Posts

Showing posts from October, 2020

UNBOXING FREE GIFT DARI LIBRESSE OCTOBER 2020

Image
Petang tadi MH decide pergi Mydin Bukit Jambul Mall. Macam biasa seminggu sekali topup barang yang dah habis. Ok antaranya adalah tuala wanita. Paling paling suka brand Libresse. So mata cari dulu brand ni yang ada FREE GIFT wakakaka.  Mula² nampak yang ada free tambahan pad. Lepastu mata melilau lagi, jalan merayap jauh sikit cari². Uit sekali terjumpa ha ada FREE GIFT beg la! Pandai depa naa sembunyikan hahaha. Depa buh kat barisan bawah. Stok yang ada FREE GIFT beg ni tinggal tak banyak sangat. Untung ya saya. Hikhik. Ya bende macam ni memang suka sangat. Berguna bukannya apa. Beg ni aku tak dapat agak besar mana masa amik. So aku grab ja mana yang paling dekat. Yela kan takkan aku nak kalihkan sume pad tu sampai dapat apa yang aku nak. Tak elok, tak baik. Kesian depa kena susun nanti. Kita jangan susahkan orang. So aku amik, aku sengih jela kat laki aku. MH dah biasa dah bininya memang suka FREE GIFT ni. Kebiasaannya dua brand ni yang akan buat FREE GIFT ni. Jenama LIBRESSE dan KOT

HAMPIR DITIPU OLEH SCAMMER FACEBOOK

Image
Teringat pula tahun 2013 dulu pernah hampir ditipu dengan mangkuk ayun. Mujurlah wahidah seorang yang bijak cehhh. Alhamdulillah kepala ni boleh fikir secara logik, mana yang something wrong atau mana yang merepek. Semoga perkongsian pengalaman ni boleh dijadikan pengajaran. Supaya tiada antara rakyat Malaysia yang tertipu dan sangat digalakkan share untuk kebaikan bersama. Hapuskan bersama jenayah laman sosial yang berleluasa bertahun-tahun ni. Rasanya banyak yang dah tumpas di tangan PDRM. Senang buat duit ek? Memang tak la woi. Dalam dunia ni takda perkara yang senang la. Memang kena usaha, hat manusia macam ni sejenis PEMALAS so memang segalanya nak senanggg.  _______ Jadi bermula kisahnya, ada manusia ni add pakai nama Islam. Aku sebagai sorang peniaga memang akan approve ja sesiapa yang add aku. Tiber orang tu sent mesej. Ok take note ni ya semua. ANTARA TANDA-TANDA SEORANG SCAMMER FACEBOOK, DIA AKAN SENT MESEJ SELEPAS KITA APPROVED FRIEND REQUEST. Kalau jadi bende macam ni koran

DIBENCI

Image
Disebabkan orang lain, aku dibenci Aku tertanya-tanya, adil ke semua ni Ya Allah Tapi seandainya ini jalan untuk menebus dosa masa lalu Aku terima Sakitnya dibenci Dia saja Maha Mengetahui Lagi bertambah pedih dibenci disebabkan kesilapan manusia lain وحيده MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com Mari Beli Hartanah YOUTUBE CHANNEL Pasemboqtempe Channel Wohohoo Channel PERKONGSIAN  •  Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium •  Macam Mana Nak Buat Dengan Duit Koyak/Rosak •  Apps Screen Filter Phone Paling Terbaik •  Cara Beli Kereta Tanpa Penjamin Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri •  Cara Setting Gambar Selfie Ubah Kepada Posisi Bukan Cermin •  Tutorial Remove Word Verification Dari Ruang Komen Entry Blog •  Tutorial Bagaimana Share Album Dalam Facebook Especially Untuk Orang Berbisnes •  Cara Mudah Simpan Segala Nota, Data, Maklumat, Ayat Dan Perkataan Kegunaan Harian

ERTI

Image
Dari apa yang berlaku Aku belajar erti kekuatan Dari apa yang berlaku Aku belajar erti kesabaran Dari apa yang berlaku Aku belajar erti keinsafan Dari apa yang berlaku Aku belajar erti menerima Dari apa yang berlaku Aku belajar erti rela Dari apa yang berlaku Aku belajar erti sedia وحيده MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com Mari Beli Hartanah YOUTUBE CHANNEL Pasemboqtempe Channel Wohohoo Channel PERKONGSIAN  •  Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium •  Macam Mana Nak Buat Dengan Duit Koyak/Rosak •  Apps Screen Filter Phone Paling Terbaik •  Cara Beli Kereta Tanpa Penjamin Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri •  Cara Setting Gambar Selfie Ubah Kepada Posisi Bukan Cermin •  Tutorial Remove Word Verification Dari Ruang Komen Entry Blog •  Tutorial Bagaimana Share Album Dalam Facebook Especially Untuk Orang Berbisnes •  Cara Mudah Simpan Segala Nota, Data, Maklumat, Ayat Dan Perkataan Kegunaan Harian

MENGEJAR GOOGLE ADSENSE SETELAH 10 TAHUN

Image
Tudia tajuk takleh blah. Tapi tu la hakikatnya, sungguh la kenapa baru saat ni aku tau macam mana cara nak bagi google adsense ni terima permohonan blog yang nak iklankan iklan depa. Entahlah. Maybe salah diri sendiri yang blur kadang, cepat give up ke, atau mungkin juga tak sungguh² korek sampai jumpa. Tapi serius memang selama ni ada juga aku korek, tetap tak jumpa. Hahahaha. Apa² jela, so mulai dari sekarang Wahidah akan post pasal pengalaman yang bermula dari tahun 2017 sampai la sekarang. Sebab apa 2017? Sebab photo 2017 aja yang ada dalam memori fon sekarang. Berguna betol la Google Photos. Sepanjang 2017  sampai tahun lepas banyak aku delete photo atas banyak faktor. Sayangnya lahai, ada yang boleh diselamat dan ada yang gone terus. Emmm Wahidah akan kongsi segala idea, pengalaman, kisah, segala semua la yang boleh dikongsi. Tak mahu kemam² dah, luah habis-habisan. Haha!  Segala kisah sebelum 2017 pon akan dikongsi ya,  apa susah kita korek jela gambar yang ada dalam pak google

CARA MUDAH SIMPAN SEGALA NOTA, DATA, MAKLUMAT, AYAT DAN PERKATAAN KEGUNAAN HARIAN 📝

Image
Hi korang. Ok kali ni aku nak share cara aku simpan segala mak nenek memo, ayat, perkataan dan seberadik dengannya. Aku yakin ramai juga dah pakai cara macam ni. Yela teknologi zaman sekarang memang mudah sangat. Kita secara automatik akan ter'kreatif' atau terfikir idea untuk menyenangkan urusan kehidupan seharian kita. Kadang faktor umur makin meningkat ni membuatkan kita terbatas nak ingat sesuatu. Yela mana nak buat kerja, nak urus rumah, nak urus anak ke, nak fokus kat bisnes ke. So memang kita perlukan sesuatu yang memudahkan kita untuk mengingat atau menjimatkan masa kita. Ok ini cara aku untuk mudahkan urusan aku. Korang boleh 'create' group di apps WhatsApp dan korang namakan group tu ikut apa yang korang nak. Ini contoh aku punya, memang banyak gak. Berlambak. Tapi sangat sangat membantu aku dan suami. Yela kami jenis meniaga sendiri. Dengan page, blog, youtube channel, instagram semua aku urus sendiri. Cara ni la yang buat kerja aku tak serabut. Aku plak seje

IBU BAPA MINTA JANGAN MASUK CAMPUR ATAU GANGGU RUMAH TANGGA ANAK DAN MENANTU 😡

Image
Baru ja tadi suami wasap. Ada picture kad kahwin. Aku perati ja nama tu. Eh betul ke apa aku baca ni... Sekali suami aku kata. Si L jemput kenduri kawen dia. Rupanya dah bercerai bulan 1 ritu. Puncanya sebab tak tahan bapak n mak mertua kerap ganggu rumah tangga dia. Bayangkan 5 tahun kahwin. Bahagia dengan isteri, memang sayang sangat kat isteri. Tapi di mata mak bapak mertuanya ada ja tak kena kat dia. Cakap yang bukan², ugut itu ini Dah hampir 5 tahun kahwin, dia macam kami juga belum dikurniakan rrzeki anak masa tu. Dulu dia bekerja meniaga dengan pak mertuanya. Lama juga. Kami kenal pasal kami pernah bekerjasama masa meniaga. Kadang mai makan minum kat tempat kami meniaga. Orangnya peramah, ceria, positif, kuat bekerja. Anggap macam adik² sendiri dah. Selalu kami laki bini nyembang dengan dia. Tahun lepas tak silap suami cerita yang dia berhenti tak tolong niaga dengan pak mertua. Kerja bagai nak gila pagi sampai malam diberi gaji ciput ya amat. Bila dia meniaga sendiri syuku