Posts

Showing posts from May, 2011

WAHAI WANITA JAUHILAH TABARRUJ ⛔

Image
BISMILLAH Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki. "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka.."  (An-Nur : 31) "Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu"  (Al-Ahzab : 33) SUMBER - http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/06/tabarruj-ialah-mendedahkan-kecantikan.html TABARRUJ DI FACEBOOK Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menf

"USTAZ BOLEH TAK KALAU DI SYURGA NANTI SAYA TAK NAK SUAMI SAYA ADA BIDADARI?" 👀

Image
BISMILLAH "Ustaz boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Jawapan ustaz : "Di syurga nanti, selagi  puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin  la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum  kelat.  Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.  Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.  Maka  apabila Ketua Bidad

Wanita Dan Suaminya

Image
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 2.   Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 3.   Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 4.   Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 5.   Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dik

Tipu Daya Syaitan

Image
Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan. Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang h

SAMBUNG BELAJAR SELEPAS SPM BUATLAH KEPUTUSAN SEBAIKNYA

Image
Semoga kita semua sentiasa peroleh hidayah atau petunjuk dari-NYA. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. Alhamdulillah sehingga kini kita masih bernafas di bumi ALLAH SWT. Walaupun terkadang persekitaran kita seperti apa yang kita lihat sekarang kurang keselamatannya. Apa-apa pun kita hanya berharap dan bermohon pada ALLAH SWT, kita hanya takut pada DIA. InsyaALLAH kalau kita bersungguh-sungguh berharap pada DIA untuk diberi perlindungan sentiasa, DIA akan makbulkan. Semoga umat Islam yang di uji kini oleh ALLAH SWT kuat menghadapinya termasuklah diri kita sendiri. Aamiin. Artikel kali ini mungkin sesuai untuk adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM yang lalu. Dan juga buat mereka yang mana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Sebagai seorang yang sudah menempuh pengalaman sebelum melanjutkan pelajaran. Aku ingin berkongsi pengalaman dan insyaALLAH nasihat untuk bekalan di masa depan. Moga kita semua peroleh manfaat. AMIN. Pada adik2 semua yang memperol

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Image
Moga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang الله سبحان وتعالى Aamiin. Alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan menuntut ilmu, tambahan pula suasana persekitaran di negara tercinta sangat selesa. Sama-samalah kita semua sebagai pelajar bersyukur dengan nikmat kurniaan الله سبحان وتعالى, bukan pelajar je eh semua sekali tau. Hihi. Sebagai seorang pelajar yang menuntut di IPT kita semua tidak dapat lari dari memerlukan bantuan pinjaman pendidikan yang kerajaan sediakan. Tidak kisahlah di mana kita menuntut ilmu sama ada di IPTA mahupun IPTS. Tak pun macam aku sendiri yang belajar di Kolej IKIP tapi kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Ni orang panggil separuh kerajaan separuh swasta. Se mua memang perlukanlah pinjaman. Nak harap guna duit sendiri memang tidak akan tercapai oleh diriku la. MARA, PTPTN, atau YAYASAN-YAYASAN NEGERI, semua ni antara pinjaman yang sedia ada. Kalau MARA memang agak susah nak dapat, siapa yang keputusan SPM nya ok mesti boleh dapa