Posts

Showing posts from January, 2013

9 Perkara Mimpi Nabi Muhammad SAW

Image
Selepas baca silakan share :) Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLAT

Sesuatu Itu Telah Setel

Syukur alhamdulillah. 2 perkara yang dirisaukan sebelum ni dah setel. Yeah ! Ujian Undang2 dah setel, berkat tunggu hampir 5 jam akhirnya berjaya juga lulus dengan jayanya. Lepas ni bolehlah ke sesi seterusnya. Huhu. Item-item yang aku orderkan untuk kakak pun sebenarnya dah sampai 16 Jan masa tu. Dah agak dah, ada yang tak kena dengan pembungkusan. Never mind, hopefully perkara ni tak terjadi lagi. Haaa. Rasa sangat lega di saat ini. Malam yang dingin, Shah Alam sejuk. Terima kasih Allah menyuburkan lagi tanah tumbuh-tumbuhan di Shah Alam. Esok kalau takde halangan akan sampai ke kampung halaman. Along kahwin ! Kakak sepupu :) Harap sangat semua berjalan lancar. 21 Jan, hantar Witri ke Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja :')

Ada Sesuatu Dalam Fikiran

Alhamdulillah selamat interview siang tadi. Ada dua perkara yang mengganggu pemikiran aku. Satu, mana lah item-item yang aku orderkan untuk kakak aku ni tak sampai-sampai. Aish. Harap sangat esok sampai, dah lewat 2 hari ni. Risau pula. Dah la siang tadi kebetulan nampak jiran depan dapat barang penghantaran. Silap tulis alamat ke depa ni. Tapi mustahil lah, takkan takda nama kat barang tu, no phone. Aish. Janganlah jadi yang buruk-buruk. Dua, jumaat ada ujian komputer ! Haaaa. Ok gudluck Wahidah :)

Susah Sangat Ke?

Image
 "Tak suka dengan undang-undang kerajaan Malaysia, kau boleh keluar dari Malaysia ni. Dasar tak reti bersyukur dengan apa yang kerajaan dah bagi."(Syukur..Alhamdulillah..) Cara jawab : Tak suka dengan hukum hakam kerajaan Allah, kau keluar dari planet ni. Ini Allah punya. Semua Allah punya. Dasar tak reti bersyukur! Credit - Jkkk Fan Club _ _ _ _ _ _ Dan aku ingin menambah pada yang masih tidak sedar, terutama remaja atau dewasa atau yang sudah berusia. Jangan dikejar kerjaya, kejayaan duniawi atau hiburan sahaja. Ingat apa tujuan hidup kita di dunia yang SEMENTARA ini. Buanglah pemikiran TAK SUKA PADA POLITIK atau TIDAK MAHU MENCAMPURI POLITIK. Bagi yang kurang memahami ajaran Islam, mungkin sentiasa menjauhkan diri dari tanggungjawab sebagai rakyat di negara sendiri. Apatah lagi negara Islam. Membenci politik yang terang-terang sebahagian dari syarat perlaksanaan negara Islam. Boleh buka & baca semula erti politik dalam buku PAI. Jika politik sekar

Lesen Moto Lagi

Image
Semalam sebelum Wanema nak pergi KWSP daftar dengan kawan dia untuk kegunaan dia kerja kat KFC nnt, aku ada tanya Abah pasal lesen. Abah ajak pergi tanya. Hik3. Abah bagi ja ambil, hik3. Suka3. Alhamdulillah. Gerak kul 2 ptg, then lepas pergi KWSP Seksyen 11 pergi pula CIMB Bank Seksyen 18. After that barulah ke Seksyen 19. Hik3. Wanema & Nani pergi fotostat, aku & Abah gerak g Kedai buat lesen tu. Ha ! Jeng2 Jumpa Kak Zana, ex kakak masa kerja kat OPTIMO 2009 dulu. Oh rindunya, sebelum ni nak jumpa asyik tak jadinya. Ha amik kau kali ni Allah yg temukan sendiri. Walau kejap sahaja. Syukur. Rumah Kak Zana area sini ja memang senang la terserempak. Sejak aku dah tak bawa moto, aku jadi malas nak merayap-rayap. Hik3. Oh sejak badan ni besar pun aku lagi lah malas nak jumpa orang. A'a malu :D Thats normal. Lagipun duit pun bukan ada sangat lorhh. Pastu terus g daftar, setakat ni mampu buat lesen moto ja dulu. Kereta kemudian, bila aku dah kerja nanti. Hopefully juga se

BIAR BETUL ADA DI LUAR NEGARA CUMA SETENGAH JAM

Image
Tajuk nak gempak je ek? Hikhikhik. Saja ja, jangan marah dong. Kang kena jual. Hee. Sebenarnya percutian pulang ke kampung kelahiran aku masa hujung May 2012 yang lalu buat aku berkesempatan melangkah ke 'luar negara' bersama Abah & Wanema adik aku. Cadangnya nak follow jiran kampung mak, tapi Abah lewat sangat.  Last-last kami la p tibai g sama-sama ngan Abah. Mak jual mahal. Hahahaha. Jejalanlah kami 3 beranak. Abah pandu kereta perodua Kelisa yang uncle ktorg pinjamkan. Kampung Tebedu Serian Sarawak ni memang dekat dengan sempadan Kalimantan Indonesia. Ye kot. Entah. Tak sure. Yang penting memang dekat dengan sempadan. Salunya peniaga dari Indonesia akan datang ke kampung untuk meniaga. Biasanya kain batik dan pakaian. Ingat lagi masa aku kecil-kecil dulu, mak ada belikan aku baju dan seluar dari peniaga dari sana. Wujud lagi ooo sekarang. Masih muat lagi. Aku kan terbantut. Ngahahaha. Apa-apa pun kain batik lah paling best beli. Kain batik depa kan cantik-cantik dan

Kerja Oh Kerja

Image
Macam belum bersedia lagi sebenarnya. Apa-apa pun aku harap tahun 2013 ni ada rezeki aku dapat kerja yang terbaik untuk diri aku. Entahlah, susah nak cerita apa yang kita rasa. Cuma harap orang sekeliling tak mempersoalkan hal urusan hidup aku. Just sokong ja apa yang aku nak buat kecuali lah kalau pada hal-hal yang memudaratkan. Em. Esok Witri & Wafiq pun dah ke skola semula. Cepat masa berlalu. Tup tup dari 12 Nov tu aku balik dari Kuantan until now aku still lagi dengan family. Ye duduk dengan family memang best dan tipulah takda juga kekurangan nya. Tapi tu tak payah cte la. Benda normal la dalam hidup. Aku dalam dilema. Cuma aku berharap Allah tunjukkan aku jalan yang terbaik. Itu saja.