Posts

Showing posts from 2012

Salah Satu Hobi (Part 1)

Image
Tiap kali online, aku memang akan rasa semak kalau Home FB aku jadi camni :D   Thats normal tapi aku still takleh tengok keadaan camni. Aku akan refresh sampai jadi macam ni bawah ni :D Sangat puas hati. Hik3. Sekian. Korang ada tak buat macam apa yang aku buat ni. Hik3. 

Rumah Selamanya

Image
Teringin rasanya duduk rumah lama-lama. Berat hati nak g kerja. Selamatlah tak dapat kerja lagi. Aku nak teruskan berbisnes online. Sambil tu boleh lah aku bantu mak aku buat kerja-kerja dalam rumah ni. Walau tak banyak macam mak aku buat, tapi sekurang-kurangnya aku ada untuk teman mak aku. Kesian tengok mak buat kerja penat-penat. Abah pun sama walaupun dia ada permanent job as police, tapi abah jenis suka berbisnes kecil-kecilan, berbekalkan pengalaman packing makanan yang pernah aku ada dan ilmu yang diajar dari abah aku boleh tolong abah. Em. Harap mak abah senang. Rasa nak duduk sini sampai bila-bila. Tapi aku wanita, bakal jadi isteri orang suatu hari nanti. Nak taknak aku kena terima hakikat. Apa-apa pun dengan masa yang berbaki ni, aku nak lakukan yang terbaik untuk mak dan abah. Sayang sangat mak n abah. Muah ! Anak mak abah ni memang sengal sikit, suka perangai macam budak-budak. I just miss them. Apa salahnya nak mengada-ngada ngan mak abah sendiri kan. Hee. Aku senget de

Kita Geng Selamanya

Image
Mengimbas kenangan tahun 2008. Berbuka puasa. Aku, Bai, Aina, Ju & Sha. Petang dan malam itu kita kumpul kenangan bersama. Hee :D   Sayang & rindu korang selalu ! Credit to Shahirah Hafifah aka Sha :)

EMPAT TAHUN KEMUDIAN SELEPAS SPM 2008

Image
13 Julai 2012 Tujuan asal. Ambil Sijil SPM untuk penuhi syarat bergraduasi di akhir tahun ini. With abah yang setia menghantar ke mana saja anak nak pergi. Thanks a lot abah. Nak ja rasa merempit p ke sini salu tapi abah mesti tak bagi :D Dah lepas amik sijil SPM Sumpah aku rindu sangat2 kat skola ni Berat hati nak tinggalkan Tapi aku terpaksa Kena juga telan hakikat Bahawa yang lalu tetap berlalu Segala kenangan kat sini tak pernah hilang Akan setia dalam ingatan Walau jauh Ia kekal sentiasa di dalam hati Selamat Tinggal SMTKS ! InsyaAllah SMTKS aku akan datang lagi

6 Perkara Yang Allah S.W.T Sembunyikan

Image
  Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. Allah SWT telah menyembunyikan murka-nya dalam maksiat. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. Allah SWT telah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (yang lima waktu). Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Baca sini Wallahua'lam. Sumber : khairilmazri.com & mynewshub.com

AMBIL RESULT SEMESTER AKHIR!

Image
Pantas ja masa. Sedar-sedar dah hampir sebulan final exam sem last berlalu. Esok gerak ke Kuantan dengan Dira, naik bas dari Pekeliling. Pergi sehari awal, sebab takmau kelam kabut. Oh minggu ni & minggu lepas minggu yang sangat sibuk.  9 Disember jumpa Bai, Aina & Ju . Semalam 10 Disember pun sama kuar dengan Bai & Ju. Hantar Ju ke Rawang. Sangat best ! :)) 13 Disember amik result. Em sekarang memang rasa biasa-biasa ja. Tengok la bila dah sampai kat library nanti mesti tangguh-tangguh masa nak amik result. Sem last punya result aura lain sikit. Apa-apa pun diharapkan result tak jatuh macam sem sebelum ni. Biarlah menaik dari menurun. Malas nak target lebih-lebih takut nanti kecewa. Hoho. Em, teringat masa amik result sem 5. Seronok ja tengok senior-senior yang dah habis study. Now ! My turn :)) Hee. Akan merindui zaman menuntut ilmu !

Sebab Kenapa Kena Jauhi Gangnam Style

Image
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM  oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg  Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,  "Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."  "Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu.

INILAH ANTARA PEKERJAAN YANG BERISIKO TINGGI 😨

Image
Masa tengok mak siapkan kerja mengait bekas kotak tisu, aku duk tengok ada orang kat bukit depan umah aku ni. Oh dorg ni yang kuarga aku cakap tu. Kerja dorg ni lenyapkan satu persatu tiang kabel. Entah betul ke tak aku sebut. Hee saya bukan budak kos elektrik. Hoho. Macam biasa aku pun laju² lah snap picture. Ada beberapa tiang yang lain sebelah atas sana dah dileraikan dan takde. Dorg nak buat tiang kabel yang baru kakak aku gtau tadi. Aku banyak soal oo hikhikhik. Tak lama lagi tiang kabel depan umah aku ni akan lenyap juga. Syukur. Tak lah bahaya sangat kalau kilat petir menyambar. Salunya camtu lah. Aku ni hati kecik. Penakut ngan bunyi yang jenis macam petir, kilat & guruh. Moga Allah SWT lindungi mereka sentiasa. Aamiin Ya Rabbal'alamin 😊 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

KAMI RINDUKAN LAUT

Image
Saja bosan-bosan. Masa ni mak aku first time jejak kaki ke bumi Kuantan Pahang sepanjang 3 tahun aku menuntut ilmu kat Kuantan. Setelah dipujuk, yeah berjaya. Mak mahu ikut abah & wanema amik aku kat hostel. Oh best-best. Mak aku ni jenis cepat mabuk dalam perjalanan, tu la dia jarang berjalan jauh. Hee. Aku ada kenen-kenenkan mak aku ngan Pantai Teluk Chempedak. Hee. Mak kan suka laut. Sama ngan aku, aku ikut jejak dia. Suka sangat-sangat pemandangan laut. Lagi-lagi kalau membiru gitu. Apa lagi setelah selesai mengangkut bawa turun & masuk kereta kesemua barang-barang kepunyaan aku. Abah bawa kami menyinggah ke Teluk Chempedak! Oh Teluk Chempedak I'm gonna miss u bila dah balik Shah Alam. Mungkin ini kali terakhir aku jejak kaki ke situ. Oh! Sampai-sampai ja mata adik aku wanema dah bersinar-sinar. Dia pun macam mak & aku. Gila laut. Hoho. Apa lagi perut pun tengah lapar. Oh cantik! Abah & Mak ada sediakan bekal makanan. Em rindu masakan mak & abah. Mem

CADANGAN HADIAH UNTUK HARI PERKAHWINAN KENALAN 🎁

Image
Teringat di suatu pagi yang lalu ... Aku pandang ja extension plug yang melekat kat dinding dapur rumah aku ni, sambil aku tunggu air yang aku isi dalam washing machine. Tiba-tiba aku terfikir, sebenarnya ada banyak ja lagi pilihan untuk hadiah perkahwinan yang boleh kita bagi. Kadang-kadang aku asyik dengar peralatan yang sama ja orang bagi untuk si pengantin baru. Baru-baru ni sepupu aku kahwin, dengar cte dia dapat 4 dapur memasak. Mak oi! Hahaha. Maybe memang dah trend kot. Aku rasa ada banyak lagi pilihan lain malah lebih murah dari harga dapur masak. Apa kata korang tengok dulu cadangan aku ni. Bila korang beli berlainan barang mungkin dapat melengkapkan peralatan dalam rumah si pengantin baru hikhikhik. Antaranya 1. Extension Plug 2. Alas Kaki 3. Rak Buku 4. Rak Kasut 5. Set Meja Makan 6. Set Sofa 7. Washing Machine 8. Set sudu, garpu, dan seangkatan dengannya 9. Pemanas Air 10. Jug Air 11. Iron 12. Iron Board 13. Penyidai Tuala 14. Clothes Hanger 15. Rice Co

✿ Bertunang itu MUDAH! ✿

Image
Apabila seorang lelaki menyatakan hajatnya untuk meminang si perempuan tidak kira dalam apa bentuk sama ada telefon, sms, mulut dan si perempuan menerima, itu dah kira bertunang. Sekiranya ada lelaki lain masuk minang, hukumnya haram kalau dia tahu. Kalau tak tahu tak jadi masalah. -Ustaz Azhar Idrus-

KENANGAN 10 MUHARRAM

Image
Dah berapa tahun entah aku tak berpeluang tunaikan ibadah puasa 10 Muharram, kali ni alhamdulillah berpeluang. Seingat aku, last aku puasa Hari 'Asyuraa ni masa aku tingkatan 5 tahun 2008 bersamaan 10 Muharram 1430H. Tak silap aku :)) Sebenarnya itulah tahun pertama aku lakukan ibadah puasa sunat tu. Masa tu aku baru berhijrah ke arah kebaikan. Memang banyak kenangan. Mungkin Allah nak uji aku juga masa tu sebab first aku jalankan ibadah tu jatuh pada tarikh aktiviti Explorace paling mencabar sepanjang aku join mana-mana kem. Aku join Kem Kepimpinan, tu pun sebab membe dorm aku petik nama aku untuk Kem under Imam. Kiranya latih diri jadi Imam gitu.  Semua tu kenangan manis bagi aku. Aku tak keseorangan berpuasa sunat Hari 'Asyuraa masa tu. Fatimah kenalan aku pun puasa juga dan beberapa budak lelaki. Syukur ada peneman. Kalau tak mesti orang pelik kenapa lah aku sorang makan asing & lambat join program malam tu. Ha! Terimbas laju semua tu dalam kepala aku sekarang. Nak

Israel Akan Hancur Jika Umat Islam

Image
Bismillah. Salam Sayang. Tadi on9 then terbaca status sahabat share, terpampang keluar kat HOME Facebook. Sebelum ni memang selalu terjumpa peringatan tentang hal ni. Tapi macam biasa, kita tetap hamba Allah yang lemah dan cepat alpa. Hopefully perkongsian aku kali ni dapat sedarkan beberapa hamba Allah diluar sana. Terutama kaum Adam sekalian. Hayatilah. Moga ia sangat bermanfaat untuk kalian. InsyaAllah pasti! Apa yang ISRAEL takut kan pada ISLAM ? Ex. : Ketika rombongan Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar, lalu tentera Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan. "Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid" kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya &quo

"SOMENG ITU AHLI SIHIR... JANGAN MUDAH TERPANCING DENGAN KATA-KATANYA." 😣

Image
CERPEN • SOMENG (BERKAITAN DENGAN DAJJAL)  Matahari berpucuk di lengkung langit. Biru nila ditebari tompokan awan nipis. Udara kering. Hujan telah sekian lama keputusan akhbar, seakan-akan tidak mahu lagi singgah ke bumi. Air sungai semakin kontang. Perigi-perigi digali di sekeliling rumah, tetapi tanah yang kering dan merekah hanya mampu mengalirkan keringat hampa ke dasarnya. Pak Jali duduk di atas banir kelapa. Kemuncup kering keperang-perangan dicabut. Dari celah-celah rekahan tanah, dia terpandang puluhan, atau mungkin ratusan ekor semut merah berbondong-bondong keluar dari kota permukiman. Berdekatan banir yang menampung punggungnya pula, beberapa ekor cacing menggeliang-geliut muncul di muka tanah. Pak Jali mengeluh. "Astaghfirullah... Aku bukan keluhkan ujian ini, wahai Tuhan. Tetapi aku bimbang dengan dugaan-Mu yang lebih besar." Dia beristighfar lagi. Berkali-kali. "Ayah, ayah!" Pak Jali berpaling ke belakang. Rudi membuka langkah deras sambil meng

ALL ABOUT TELUK CHEMPEDAK

Image
12 November 2012, Isnin :) Family mai amik! Kul 10 lebih siapkan diri. Hampir kul 12 abah, mak & wanema sampai hostel. Aku terus turunkan barang. Banyak gila! Alhamdulillah ada bum. Thanks a lot kawan. Takut juga tak muat barang-barang dalam keta. Tapi selepas disusun oleh abah yang bijak akhirnya setel! Alhamdulillah. Lepas abah solat zohor kami bertolak. Tapi sebelum tu singgah Teluk Chempedak! Ni dia apa yang sempat di snap. Indah ciptaan Allah. Tenang diri ini melihatnya. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

LAST PAPER

Image
Kuatkan diri Rehatkan diri Paksakan diri untuk last paper! Lappy teman di kala sepi Kalkulator teman di kala ingin menyelesaikan pengiraan. LOL! Finally. Done my last paper! Highway & Traffic Engineering :)) 11 November 2012, Ahad in memory وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

SEMESTER AKHIR 5.0

Image
Kelmarin dan tulat tiba-tiba JBA Kuantan tutup air mengejut. Tapi perkara ni bukan sekali pernah jadi sepanjang aku duduk belajar kat Kuantan yang aku "SAYANG" ni. Huhu. Memang setiap sem JBA akan buat macam ni. Cuma nasib sem 6 ni agak malang sikit sebab berlaku masa kami tengah FINAL EXAM. Nasib baiklah JBA Kuantan takde FB, kalau tak haaa... Actually apa yang jadi sem ni sama dengan masa aku sem 3. Memang iman aku tergugat dan kesabaran pun agak tipis. Dan tak dinafikan TAKDE LANGSUNG. Hahaha. Air mula takde masa Jumaat lepas, kesian Dira air sikit ja untuk dia nak sucikan diri pagi Sabtu tu. Dia ada paper Analisis Struktur pagi tu. Lepas tu aku ingatkan air boleh ada balik, kami fikir sehari ja ada problem. Rupa-rupanya berlanjutan. Ahad esoknya aku ada paper Kejuruteraan Alam Sekitar. Siang tu dengar cerita banyak kawasan yang dah ada air balik. Aku pun buat muka gembira dan bahagia. Tetiba dapat dengar air kat area Alor Akar takde lagi. Semua kedai tutup area Alo