Posts

Showing posts from October, 2012

SEMESTER AKHIR 4.0

Image
Hihuha. 29 & 30 Oktober memang antara dalam sejarah hidup aku. Hari aku sibuk memerah otak juga menggunakan otak. Dah berlalu. Alhamdulillah. Yang lepas biarlah lepas. Final exam kali ni memang lain dari sebelum ni. Al maklum la semester last. Aku harap semuanya berjalan lancar. Aamiin. Coming soon. 4 & 11 nov. Tarikh yang penuh jarak. Between paper Kejuruteraan Alam Sekitar & Kejuruteraan Jalanraya & Lalulintas. I will do my best. Saat ini aku masih dalam keadaan tak mula study lagi. Kiki. InsyaAllah esok aku mula :D Tak lama lagi tittle aku sebagai student bakal tamat. Kaka. Pasni akan rindu zaman jadi student. Apa pun yang bakal jadi lepas ni hope aku sentiasa kuat menempuh apa-apa cabaran kat luar sana. Mak Abah & family mesti happy bila aku dah habis belajar nanti. Hampir 6 tahun hidup aku asyik jauh dari family. 2007 sampai 2008 - Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 2009 - Kolej UNIKOP (Pra Diploma Sains UiTM) 2010 sampai 2012 - IKIP Intern

TIPS SIHAT NABI MUHAMMAD SAW 😘

Image
JOM IKUT SUNNAH Mandi pagi sebelum subuh boleh mengurangkan lemak berkumpul. Sujud 1 minit selepas solat subuh dapat mengelak daripada sakit kepala. Hisap hujung jari selepas makan membantu mencernakan makanan. Elakkan kombinasi makanan berikut - susu+daging, daging+ikan, ikan+susu, ayam+susu, ikan+telur, ikan+daun salad, susu+cuka, buah+susu (koktel) Kombinasi makanan tersebut akan menghasilkan tindak balas biokimia yang akan merosakkan usus kita.

Keajaiban Di Bumi Gaza

Image
Bismillah. Assalam. Aku terbaca 1 post ni kat FB. Ya Allah! bila aku baca rasa menggigil satu badan. Rasa sedih pun ada sebab langsung tak tahu ada peperangan besar sekarang kat negara seislam sendiri. Gaza. Menggigil sebab keajaiban yang terjadi tu susah nak dengar dan terjadi di zaman sekarang ni. Ni post yang aku baca dari FB sebelum aku baca ke website artikel yang sebenar. Untuk artikel selanjutnya KLIK SINI

PEMANDANGAN LONGKANG TEPI JALAN YANG INDAH

Image
Nampak indah ja kan pemandangan tepi longkang ni? Google ekekeke Berhenti rehat siapkan projek paling akhir nak bentang esok. Buruk kan perangai? Haha. Ni subjek Highway & Traffic Engineering. Puan Afzan yang ajar. Aku & kawan aku mati akal nak snap picture kat tepi lebuhraya macam mana entah. Haha. Hanya picture longkang tertentu ja aku dapat snap. Ha! Satu yang best projek ni kami kena snap gambar selfie bersama longkang tu. Wakakaka. Nak suh sapa tangkapkan ek. Huhu. "Road Drainage" ni la tajuk yang aku dapat. Oleh sebab membe sekelas aku duk rumah sewa, so kenalah buat sendiri. Mujurlah aku ada P1wimax ni. Kaka. Ok tata. Kunci mulut jap. Buka untuk karoeke je :P Mohon tak mendung kelabu. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

SEMINGGU SEBELUM STUDY WEEK

Image
Isnin - Pagi kul 11, kelas akhir Alam Sekitar. Puan Diana bg carry mark. Alhamdulillah ok. Bincang tips final. Puan still bagi peluang utk 5 markah carry mark. Buat assignment. Kul 12 lebih makan ngan kak su & azira. Lepas tu siapkan assignment. Kul 4 ptg submit. Pastu g kelas Projek. Bincang paper final yang lepas. Thanks Puan Jue. Selasa - Pagi, petang kelas takde. Cik Nadia mc lg. Kelas design cancel. Sambung buat proposal. Menunggu turn untuk siapkan projek Design 2. Aku pilih foundation. Kena tunggu pengiraan beam dr kak su. Proposal oh proposal. Selamat la ada contoh. Kul 9 baru mula study untuk Test 3 Highway esok. Fuhh. Wasie abangku konvo ari ni. Abah je dapat teman. Al maklum la ari selasa. Abah terbaik ! Rabu - Kul 11 lebih jawab Test 3 Highway. Agak lambat sikit habis. Kurang fokus. Tu kelemahan aku. Careless tak henti-henti. Tu la aku. Tak serik-serik. Marah kat diri sendiri. Kul 2 petang naik R1 ada perjumpaan Mentor Mentii. Ok tahap kesabaran amat di

SENDIRI LAGI

Image
Masa aku tengah menaip post ni, aku berehat sambil garu kepala yang gatal nak mampos ni. Em. Haha. Serabut serabut buat projek untuk subjek Pengurusan Projek & Amalan Pembinaan ni. Tajuk untuk sem aku kali ni. Kertas cadangan membina kondominium di Taman Gelora Kuantan Pahang. Taman Gelora oo. Haha. Aku nak tergelak. Tapi tahan-tahan. Nak dekat exam, kang ilmu aku terbang melayang pula banyak-banyak :P Ye. Pensyarah aku tugaskan kami buat proposal. Hardcopy and also presentation. Hihi. Untung pada mereka yang batch intake Julai. Batch yang sememangnya ramai pelajar masuk. But not me. Aku masuk intake Januari 2010 yang lalu. Huhu. Sbb tu aku bakal habis diploma ni hujung tahun ni 2012 :) Haha. Sebelum nak habis kena pulun-pulun otak, dan silap haribulan pengsan tak bangun-bangun. Hahuhi. Tengok aku gelak pun dah mereng. Ok macam biasa student intake sikit macam aku & kawan-kawan sekelas aku mesti nasib kureng sikit. Eh tak baik tau. Semua ada kelebihan. Ye

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

Image
Bismillah. Assalamu'alaikum :) Tiba-tiba teringat nak kongsi sesuatu yang InsyaAllah boleh bawa kita renung sedalam-dalamnya kata-kata ni. Petikan skrip dari filem Bohsia 2. First time aku dengar je ayat-ayat ni terkeluar dari mulut abang ncem Syamsul Yusof ni. Aku sebut wow! dalam hati . Jom baca bagi sesiapa yang tak tengok lagi filem ni. Memang tak dapat dinafikan lagi kebenaran ayat-ayat kat atas ni. Bukan hanya pada kelab sahaja kita berbuang duit. Banyak lagi perkara lain yang tanpa kita sedar kita pilih jalan yang susah. Contoh, seorang wanita yang sanggup berhabis duit dengan membeli pakaian yang mahal tidak tutup aurat. Sedangkan perkara itu terang-terang membawa ke neraka jahanam. Contoh lain. Dadah yang membawa kita ke arah keburukan. Menempah neraka durjana kerana sanggup merompak, meragut, membunuh semata-mata ingin mendapatkan satu barang yang langsung tidak memberi apa-apa faedah pada diri kita sendiri. Dadah harga bukanlah murah. Aku tahu sebab aku

BOBOK LEWAT

Image
Macam ni lah gaya nya kalau buat kerja last minit. Wahaha. Semalam aku tidur lepas solat subuh, siapkan assginment. Dapatlah ilmu untuk segala anak cucu cicit Ujian-Ujian Batu Baur & Ujian-Ujian Bitumen. Kiki. Alhamdulillah dah setel. Ingat kul 5.30 pagi dah siap tu terus nak tidur. Tapi.. rasa macam tak selesa la pula badan ni. Masuklah bilik  air. Si membe aku ni dah lelap dah, lampu bilik aku pun dah tutup. Dalam bilik air tiba-tiba aku dengar bunyi azan subuh. Haaaaa.. Ni nampak sangat tak bagi aku tidur ni. Takut terlajak tak bangun subuh. Apa lagi, laju-laju aku kuar untuk amik towel. Fuhhh sejuknya air kemain lagi. Segar je rasa badan ni. Harap-harap ada la lemak yang pecah (ce baca post ni TIPS SIHAT NABI SAW ) . Lepas mandi dengan gigil aku siap untuk solat subuh. Haaa lega dah buat ibadah. Aku terpaksa juga tidur lepas subuh. Ecehhh ayat macam tak biasa pula tidur lepas subuh. Kaka. Dah siapa suruh gatal-gatal buat kerja last minit. Amik kau ! Hee. Walau

Chrysanthemum Tea Antara Air Kesukaan Aku

Image
Sambil aku rehat dari siapkan assignment ni, eloklah aku sambung merepek kat blog aku ni. Kali ni nak kongsi salah satu air kegemaran aku. Chrysanthemum Tea namanya :) Pergilah mana-mana kedai kat luar sana,  kemungkinan besar memang aku akan beli air ni. Tu pun kalau kewangan tengah stabil. Ambil tanpa fikir dah. Kalau tengah kering sikit poket, aku pilihlah air kotak ja. Haha. Murah sikit. Janji dapat basahkan tekak yang kering tatkala penat bershopping mahupun window shopping.  Bila berjalan kat pasar malam atau pasar tani kalau bernasib baik jumpalah air ni. Sebab kadang-kadang je air ni ada kat pasar-pasar. Kat bazar waktu Ramadhan pun ada juga. Fuhh rasanya segar :) Contohnya macam bawah ni. Cantik kan. Hahaha. Suci dan murni ja air ni. Geram ! Dapat yang kurang manis lagi syok rasa kat tekak.  Ok setakat tu je perkongsian. Korang pun boleh kongsi juga apa minuman kegemaran korang kat komen post ni. Kot kot kita sama minat ke. Hehe. Tata korang. Sambung

ALAM MIMPI | HANTU JALANRAYA

Image
Aku masih teringat-ingat lagi mimpi aku semalam. Hee. Lawak pun ada. Sebab hantu tu aku nak bunuh tapi tak mati-mati pun. Liat betoi. Situasi.. Kami sekumpulan kawan, dalam 6 orang. Yang pasti semua budak bilik aku ada. Kami jalan-jalan tiba-tiba ada sorang budak perempuan ni. Besar dia macam budak skola rendah. Dia nak sangat ikut kami. Sekali ikut-ikut rupanya budak ni hantu. Jeng jeng jeng. Hahaha. Kami naik kereta, budak tu pun follow sekali. Amboi duk sebelah aku lagi. Aku dalam situasi tu memang panik. Yelah aku pun takut hantu. Hahaha. Budak tu pulak memang takmau lepaskan aku, melekat tangan dia ngan tangan aku. Muka dia seram, mata tak lepas pandang aku. Nk gigit org pun ada budak tu. (Sebenarnya semalam bdk bilik ada cte psl cerekarama cte psl sorg bdk saiko ni, mak dia salu dera dia. Bapa dia salu amik duit mak dia utk beli dadah. Kiranya mak dia lepaskan kemarahan kt dia, bla bla.. :D ) Kuat sangat dia pegang tangan aku. Yang lawaknya dalam mimpi aku tu. Kereta ya

OH CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE

Image
Dapat lepaskan gian huhu. Gian mamam coklat. Kawan belikan tadi hikhik. Kali ni aku cuba makan Cadbury Hazel Nut. Tapi rasanya tetap tak sesedap Black Forest sayaaaaa. Rindu Black Forest. Apa-apa pun Black Forest tetap ranking teratas coklat paling sedap. Macam kat Makmal II masa tu. Bape kali la aku beli entah 3 kali kot sepanjang seminggu lebih aku kat UTM KL tu. Haaa m empersembahkan Black Forest tomey saya وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

MASA LALU

Image
Masa lalu .. Terkadang aku rindui .. Terkadang aku ratapi .. Masa lalu .. Terkadang terasa bahagia di hati .. Terkadang terasa pedih di hati .. -ManusiaBerdosa- LAIN LAIN •  Bila Aku Keseorangan •  Aku Lalui •  Wahai Hati •  Tak Pernah Lupa •  Dipinggir •  Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

RAGAM DIRI SENDIRI YANG PELIK DAN MERIMASKAN

Image
Saat ini aku rasa macam nak termuntah. Hahaha. Aku sebenarnya tak boleh bau makanan yang sama aku makan tadi. Ni penyakit aku. Kalau kat rumah bila ada sesiapa yang lambat makan dari aku confirm aku akan rasa tak sedap bau kat hidung. Hahaha. Memang pelik. Itulah aku. Banyak sangat nak muntahnya. Ada juga lagi satu sebab kenapa aku akan rasa nak termuntah. Keadaan tu bila mana aku makan sesuatu bersama minuman bersusu. Kiki. Contoh. Nasi goreng + milo panas. Hahahaha. Bengong. Tapi itulah hakikatnya. Siapa lama dah rapat ngan aku mesti tau la ragam aku ni. Huhu. Cara nak elak muntah tu terkeluar aku minum air kosong laju-laju. Hahahahaha. Tadi makan lauk nasi putih + ayam kurma + sayur + daging goreng kicap (curi lauk daging kawan punya :P) . Fuhhh kenyang walaupun nasi sikit. Aiyoo. Semua tu berharga RM4 tak termasuk dengan lauk daging. Kawan aku punya sama macam aku tapi plus ngan daging RM6. Hahaha. Mahal beno jadinya! Aku pernah snap satu gambar makanan aku beli kat kedai sebelah h

NASI PUTIH PAPRIK AYAM MASAKAN TAPAW KESUKAANKU

Image
Sepanjang hampir 3 tahun aku bergelar student yang stay kat hostel ni nasi putih + paprik ayam lah paling aku gemar. Haha. Makan tiap malam pun takpe. Yekk patutla tembam :P Aku belajar makan masakan ni pun dari sahabat rapat aku. Adira Nadiah aka Dira. Apa sebabnya sampai sekarang aku asyik order menu ni kat kedai hujung tu adalah lauk paprik ni berkuah, tak kering, ada sayur, ada ayam yummy. Kenyang kenyang kenyang. Tak semua warung boleh masak paprik ayam dengan rasa yang memuaskan. Huhu. Apa-apa pun warung hujung sebelah hostel aku ni memang terbaik. Lauk pun banyak. Air pun banyak. Tak ciput tak kedekut. Sebab tu la ramai suka beli makanan & minuman kat situ. Tadaaa mempersembahkan cik nasi putih + paprik ayam saya. Ergggh alhamdulillah kenyang ;) PERKONGSIAN •  Wahai Jiwa Yang Memberontak •  Pinjaman Wang Segera Atau Pertolongan Segera Dari Allah SWT •  Jangan Pernah Nafikan Sifat Allah SWT Yang Maha Adil •  Pelihara Keluargamu •  Benci Dosa Bukan Pendo

Hidayah Ibarat Cahaya

Image

Renungan 1

Image
Tentang Solat Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10 minit) 10 minit × 5 waktu = 50 minit. Tidur : Sehari 8 jam = 480 minit. Makan : 3 kali sehari (sekali makan = 20 minit) 20 minit × 3 = 60 minit. Menonton Televisyen : Sehari 3 jam = 180 minit. Bersembang / Internet : Sehari 2 jam = 120 minit. Bekerja : Sehari 8 jam = 480 minit. Allah SWT mengurniakan kita 24 jam (1440 minit) sehari. Apa perkara yang paling sedikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut? Perkara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak. Fikir-fikirlah. Sumber : Majalah SOLUSI

TEMPAT PERTAMA KALI MAK DAN ABAH BERTEMU

Image
Suatu masa dahulu. Ecehhh ayat. Mak pernah keja kat shell ni. Ni kat bandar Kuching Sarawak. Abah pula masa ni dia bertugas sebagai polis hutan kat Sarawak. Kiki. Mak memang cantik masa muda. Abah pun tampan masa muda. Alhamdulillah. Masa belek album lama-lama, aku suka tengok lama-lama muka mak & abah masa kami kecil-kecil dulu. Yang snap picture atas ni tak silap kakak aku kot, ke aku. Aku pun lupa. Masa ni kami balik bercuti kampung halaman kat Tebedu Serian pertengahan tahun 2012. Kami jalan-jalan jap kat Kuching. Abah pun offer nak bawa kami kat lokasi ni. Sebab aku gatal-gatal tanya pasal kisah mak & abah muda-muda dulu. Sweet :) Selain singgah Shell ni kami ada pergi ke lokasi rumah lama kami. Orang panggil dulu Kem Batu Kawah. Dulu hanya rumah papan yang berwarna biru (warna PDRM) . Masa duduk rumah tu aku kecik lagi, setahun camtu. Tomey je :P  Tak caya mai umah tengok album. Kiki. Ok sekian. Nak sambung wat assignment dulu :) وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channe

HORMATILAH YANG SEDANG MENGAJAR DAN YANG SEDANG BELAJAR 📖

Image
Teringat situasi dalam kelas yang lepas-lepas mahupun siang tadi. Kenapa lah student kadang-kadang banyak sangat nak ber ala-ala atau bagi banyak alasan kalau lecturer suruh buat sesuatu untuk kebaikan student tu sendiri. Contoh. Lecturer bagi assignment kita cakap banyak assignment lain la apa la. Contoh lagi. Lecturer nak buat kelas ganti student kata bz la apa la. Contoh lagi lagi. Lecturer kata nak buat test hari sekian sekian, mesti ada suara-suara sumbang yang kata kelas full la apa la.  Hello! Korang nak menuntut atau nak melepek bontot je datang kolej? Tau la manusia tu tak lari dari sifat malas. Tapi jangan lah terlampau malas sangat sampai lupa tujuan sebenar korang datang kat tempat belajar masing-masing. At least tak payah la banyak bunyi sangat bila lecturer suruh buat apa-apa. So tak perlu pun sebenarnya korang nak bantah-bantah, atau bagi apa-apa alasan-alasan la. Jaga lah sikit akhlak & adab. Besar ganyut dah. Spender pun dah boleh basuh sendiri. Se

Antara Koleksi 10 Lubang Terbesar Di Dunia

This summary is not available. Please click here to view the post.

KENANGAN TERAKHIR MAKMAL KEJURUTERAAN II DI UTM KL

Image
Sekejapnya dah masuk bulan Oktober. Fuhhh cepat masa berjalan.  Minggu lepas dari 17 September until 25 September aku pergi Makmal Kejuruteraan II kat UTM Jalan Semarak. Penginapan kami kat Kolej Kediaman Siswajaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pengalaman yang sangat best, walaupun semester lepas aku dah pernah pergi. Tapi tak sama macam semester ni. Sebabnya meriah sikit, budak sem 5 merangkap budak Makmal I pun join sekali. So takde la sunyi rasa hati. Tettt. Sebenarnya seronok sebab budak bilik pergi sekali. Ngee.  Ok! Balik ke Kuantan bertolak after Maghrib naik bas semput Pak Wan haha. Kecoh dalam bas tapi keadaan masih terkawal. Tahap kesabaran still ada lagi. Sila jangan terasa lebih² siapa yang memekak tu. Nak terasa pun boleh juga sebab mengganggu ketenteramanku. Gurau je :P Rasa berat hati tinggalkan hostel KSJ tu. Entahlah walaupun baru je duduk seminggu lebih. Aura duduk kat IPTA tu Allah swt je tahu. Semua aku simpan dalam kenangan. Dalam perjalan