Posts

Showing posts from February, 2013

No Idea

Hahaha. Tengok title atas ni, aku memang takda idea. Takda mood nak menulis-nulis, ngee. Sibuk uruskan bisnes online, Kedai Mukabuku HaWa . Jemputlah mai jenguk-jenguk. Tapi wanita je eh. Hik3. Semua item-item wanita ja kat sini. Fuhhh. Apa-apa pun ni boleh jadi kerja sampingan ja. Sebabnya, item-item yang dijual bukanlah keperluan yang perlu dibeli tiap hari :D Tapi kena teruskan juga, sementara aku dapat kerja yang tetap. Hopefully ada rezeki, sentiasa usaha dan menanti :') Sabtu lepas ada menghadirkan diri temuduga kat Old Town Petaling Jaya. Dekat ngan tempat keja Abah. Abah yang hantarkan, selamatlah Abah cuti hari tu. Position Admin Executive. Alhamdulillah berjalan lancar, tapi akan ada temuduga kali kedua. Nama akan di shortlist kan. Tak mengharap sangat, walau dari feedback dorg memang ok. Kalau dapat syukur alhamdulillah. Sebab gaji ok, tempat keja pun ok, skop kerja pun tak lari dari minat. Cuma maybe besar kemungkinan ada ketakutan nak g tempat kerja. Naik moto.

TAK PERNAH LUPA

Image
Teringat Memang sering teringat Kisah lalu takkan pernah pergi berlalu begitu sahaja dari ingatan Hanya Tuhan yang berkuasa untuk menghentikan ingatan itu Luka tetap luka Aku tak mampu menghilangkan parut yang ada Wahai yang pernah menyakiti Semoga engkau mengambil pengajaran Memang sukar untuk ku tafsirkan dengan tulisan Apa yang berlaku Apa yang ku rasai Aku tetap wanita yang rapuh imannya LAIN LAIN •  Bila Aku Keseorangan •  Aku Lalui •  Wahai Hati •  Masa Lalu •  Dipinggir •  Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Haramkan Shisha

Image
Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu. Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat merbahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kaki-tangan kesihatan dan juga mengesani ekonomi negara untuk merawat para penggunanya. 1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO) 2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO) 3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit. (WHO) 4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada m

Rahsia Air Kelapa

Image
Air kelapa bukan saja enak diminum tetapi juga banyak khasiatnya untuk kecantikan mahupun kesihatan. Berikut antara khasiat air kelapa yang boleh anda cuba. MENGHILANGKAN JERAWAT  Sediakan satu gelas air kelapa, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut dan biarkan semalaman. Setelah itu, tambahkan sedikit serbuk kayu cendana dan simpan selama tiga hari. Kemudian, barulah boleh dipakai dengan cara menyapukan sedikit ramuan tadi pada bahagian yang berjerawat dua kali sehari. CEGAH UBAN Campurkan sebiji air kelapa dengan satu sudu garam. Cuci rambut dahulu, kemudian sapukan air kelapa tersebut pada rambut sambil menggosok perlahan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih. WAJAH BERSERI Simpan secawan air kelapa selama satu malam. Kemudian, sapukan air kelapa tersebut pada wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih. ELAK KEDUT Amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap hari bagi mengelakkan kedutan atau melambatkan proses penuaan. CANTIKKAN TAPAK