Posts

Showing posts from May, 2012

Nikmat Mandi

Image
Wah! segarnya badan setelah mandi! Mandi memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai manusia yang normal, kita digalakkan untuk mandi tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan lewat petang. Ingin tahu apakah kelebihan anda peroleh jika anda mandi? Teruskan membaca! Menghilangkan Stress Kajian telah membuktikan bahawa mandi bukan hanya membersihkan diri daripada kotoran tetapi juga boleh menjauhkan stress. Mandi dengan air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan paras gula dalam darah. Suhu yang digalakkan untuk mandian ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mengeluarkan Toksin Dari Badan Mandi dengan air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius akan membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Ia juga dapat menurunkan peningkatan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Tempoh yang disarankan mandi ialah selama 10 hingga 20 minit.

Jom Kempiskan Perut

Image
Memiliki perut yang kempis dan kurang berlemak pasti menjadi idaman setiap gadis. Pastinya kamu sedang memikirkan cara untuk mengempiskan perut tanpa perlu berpeluh. REMAJA ada tip yang berguna. Bancuh air teh kosong tanpa bergula pada setiap hari. Ya ! Tanpa gula. Kemudian perahkan limau nipis ke dalam air teh tersebut. Minum setiap pagi dan hasilnya amat menakjubkan sekiranya kamu sering mengamalkan tip ini. Akan tetapi tip ini tidak sesuai bagi kamu yang mengalami masalah gastrik. Jadi, selamat mencuba! Sumber - Majalah REMAJA

Buah Naga Kaya Segala Segi

Image
Buah naga mempunyai khasiat yang baik terhadap kesihatan manusia. Ia boleh melindungi kesihatan mulut, menyeimbangkan kadar gula dalam darah, mencegah kanser usus, mengurangkan kolesterol, mencegah pendarahan dan mengubah masalah keputihan. Secara umumnya, pakar-pakar kesihatan bersependapat dan mengakui bahawa buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan yang diimport. Sumber - Majalah REMAJA

Rempah Bakar Kalori

Image
Dalam sebuah kajian yang dilakukan, penggemar makanan berempah boleh berdiet melalui makanan yang diambil. Rempah mampu membakar kalori sehingga 25 peratus sehari berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Ini adalah kerana rasa pedas yang terkandung di dalam lada putih mempunyai peningkatan haba yang boleh mempengaruhi kadar metabolisme. Ia juga dapat membina kepanasan ketika proses pencernaan dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat. Sumber - Majalah REMAJA

Kekuatan Jagung

Image
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Selain itu, ia boleh mengurangkan atau menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan  karbohidrat yang memberi tenaga kepada tubuh kita. Seterusnya, ia juga sesuai dijadikan makanan ketika anda berdiet kerana dengan ada sifatnya yang bebas daripada lemak., kolesterol, dan rendah kalori. Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada secara dikukus, direbus atau dibakar, ia membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asad ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Sumber - Majalah REMAJA

Kaitan Timun Apabila Makan Sate

Image
Sekiranya kamu menjamah sate, jangan sesekali mengabaikan timunnya. Ini kerana semasa pembakaran sate, ia akan menghasilkan karbon yang boleh mendatangkan kesan karsinogen iaitu suatu keadaan yang ada kebarangkalian boleh mengakibatkan barah. Dengan menjamah timun, ia akan membebaskan karbon daripada tubuh kerana timun bersifat anti-karsinogen. Bertindak sebelum terlambat. Selamat menikmati sate dan timun. Sumber - Majalah REMAJA

Khasiat Secawan Coklat Panas

Image
Secawan kopi, teh atau minuman coklat? Minum secawan coklat panas adalah lebih baik kerana ia mengandungi antioksidan sehingga empat atau lima kali lebih banyak berbanding secawan teh. Sambil itu, nikmati secawan coklat panas bersama satu atau dua keping biskut gandum untuk mendapatkan sumber serat. Inilah sarapan yang paling ringkas dalam masa yang sama ia cukup mengenyangkan. Sumber - Majalah REMAJA