DIGANGGU HANTU MESIN AIR TIN 👻
Contoh Vending Machine
Macam biasa kalau paper aku pagi , aku akan turun dalam pukul 7.30 pagi .
Turun je tangga hostel aku ushar dulu tempat duduk yang mengadap TV ramai tak manusia , ok ramai kat situ .
Untuk pengetahuan , jenis aku tak boleh tengok ramai manusia nanti susah nk study hee .
Aku pun pergi lah port aku macam biasa meja depan kafe . Jauh dari orang sikit. Kafe memang tak buka lagi masa tu.
Tambah tempat ni lagi dekat dengan pagar nak dibandingkan dengan depan tv tu.
Jadi cepat sikit kalau nak menuju ke arah bas bila bas dah sampai (sebenarnya senang nak jalan laju² dapatkan tempat duduk bila dah naik bas, hee) .
Aku sorang je yang duduk depan kafe tu, budak hari ni tak ramai macam hari sebelum ni .
Biasanya bangku depan kafe ni pun akan penuh juga . Ok teruskan kisah .
Tak lama lepas tu membe aku datang, dia junior aku sebenarnya. Harini dia ada paper Kalkulus I .
Sama kos , kenal pun sebab dia membe dengan kawan baik aku .
Kawan baik aku masuk belajar lambat 1 sem dari aku . Dia junior , hee .
Tegur-tegur, sembang pung pang pung pang lepastu aku pun ubah posisi mengadap bilik study sebab nak menghafal .
Ettttt... tiba-tiba dengar bunyi macam ada orang masukkan duit kertas dalam mesin air tin .
Okay aku sangat excited sebab macam nak beli air tin. Tapi dalam masa yang sama aku hairan .
Ait bukan ke malam semalam lepas beli makanan bungkus aku ushar mesin tin tu tak hidup.
Lampu tempat nak masukkan duit kertas tu tak menyala kalau tak berfungsi .
Ait ait , toleh toleh je tak dak siapa . Lagi ait la aku . Kenapa tak ada manusia ni , ada la... Kenapa tak ada ni....
Nak sedapkan hati aku set dalam otak maybe budak tu dah lari cepat-cepat kot . Tapi kejap sangat . Aku toleh laju kot, tak sampai 3 saat . Alamak!
Laa... pagi-pagi pun 'benda' tu nak mengusik ke? . Tiba-tiba membe tegur , dengar tak mesin tu berbunyi .
Hee dengan tersenyum jawablah dengar je . Dia pun sama macam aku , dalam fikiran fikir mesin tin tu tak berfungsi sebab kalau air dalam mesin dah habis automatik duit kertas tak leh dimasukkan .
Lampu akan terpadam . Membe dengan selamba kata ada kot orang nak beli kalau tak manusia benda tu , dorang pun nak minum air tin (hee) .
Aku menambah , ha'ah kan entah bunyi tu dari alam dorang , dorang pun ada juga benda mesin-mesin ni .
Canggih gak macam kita , hee . Tak pelah biarlah dorang . Tapi aku nak juga sedapkan hati aku kata bunyi burung kot , tapi bunyi burung yang aku dengar tu lain pula rentaknya .
Dah lah aku paling dekat ngan mesin tu , bila fikir balik malas lah pula nak kisah . Teruskan jela membaca , biar jela . Tak lama lepas tu 2 orang budak mai , hee lega .
Nak final ni biasalah benda tu suka mengusik juga . Nasiblah ingatan ilmu programming ni tak terbang macam tu je walaupun alami kejadian tu tadi .
Nak final ni biasalah benda tu suka mengusik juga . Nasiblah ingatan ilmu programming ni tak terbang macam tu je walaupun alami kejadian tu tadi .
Semua tu pengalaman dan tak de masalah selagi benda tu tak melampau batas , walaupun sebenarnya ada juga banyak kali melampau juga .
Allah tu Maha Menguji , moga iman ni kuat hadapi . Kalau tak kuat tak tahu lah nak cakap apa sebab kena usik bunyi-bunyi je selalu .
Minta simpang lah jumpa-jumpa depan mata ni . Amin . Dah 4 semester dah aku study sini dan tinggal kat asrama ni.
Alhamdulillah setakat ni terkawal . Ada banyak juga dengar cerita-cerita yang menakutkan tapi itu cerita dorang sampaikan.
Tak tahu lah kesahihan dan kebenarannya. Harap sapa yang kena ganggu tu kuat hadap gangguan.
Memang pernah juga kes kena histeria. Mujur aku takda masa bende tu jadi huhu.
Tak berapa suka dengar orang kena histeria. Pertama dan last masa zaman sekolah teknik dulu.
Syukur sepanjang exam ni waktu tidur tidak diganggu macam hari biasa .
Alhamdulillah juga selesai dah 6 paper final exam semester 4 aku ni , esok paper terakhir Mekanik Bahan dan Struktur .
Harap boleh buat la.. Dan moga penyelaras bagi soalan yang dikhaskan untuk pelajar diploma macam kami bukan pelajar ijazah sekian , hee .
Pape pun siapa yang usaha lebih akan dapat hasil yang lebih, pepatah Arab gitu ...
HAHAHA SERIOUSLY LAAA??? kat casa Perindu ke weh??
ReplyDeleteYe weh hahahaha. Nakal beno usik orang nak exam lol
Delete