SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

Kebiasaannya sukan tarik tali memang sinonim dengan individu yang berbadan besar. Sukan ini biasanya kita nampak berlangsung ketika upacara sukan tahunan di sekolah.

Sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia melibatkan dua kumpulan yang mempunyai beberapa ahli bagi setiap kumpulan.

Mengimbau pengalaman sebagai salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan seperti tarik tali ni, dah semestinya membuat diri seorang wahidah tersenyum.

Mula masuk sukan tarik tali ni bila cikgu nampak badan ni jenis sado, bambam gitu dari zaman sekolah rendah. Macam mana nak elak? 

Nampak sangat masa zaman aku sekolah dulu tak ramai budak comel-comel wakaka. Ikutkan aku bukanlah terlalu bambam. 

Tapi mungkin saiz badan macam aku dah cukup kriteria untuk masuk sukan tarik tali yang mencabar ni. 

Bila dah masuk sertai sukan ni rasa satu macam keseronokan. Feeling macam ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara heee

Maka setiap tahun aku akan offer diri aku sendiri. Dengan penuh keyakinan aku bagi nama kat cikgu. Mesti cikgu rasa seronok dapat anak murid satu 'rumah' dengan aku. 


Gambar Hiasan • Kredit Empunya

Sampailah aku masuk sekolah menengah form 1 sehingga form 3 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 pun aku masih berminat nak sertai sukan tarik tali ni. Memang suka cabar diri sendiri. Ceh! 

Bila masuk sekolah asrama jadi slow sikit bersukan. Ada pun aku bersukan terpaksa masuk main futsal masa tempoh minggu orientasi. Jangan tak tahu 2 kali aku berjaya gol kan bola (show off jappp) 

Seingat aku masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor ni lain dari lain, terkejut juga banyak aktiviti yang selalu sekolah lama buat jadi tak ada kat SMTKS ni.

Contoh macam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, merentas desa, sukan tahunan yang semua pelajar wajib sertai. Serius masa form 4 tak ada pun. Naik form 5 ja tiba-tiba yang tak ada jadi ada. 

Masa form 5 ni aku antara pelajat yang aktif, walaupun terpaksa tanpa rela tapi aku seronok sebab sahabat-sahabat aku bagi semangat. Selalu hiburkan hati. Itu jela alasan sebab apa aku masih bertahan jadi pelajar aktif. 

Oleh sebab itu jugalah aku aktifkan diri dalam sukan yang aku suka macam tarik tali, dah alang-alang tahun terakhir berstatus pelajar sekolah jadi aku offer diri jadi salah seorang wakil rumah sukan aku. 

Paling tak boleh dilupakan kenangan form 5 ni, tak pernah-pernah jadi orang yang terakhir kena belit tali kat badan tu, for the first time aku terpaksa jadi sebab membe yang sepatutnya di posisi tu dah lemah.

Dah la lawan aku kat posisi lilit tali tu orangnya tinggi, besar macam badan orang lelaki. Aku seram, tapi aku usaha jela sehabis daya. Akhirnya tetap kalah! Bahahahaha

Yang aku tahu bila main tarik tali ni, kaum wanita tak boleh ajet cun lemah lembut. Jenis aku ni dari zaman kanak-kanak memang kasar, jenis lasak tapi yang ada hadnya la.

Takat tarik tali aku memang takde hal. Tapi jangan berkait dengan sukan lasak bab tinggi-tinggi, maaf memang aku lemah bab ni. 

Kalau dah namanya tarik tali memang kena keluarkan habis-habisan tenaga yang ada. Kerjasama pun penting sangat. Kena ada sorang wakil yang bagi arahan.

Seingat aku masa peristiwa jadi tukang lilit tu aku jenis segan bagi arahan, rasanya orang lain yang bagi arahan. Ke memang takde. Lupa dah berbelas tahun yang lalu wakakaka.

Walaupun ekor mata aku masa tu nampak admire aku tengah tengok aksi aku yang ganas ni, aku kisah apa, bantai. Jarang wahidah tak jadi diri sendiri. 

Aku dah usaha sehabis tenaga, tetap kalah. Mungkin sebab lawan pasukan kami semua hebat. Maka dapatlah nombor dua. Pun jadilah kan dari takda langsung.

Pape pun pengalaman ni yang paling rare dan paling akhir aku dapat merasa. Keluar sekolah mana ada dah pertandingan sukan tarik tali. Rindu betol.

Aku tak minat berlari, samalah juga ngan lompat tinggi. Serius memang paling benci. Faham-faham jela badan berat nak lari memang pancit la.

Masuk sekolah teknik paling best sebab boleh cheat dari lompat tinggi. Bahagia beno hidup. Form 4 pulak takde merentas desa. Feel free sangat! 


Gambar Hiasan • Kredit Empunya


Seingat aku masa form 5 ja ada merentas desa. Itupun lepas semua dah setel balik je asrama ramai cari aku untuk minta diurut 😂 ramai kaki jadi jem, jadi sakit terutama yang jenis bukan budak sukan.

Rindukan zaman sekolah?

Walaupun masa tu macam entah pape la kena paksa berlari, lompat tinggi, merentas desa, jogathon ke apa bagai tapi semua tu tetap kita semua rindui sebab itulah kenangan kita dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Hanya ada gelak tawa...


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)