Posts

Showing posts from January, 2012

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011

Image
Sekejap sekejap saja masa berlalu . Rasa macam baru sahaja tahun 2011 menjengah dan muncul dalam hidup aku . Hakikatnya sekarang 2012 . Wahai kenangan tahun-tahun lalu , aku tinggalkan kalian bukan kerana aku akan melupakan kalian buat selamanya. Segalanya akan tetap bersemadi dalam ingatan . Moga ia menjadi pengajaran untuk yang pahit, rujukan dan ikutan untuk yang manis di masa akan datang dalam hidup ku . Aku mohon hanya pada Yang Satu , Rabb yang sentiasa dan setia memberi nafas dan peluang pada diri ini dan hamba-Nya yang lain . Aku harap ada ruang untuk aku menuju ke arah kebaikan juga untuk hamba-Mu yang lain . Kehilangan datuk tersayang adalah satu kesedihan . Hanya Tuhan yang tahu , moga Allah memberi tempat yang terbaik untuk atuk . Dan moga dipermurahkan rezeki agar dapat kami bertemu selalu keluarga di seberang sana . Aamiin. Sangat indah hidup ini pabila bersama keluarga tersayang bersama saudara mara sedarah daging ku . Maafkan aku andai tidak dapat memberi yang terbaik