PADANG KOTA LAMA GEORGETOWN PULAU PINANG 2017

Sesiapa yang melawat Penang, jangan lupa singgah Padang Kota tau. Selain adanya bangunan bersejarah, Padang Kota juga terkenal dengan lokasi port makanan yang sedap. 

Antaranya pasembor. Minta maaf ni ja yang aku ingat ekekekeke. Pernah pergi sekali ja astaka (medan selera) tu, long time ago u 2015. Zaman awal kahwin dolu. Mak ai dah lama ek aku kahwin.

Tempat bersejarah yang Fort Cornwallis tu pun tak berkesempatan jejak lagi. Tapi memang kebanyakan pelancong akan pergi sinun. Sangat menarik dan unik. 

Hat yang Fort Cornwallis ni memang kena singgah siang hari, malam katup. Tak nampak ui kalau malam hee. Kalau korang nak santai ambil angin laut, boleh la datang malam hari.

Lepastu lepak tepi tembok, memang ramai la umat manusia dok situ. Biasanya malam hari terutamanya hujung minggu. Situ malamnya ada food truck jual makanan ringan, paling aku suka kacang kuda, cuma agak manishh. Kita tekak jawa, suka masin heee

Kami selalu parking tepi padang. Kat padang kalau sekarang dah ada tarikan yang menarik, patung pelbagai ikon. Kali terakhir lalu sekitar Padang Kota ni Ramadhan 2021 

Buat pengetahuan semua, bangunan bersejarah hat putih bawah ni adalah Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Aku tak pernah masuk, lalu ja situ dan tumpang parking tiap kali datang nak ke Bank Negara.

Bank Negara seberang jalan ja, malas nak parking dalam Bank Negara. Takut tak ada parking kosong kalau bawa kereta. Masalahnya hari Jumaat jela cuti dan masa tu jela nak panaskan enjin kereta kan. Kena la bawa kereta.

Antara port yang memang kami laki bini selalu singgah kalau nak amik angin sini la. Adik aku Witri datang Penang aku sempat la bawa dia singgah sini. Rezeki dia. Adik Wanema tak berkesempatan datang sini. Cian dia

Wanema datang masa musim pandemic, tak dapek den nak nolong. Tapi sempatlah aku bawa dia jejalan beberapa lokasi menarik kat Penang ni sebelum pandemic muncul. Next entry i will update ya heee

Ada beberapa video aku rakam masa Hafiz bawa aku merayap amik angin lepas bersarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Video tahun 2019 tak silap, aku kongsi dengan korang ya. Memang pemandangan di siang hari boleh tahan cun weh

Kalau rezeki korang ada, nampak la kapal beso gedabak nuu. Yang bawa pelancong pusing semenanjung tu. Syok ehhh, tapi aku macam agak takut la kalau orang ajak nak stay atas kapal tu. Macam-macam fikir hahahaha

Ajommm kita tengok sedikit sebanyak pemandangan di Padang Kota Penang yang sempat aku snap dan rakam. Nanti habis pandemic boleh la korang singgah sini InshaAllah. Siang pun ok, malam lagi ok, sejukkkk gituuu 









وحيده

JUAL/BELI HARTANAH Wahidah Md Esa
Ahza Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

BENCI DOSA BUKAN PENDOSA

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

JOE CAFE RELAU PULAU PINANG

HIGHWAY PALING SUNYI DAN GELAP