Posts

Showing posts from December, 2011

Bentuk Awan Seperti Ombak Besar

Image
Awan yang bergumpal seakan ombak tsunami ini telah kelihatan di langit kota Birmingham di Alabama, US . Sekali pandang memang seakan ombak raksasa tsunami cuma berlakunya di langit . Menurut pakar , awan ini di gelar “gelombang Kelvin-Helmholtz” .

PENDEDAHAN HASIL KAJIAN LUAR BIASA MENGENAI KELEBIHAN JANGGUT 🙇

Image
Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM Tarikh : November 18, 2011 BISMILLAH Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah. Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan. Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat. Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru. Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak. Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi

ATUK... SELAMAT TINGGAL :(

Image
Saat ini, aku sedang sedih. Atuk kandung ku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Atuk nampak semakin sihat semalam dan sebelum ini berbanding pertemuan pertama kami yang lepas. Tapi, kuasa Allah tiada siapa yang dapat halang walaupun sedetik. Aku redha ya Allah, dan aku serahkan segala-galanya pada Engkau Ya Rabbi.  Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Mu. Ya Allah, di hari jumaat yang mulia ini telah Kau janjikan kurangnya azab kubur bagi hamba-Mu yang pergi mengadap-Mu. Maka Ya Allah, aku mohon pada-Mu berikanlah pada atuk ku keampunan, rahmat dan kebahagiaan di sana daripada Mu Ya Allah. Hujan yang tidak henti seolah-olah menghormati kepergian atuk, seolah-olah turut menangis dan sedih dengan kepergiannya. Wahai nenek, mak dan adik beradik ibu ku tabahlah kalian dalam menghadapi ujian daripada Tuhan. Aku mohon hidayah dari ILAHI datang menjengah ke hati kalian. Untuk kita bersatu di dunia dan di akhirat kelak. Terngiang-ngiang suara atuk ku, aku termenung dan terus me

Sambutan Hari Ibu dan Sejarahnya

Image
Assalamu'alaikum Nak kongsi pasal sambutan hari ibu dan sejarah sambutan hari ibu ni . Kalau masa sekolah rendah dulu memang aku celebrate , sebab kebiasaannya nak dekat hari ibu atau hari guru budak mesti ada jual bunga plastik . Aku percaya korang semua pun pernah alami gak macam aku . Hihi . Bila dah beli , aku akan bagi kat mak aku bila sampainya tarikh hari ibu tu sendiri . Tapi dah masuk tingkatan dan sampai la ni aku tak sambut pun hari ibu . Kepala aku mula fikirkan , takkan hari 1 tu je aku nak bagi hadiah dan wat special kat mak aku . Aku tetapkan hanya hari lahir mak aku yang akan aku bagi hadiah atau wat special2 . Tak pun aku akan bacakan yaasin untuk doakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat , InsyaAllah . Maka dengan itu , lupa lah aku dan buat2 lupalah aku dengan hari ibu tu . Hari ibu yang orang katakan tu pun aku lupa tarikhnya , jujur . Hee . Layanlah ibu anda semua dengan specialnya setiap hari bukan hanya hari ibu atau hari lahirnya sahaja . Ok jom baca

WAHIDAH BME GENAP 20 TAHUN 1 BULAN 🌹

Image
Alhamdulillah . Cepat masa berlalu , hari ni genap umur aku 20 tahun 1 bulan . Tak sangka aku dah tinggalkan zaman umur belasan tahun . Aku harap makin meningkat umur aku , makin kuatlah diri aku hadapi dugaan dari Allah SWT juga makin banyak kebaikan muncul amin . Memang tak dinafikan makin meningkat umur aku makin mencabar kehidupan seharian aku . Aku tahu dengan sifat Allah yang Maha Adil , semua manusia akan rasa macam ni . Aku masih berada dalam usia yang digelar remaja . Remaja , remaja adalah golongan yang syaitan sangat suka dekati . Tujuannya apa , tujuannya mereka nak masa depan kita hancur sama sekali . Kalau remaja yang sebelum ambil SPM tu agak bahaya sikit . Kalau tak kuat dalam menuntut ilmu tu , susah kecundang silap² tak dapat sambung belajar . Tapi yang gagal semua subjek jela ye . Hee . Yang lain selamat InsyaAllah sebab adanya IPTS yang baik hati lagi memahami budak² yang kurang dalam pelajaran . Janganlah kita sia²kan masa muda remaja kita dengan perkara tak berap