Posts

Showing posts from June, 2021

RESIPI KERABU MANGGA POWER

Image
Tak tahu nak bagi kat sapa buah mangga yang banyak kat pokok rumah anda? 😃 Beri saja pada saya, pencinta mangga masam. Boleh buat cicah kuah rojak, buat kerabu mangga, cicah garam sekali kicap. K telan air liur Resipi Kerabu Mangga Power 🔥 Bahan² √ Mangga Masam (Sagat) √ Limau Kasturi √ Bawang Merah (Jika Suka) Bahan Tumbuk √ Ikan Bilis √ Cili Padi √ Belacan Dibakar *Banyak mana korg adjust sendiri ikut tekak/kuantiti mangga Dah siap sagat mangga, potong hiris bawang merah dan bahan tumbuk, boleh masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dihidang. Gaul rata semuanya. Perah air limau kasturi. Maaf tak pandai nak gtau bab sukatan ni. Kena adjust sendiri ikut awok² ye. Gaul balik bagi sebati air perahan tu. Siap! Sesuai la buat cicah ulam², atau makan macam tu ja dengan nasi lauk. Lauk yang sesuai biasanya asam pedas, masak lemak, lain² lauk pun sesuai ikut tekak kita 👄 Yummy! Pinjam gambar adik Makan dengan nasi memang padu Gambar • tokopedia وحيده MAHU JUAL / BELI HARTANAH