Posts

Showing posts from 2017

SENYUMANMU MEMIKAT HATI

Image
Maklang & Raisha Suka gambar ni walaupun kabur. Setahun dah umur raisha, cepatnya masa berlalu. Terima kasih kakak iparku ain lahirkan anak buah ku yang comel dan bijak ni. Semoga kehidupan ain melimpah kebaikan kebahagiaan keberkatan juga moga raisha jadi anak yang solehah pada ain dan wasie. Aamiin Ya Rabbal'alamin :) وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG

Image
Sekali sekala suami bawa ke sini kalau malam jumaat, jumaat hari cuti kami. Dah habis siap kemas gerai di Kopitiam Pak Non termasuklah habis menyembang dan urus diri masing ²  jam dah pukul 11 malam. Semua gerai makan banyak tutup waktu ni, kalau ada yang buka laki aku cerewet tak mahu g gerai gelap pastu ramai budak lelaki lepak ke apa. Dia punya cerewet kalah ceq ni hahaha, layankan aja. Tup tup p la tempat biasa ni Restoran D'Rayyan Seafood. Layan sekali sekala minuman sihat carrot susu. Menu kami pilih kalau nak cepat nasi putih, daging masak pedas, tomyam ayam, kailan ikan masin. Kalau masing ²  teringin nak makan ikan siakap, kami order siakap stim sebab lebih sihat dan comfirm bebas minyak. Aku yang gemuk ni pun tak lah bertambah gemuk. Makanan di restoran ni boleh tahan sedap. Ikan siakap tak rugi cuba. Tukang masak depa ramai tau. Jangan risau makanan mesti sampai cepat. Restoran ni betul ²  depan dengan Terminal Bas Sg Nibong, boleh park kereta kat tepi restoran.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-2 MUHAMAD HAFIZ & WAHIDAH

Image
Orang perempuan macam ni la. Mesti nak ada juga something yang boleh dibuat kenangan. Macam tu juga aku. Kalau ada rezeki lebih tercapai la apa yang dihajati. Mac tahun 2017 genap dua tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

SENJA YANG DAMAI

Image
Macam biasa di gerai Kopitiam Pak Non, menunggu pelanggan datang minum dan makan di gerai Tomyam Bawah Pokok. Alhamdulillah walaupun petang agak lengang dah cukup syukur dengan rezeki kencang ALLAH SWT bagi setiap kali waktu rehat pekerja di sekitar kawasan Bayan Baru ni. Setia di samping suami, aku tak seperti manusia sebaya aku kerja di pejabat mahupun waktu pejabat. Aku lakukan semua demi dia suami tersayang. Bantu semampu boleh dalam meneruskan amanah arwah bapa mertua. Terima kasih abah atas peluang ni. InsyaALLAH kami sentiasa doakan yang terbaik untuk abah. Senja yang damai, duduk kami merehatkan badan yang lenguh selepas berhempas pulas dari pagi sampai malam setia setiap hari mencari rezeki yang halal. Dan semoga ALLAH memberi kami peluang yang luas lagi untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal'alamin. Kopitiam Pak Non Medan Mayang Pasir Bayan Baru 11950 Bayan Lepas Pulau Pinang وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtu