Posts

Showing posts from October, 2011

Jangan Berkecil hati Kerana Itu Teguran Dari Allah SWT

Image
✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿ ~> I’m so confused <~ (=.=)' ... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Then I asked my dad what’s that mean. Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun? Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. Anak: *blur (>,<)' Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)&#

Tegangkan Kulit Muka

Image
5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur . Kemudian kisar halus . Lepas itu campurkan ia dengan bedak sejuk juga campurkan sedikit air . Pakai sebelum tidur , keesokan harinya cuci dengan air suam dan bilas pula menggunakan air sejuk . Lakukan setiap malam hingga kelihatan kesannya . Bunga Cempaka Bunga Melur Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

HANYA PADA ALLAH SWT TEMPAT MENGADU LUAH SEGALANYA 😭

Image
BISMILLAH Kadang-kadang Ada perkara yang perlu kita jaga Yang harus kita simpan baik-baik Dan sebaiknya tidak dibicarakan pada umum Mengadulah pada Allah Hanya kepada-Nya tempat kita luahkan segalanya Kerana hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenteram Jiwa akan tenang W A H I D A H B M E

WAHAI HATI

Image
Wahai hati kenapa kau kerap disakiti Wahai hati kenapa kau kerap disalahi Apakah mereka tidak punya hati juga Apakah mereka tidak punya perasaan? Wahai hati kau sedang di uji Wahai hati kau sedang di perhati Apakah engkau tidak sedar Dia sedang mengujimu Apakah engkau tidak sedar Dia menyayangimu Maka bersabarlah wahai hati Engkau adalah hati yang di pilih oleh-Nya Kerana Dia sentiasa Maha Tahu Bahawa hanya hati ini lah yang kuat lalui ujian yang telah Dia tetapkan LAIN LAIN •  Masa Lalu •  Aku Lalui •  Bila Aku Keseorangan •  Tak Pernah Lupa •  Dipinggir •  Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Jangan Mencari Terlalu “SEMPURNA”

Image
Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…… Begitulah juga…… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…… Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK …. tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…… Begitulah juga…… Jika kamu sedang memiliki sese

Bukan Semua Gambar Perlu Kita Upload/ Like / Share/ Komen

Image
Assalamualaikum . Ok ini pesanan , nasihat , dan peringatan keras kepada semua blogger , pengguna facebook , laman2 sosial , dan semua pengguna internet . Sebenarnya , dah lama aku perhatikan kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial terutamanya facebook . Boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebook lah kan . Heh . Tapi , kita sepatutnya ingat bukan semua gambar yang kita suka perlu kita like atau share di facebook . Sebenarnya kita dalam keadaan sedar ataupun tidak kita sering melakukan dosa free . Malah kadangkala ianya berpanjangan . Apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala . Tambahan pula pahala yang berpanjangan . Sedarlah , dunia internet terutamanya blog , facebook , semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya . Memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah , tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk . Semestinya kita dapat fikir secara l

Haiwan VS Manusia

Image
Mungkin sudah sampai masanya Allah SWT tunjukkan pada kita semua nilai kemanusian di negara China . Bersyukurlah negara kita tidak seperti negara mereka , bersyukurlah kita dijadikan sebagai Islam yang mengajar kita menggunakan akal bukan nafsu dan bersyukur juga dilahirkan di negara Islam (walaupun kerajaan tak ikut hukum Islam) . Alhamdulillah . Moga negara China sedar kesalahan peraturan dan undang2 yang mereka tetapkan . Ia telah memburukkan sendiri nama baik mereka di mata dunia dan tidak mustahil boleh menjejaskan ekonomi negara mereka . Semoga mereka berubah . Amin . Wahidah BME

Subjek Sejarah Yang Membosankan dan ...

Image
Aku faham perasaan budak yang jawab soalan sejarah atas ni . Oh ! Sejarah sangat membosankan . Bagi aku sejarah yang ada dalam silibus pelajaran dari aku Form 1 hingga Form 5 semua bohong belaka . Maaflah , Allah telah kurniakan akal fikiran pada aku dan aku boleh fikir mana baik dan mana buruk . Mana betul mana salah . Rujuk Al Quran dan Sunnah InsyaAllah hidup kita tak tertipu dengan kuasa jahat yang ada di sekeliling kita . Baca buku , InsyaAllah bila kita ada minat membaca dan adanya ilmu pengetahuan dalam diri kita orang lain memang takkan berani pijak atau hancurkan kita . Jangan fikir kami bodoh lah yahudi . Pada kerajaan Malaysia terima kasih sangat-sangat lah ambil silibus Sejarah yang penipu sangat ni bawa masuk Malaysia dan bagi kami belajar . Bila aku dah belajar kat IPT lagi terang Allah SWT tu tunjuk kenapa subjek Sejarah sahaja aku tak minat . Akan datang aku explain kenapa aku cakap sejarah yang kita pelajari tu tak betul , yang pasti kita memang ditipu , haha . N

Nabi Haramkan Cabut Bulu di Muka Untuk Cantik

Image
KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.  Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.  Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.  Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercangg

KOLEKSI BANGUNAN PELIK 2.0

Image
وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Apakah Titian Sirat ?

Image
 Gambar Hiasan As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.  Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)  Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.  Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim  Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Se

Kucing Pun Bercinta

Image
Lautan Api Sanggup Ku Redah Inikan Pula Tembok Berduri

Oh Sangat Kreatif . Tapi ..

Image
Lawak kan telatah lalat ni semua? Tapi lalat ni semua dah mati . Bangkai semata-mata . Tak tahu nak komen apa ler .

Hukum Berkaitan Fotografi

Image
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan? Jawapan : Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi , walaupun fotografi harus hukumnya , tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu . Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel , maka ketika itu hukum fotografi adalah haram . Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya . Hukum yang kedua , hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor) , maka hukumnya adalah haram . Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya . Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram . 2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal ? Jawapan : Tidak halal . Ini kerana mengikut kaedah fiqh , “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyi

All About Internet

Image
Manfaatkan teknologi terkini . Gunakan internet untuk perkara berfaedah dan kebaikan . Fikir , renung dan jom berubah . Semoga berjaya . Aamiin . InsyaAllah .

9 Siti Patut Dijadikan Contoh

Image
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti Aishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5)

KELUARGAKU KEBAHAGIAANKU

Image
Credit • QoutesIdeas.com Cuti-cuti macam ni lah aku rindukan keluarga . Baru-baru ni Abah dan kakak aku ada berita gembira masing-masing . Abah dinaikkan pangkat dari Lans Koperal ke pangkat Koperal , alhamdulillah . Kakak pula dah konvo dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTP . Semoga kalian terus berjaya dalam kehidupan . Doa untuk insan-insan yang disayangi adalah segala-galanya itulah bukti kasih sayang yang sebenar . Ye , mungkin aku seperti tidak ambil perhatian tapi hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang aku lakukan .  Keluarga adalah darah daging aku sendiri , aku sentiasa nak tengok dorg bahagia , gembira dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak . Aamiin InsyaAllah . Mak dan Abah , saya sayang sangat kat mak dan abah . Penat membesarkan saya yang degil ni hanya mak ngan abah sahaja faham . Ampunkan anakmu ini jika ada yang kurang . Saya akan usaha jadi anak yang solehah . Doakan saya mak abah . Moga Allah memberi kekuatan

MENJADI TUNANG ORANG TANPA KITA SEDAR? 💍

Image
BISMILLAH Soalan : Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? Jawapan : Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. Bagaimana dengan kebi

Kenapa Wanita Islam Menutup Aurat?

Image
Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim . Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ? Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam poketnya , lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya , kemudian dia melemparkan kedua-dua gula-gula itu ke atas lantai . Lalu dia bertanya kepada lelaki kristian tadi , " Antara kedua-duanya , mana satu yang akan kamu pilih ? Lelaki kristian : Sudah tentulah yang dalam bungkusan . Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa . * Buat kaum Hawa , sentiasalah kamu menjaga pemakaian dan adabmu , sesungguhnya , hal itulah yang membuatkan kaum Adam tertarik padamu . Bi iznillah . ^_^ Sumber - http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268561049843604&set=o.192242767466641&type=1&ref=nf

Hukum Mengambil Gambar Tak Tutup Aurat dan Menyebarkannya

Image
Assalamu'alaikum . Berdasarkan dari post aku yang lepas - lepas Kenapa Nak Tunjuk Aib Mereka post kali ini berkaitan malah menguatkan lagi apa yang nak aku sampaikan . Ustaz Azhar Idrus sendiri yang beri peringatan ni . So , yang lain boleh bertindak . Jangan disebabkan perkara yang korang sangkakan kecil tu, habis masa depan korang dunia akhirat bergelumang dengan dosa yang tidak disangka-sangka . Lakukan sesuatu biarlah berfikir terlebih dahulu . Sila baca di bawah , aku sampaikan sahaja . Moga Allah mengampuni dosa - dosa kita . Amin . Wassalam . Sumber

SEMOGA BERJAYA FINAL EXAM SEMESTER IV

Image
4 Nov - Binaan Kejuruteraan Awam 8 Nov - Sistem Mekanikal dan Elektrikal 9 Nov - Institusi Islam 11 Nov - Kalkulus , Hidraul 13 Nov - Programing (Visual Basic) 14 Nov - Mekanik Bahan dan Struktur Dengan lafaz bismillah. Semoga berjaya Wahidah, usaha lebih dapat lebih InsyaAllah. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Hukum HUDUD ZALIM Atau Hukum MANUSIA ZALIM ?

Image
Hukum Hudud Zalim Atau Hukum Manusia Zalim? Merujuk Kepada Persoalan Dalam Buku Ustaz Azhar Idrus Pada Mukasurat Akhir (m/s 179) Mengenai Hukum Rotan. Soalannya Berbunyi… >>>Soalannya : Hukuman orang yang berzina adalah sebat 100 kali. Bagaimanakah cara SEBATAN yang SEBENAR? JAWAPANNYA : ✿ Sarjana Islam menetapkan apabila menghukum penzina yang dikenakan hudud 100 sebatan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan, kayu ataupun seumpamanya. ✿ Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan. HARAM memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah bagi mengelakkan kecacatan wajah ataupun kematian. ✿ Pukulan perlu sederhana sahaja, iaitu tidak kuat dan terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukanlah membunu, tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah HARAM kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit daging. ✿ Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan se

22 SEBAB MALAIKAT RAHMAT TIDAK AKAN MEMASUKI RUMAH ANDA 🏡

Image
BISMILLAH 1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim. 2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 3-Rumah yang memelihara anjing. 4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya. 5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT. 6- Rumah yang sering meninggikan suara. 7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum. 8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas. 9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah . 10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat. 11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar. 12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa. 13- Rumah pemakan riba,intres. 14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock. 15- Rumah yan

Kucing Yang Unik Di Sini

Image
Kecian miow ni . Sapo punyo koje entah . Ish3 .

Facebook Punya Cerita (Bab 3)

Image
oppps. HAHA :D 1. MODEL : Tukar gambar setiap hari 2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari... 3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) 4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! 5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit 7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-' 8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-'' 9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?) 10. SH

Sunnah Nabi SAW Semakin Dilupakan

Image
Di sebuah restoran mahal. Seorang gadis bertudung makan seorang diri. Tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "Gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu. Ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan." Seorang anak muda pulak menyampuk : "Ish..muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan.." Seorang lagi berkata : "Eww..tengok tu..sampai menjilat jari dowh..geli aku..pengotor rupanya awek ni.." Kemudian datang seorang lelaki yang tak dikenali ke arah kumpulan remaja tu lelaki tu berkata: "Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah..bukan kerana dia gadis kampung..gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir..bukan kerana dia xtau malu..dan gadis bertudu

Aku Rela

Image
  AKU RELA STOKIN KAKI KU BASAH TERKENA AIR yang MELIMPAH daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA. AKU RELA BERPANAS MEMAKAI JUBAH MENUTUP SEGALA AURAT yang AKU JAGA daripada AKU BERENDAM DALAM LAUTAN NERAKA. AKU RELA RAMBUTKU DISIMPAN RAPI TERPELIHARA juga TUDUNGKU LABUH KE BAWAH DADA daripada DIGANTUNG RAMBUTKU HINGGA MENDIDIH OTAK DERITA.

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya

Image
  Baca dan hayati kisah di bawah ini . Fahami mesej yang cuba disampaikan . Dan paling penting , amalkan ilmu yang anda dapat . Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “ Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia , tetapi bagaimana cara saya hidup di sana ? Saya begitu kecil dan lemah . ” Tuhan menjawab : “ Aku telah memilih satu malaikat untukmu . Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya . ” Bayi bertanya lagi : “ Tetapi disini, didalam syurga ini , apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi , bermain dan tertawa . Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia . ” Tuhan menjawab : “ Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari . Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana ” Bayi bertanya lagi : “ Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak mema

Jom Cuba . Best !

Image
  Mari kita buat latihan . 1. Fokus pada titik merah di tengah² tu (Terus memberi tumpuan lebih daripada 30 saat) 2. Komen di bawah jika anda lihat bulatan biru itu hilang.

Perhimpunan Sejuta Umat , Sejuta Perangi Murtad

Image
  Umat Islam seluruh negara dijemput hadir Perhimpunan Sejuta Umat 22 Oktober ini. Penyiasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di semua premis di Petaling Jaya yang didakwa wujudnya penyebaran ajaran Kristian kepada Melayu khususnya beragama Islam, mengejutkan ramai pihak. Kontroversi itu mencetuskan pelbagai reaksi namun tumpuan utama perlu terarah kepada komitmen dan ketegasan semua pihak untuk mengatasi masalah akidah di kalangan umat Islam. Kontroversi sama juga mengundang kesedaran lebih jitu hingga terbentuknya Sekretariat Sejuta Umat, gabungan puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam yang peka dengan situasi semasa menghimpit umat Islam. Isu murtad bukan perkara main-main dan menyedari akan perlu ada usaha serius menanganinya, mereka bangkit menganjurkan program Himpunan Sejuta Umat dijadualkan 22 Oktober ini. Kepada wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI, Pengerusi Bersama Himpunan Sejuta Umat, Dr Yusri Mohamad menjelaskan misi dan visi sebenar perh

Berhati-hati ! Keropok Ada Lemak Babi

Image
JANGAN BELI ! ADA LEMAK BABI Assalamu'alaikum buat sahabat dan umat seislamku , marilah kita pakat-pakat serta berhati-hati dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita . Patutlah lepas makan ni kita susah nak baca Al Quran dan solat ! Contoh lain seperti apollo, cadbury dan lain-lain . Print code di bawah ini adalah code lemak babi dan jangan lupa simpan dalam wallet atau handset . Refer atau rujuk bila nak membeli-belah makanan segera . MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 1. E 100        16. E 280      31. E 434      46. .E 482 2. E 110        17. E 300      32. E 435      47. E 483 3. E 120       18. E 301       33. E 436      48. E 491 4. E 140       19. E 325       34. E 440      49. E 492 5. E 141       20. E 326       35. E 441      50. E 493 6. E 153       21. E 327       36. E 470      51. E 494 7. E 160       22. E 334       37. E 471      52. E 495 8. E 161       23. E 335       38. E 472      53. E 542 9. E 210       24. E 336       39. E 473