simpan dalam album khas kan kan. Tapi jenuh kenapa tak keluar fungsi share bila kita view album kita tu dalam apps Facebook. Actually, dalam apps Facebook memang depa setting automatic macam tu. Tak tahu kenapa tapi kami ada jalan penyelesaiannya. Berikut adalah contoh view album jika kita pakai aplikasi Facebook dalam nset kita. Jenuh dok fikir ate macam mane nak bagi ada button share nyee. Tiada perkataan 'Share' sebelah 'Comment' Jadi kami nak kongsi bagaimana caranya untuk bagi album kita di post dalam timeline kita. Ha boleh la korang nak throwback ka album lama². Langkah 1 Buka Google Chrome Langkah 2 Buka website FB dan log in akaun FB anda Langkah 3 Klik 3

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU TAHUN 2019 🌹

Image
Selamat Menyambut Hari Guru Buat Semua Guru & Pensyarah Seluruh Malaysia 😘 Hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalas jasa kalian di dunia dan akhirat. Semoga kalian peroleh kebaikan, kebahagiaan dan keberkatan dari ALLAH SWT. Aamiin Ya Rabbal'alamin. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

Image
Pada sesiapa yang mencari lokasi makanan yang sedap dan banyak pilihan menu salah satunya adalah Joe Cafe yang bertempat di Relau, Pulau Pinang. Kami kerap juga makan atau tapau untuk makan malam kami. Antara menu favourite kami adalah Nasi Pecel Ayam, Nasi Pecel Lele (Keli), Nasi Ayam Penyet, Nasi Lele Penyet, Sate Padang, Chicken Chop, dan Bakso. Ayam goreng untuk menu nasi nasi yang depa jual memang sedap, pekena dengan sup perghh terangkat, hanya sedap dimakan bila panas-panas. Kami galakkan anda makan di gerai depa, nikmatnya lebih sikit hehehe almaklum panas-panas, fresh gitu. Sama juga dengan menu Bakso depa. Kemain pedas terangkat kalau buh sambal khas depa. Macam kami biasa akan mix kan sambal dengan kicap manis yang depa sediakan. Selain tu, paling popular kat situ keenakan Sate Padang depa. Kuah Sate Padang ni lebih kurang macam rasa masak lemak, tapi version pekat dan pedas sangat. Makan panas-panas memang terangkat sangat. Tak pernah menghampakan. Chicken Chop

PELIHARA KELUARGAMU

Image
Dalam setiap kehidupan manusia pasti tak akan terlepas dari pelbagai jenis ujian. Antaranya adalah ujian dalam keluarga. Pasti ada di antara kita yang diuji dengan kekurangan ahli keluarga yang bermasalah. Tak kisahlah siapa pun, baik ibu, baik bapanya, atau mungkin anaknya. Mungkin semua ahli keluarganya tidak bermasalah, tetapi salah seorang paling bermasalah. Mungkin juga ada situasi, semua ahli keluarganya bermasalah dan hanya seorang saja yang tidak bermasalah. Ada yang sebaliknya dan pelbagai situasi yang ada di luar sana. Jika sedang diuji dengan masalah keluarga, usah bersedih mahupun lemah. Sentiasa ingat bahawa apa yang jadi dalam kehidupan kita adalah takdir yang Allah SWT tetapkan. Jangan sesekali abaikan ahli keluarga anda. Sebaliknya sentiasa beri teguran, nasihat dan semangat. Jika bukan kita siapa lagi yang dapat membaiki kelemahan darah daging kita. Andai segala usaha sudah dilakukan tetapi tidak membuahkan hasil, redho lah. Anggap sahaja itu adalah ujian kehidup