Posts

Showing posts from July, 2011

AKU LALUI

Image
Hari - hari yang aku lalui Penuh dengan kedukaan yang tak terperi Kadang - kadang aku meratapi Tetapi akhirnya aku lupa diri kembali Hari - hari yang aku lalui Penuh dengan keinsafan yang aku sesali Kadang - kadang kisah silam menghantui Air mata kekesalan mengalir laju ke pipi Hari - hari yang aku lalui Penuh harapan aku mohon pada ILAHI Atas kesilapan yang kerap aku ulangi Moga KAU mengampuni LAIN LAIN •  Bila Aku Keseorangan •  Wahai Hati •  Masa Lalu •  Tak Pernah Lupa •  Dipinggir •  Luka Bersulam Cinta وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI II)

Sumber - http://memalibaling.blogspot.com/2009/07/kisah-sebenar-peristiwa- memalisiri-1.html Pak Teh Mat Piah telah meninggal dunia pada tahun 2001 Kisah Sebenar Peristiwa Memali. Kisah benar ini dipetik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997). Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal, kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang. Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku. November 1985, Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal, di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16. Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa itu. Walaupun sudah lebih 12 tahun peri

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

Sumber - http://kacapermata.blogspot.com/2009/06/rentetan-peristiwa-memali satu-bukti.html Peristiwa memali mengingatkan kita pada Ustaz Ibrahim Libya atau Ustaz Ibrahim Mahmood dan kisahnya sangat menarik untuk diketahui oleh generasi masa kini terutama pemuda dan pemudi atau muslim dan muslimah sebagai pengajaran kepada kita tentang kerakusan manusia yang sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa. Semoga kita memperoleh manfaat dan pengajaran yang baik dalam mengibau peristiwa berdarah ini Ustaz Ibrahim dikatakan mengajar ilmu sesat ini adalah tuduhan biasa kepada sesiapa yg tinggi ilmu agama yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan dikatakan juga Ustaz Ibrahim mengajar yang bukan-bukan. Sedangkan jika di ikutkan, sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di Libya dalam kelulusan Degree beliau bekerja dengan kerajaan. Akan tetapi, beliau berkhidmat tidak lama di tempat itu kerana kesukaran beliau ingin menegakkan HAQ kerana yang BATIL teramat banyak. Dikata

Menguatkan Akar Rambut

Image
Anda menghadapi masalah rambut gugur? Sudahlah gugur, rambut pula bertambah nipis. Memang merisaukan. Apa kata anda cuba tip berikut untuk membantu menguatkan akar rambut sekaligus mengatasi masalah keguguran rambut. CARA 1 a. Sediakan semangkuk kecil kacang hijau. Rendam selama semalaman. b. Tapis kacang hijau itu. Ambil airnya dan sapukan pada rambut hingga kulit kepala sambil memicit perlahan. c. Lakukan selama 5 minit dan biarkan ia kering dahulu sebelum dibilas hingga bersih. CARA 2 a. Sediakan sebiji lobak merah. b. Parut lobak itu dan perah untuk mendapatkan airnya. c. Sapukan air perahan itu pada kulit kepala sambil diurut perlahan. d. Lakukan selama 10 ke 15 minit sebelum dibilas bersih. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Cara Mudah Atasi Kulit Berjerawat

Image
Risau dengan wajah yang dipenuhi jerawat? Apa kata anda cuba beberapa cara semulajadi di atas ini. Siapa tahu, mungkin cara mudah ini dapat membantu mengatasi masalah jerawat anda. CARA 1 Campurkan 1 sudu jus perahan oren dengan 1 sudu serbuk kayu manis. Sapukan pada wajah. Biarkan 20 minit sebelum dibilas bersih. Namun bagi mereka yang berkulit sensitif, resepi ini tidak sesuai untuk kulit anda. CARA 2 Kupas seulas bawang putih, potong sedikit dan kemudian perlahan-lahan gosokkan pada bahagian yang berjerawat. Penggunaan teratur bawang putih membantu mengecutkan dan menghilangkan jerawat. CARA 3 Campurkan 1 sudu minyak kacang tanah dengan 1 sudu air perahan limau nipis. Sapukan ia pada wajah. Biarkan kering sebelum dibilas bersih. CARA 4 Rebus segelas susu hingga masak. Kemudian campurkan dengan sebiji air perahan limau nipis. Amalkan membasuh muka dengan susu ini dua atau tiga kali sehari. Selain menghilangkan jerawat, ia membant

Hilangkan Parut

Image
Wajah berparut sudah tentu membuat anda mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan parut tersebut. Anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kulit kayu manis serta bedak sejuk. CARA 1. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan bedak sejuk. 2. Tumbuk halus kulit kayu manis. 3. Semasa hendak dipakai, campurkan serbuk kulit kayu manis bersama bedak  sejuk dengan sedikit air. Kemudian, lumurkan pada bahagian berparut. 4. Lakukan sekerap mungkin hingga parut mulai pudar dan hilang. 5. Ia juga sesuai untuk menghilangkan bintik hitam pada kulit wajah. Cantik&Sihat - Wahidah BME

Pencerah Semulajadi

Image
Wajah cerah menawan idaman semua orang. Ini antara tip yang boleh anda cuba untuk mencerahkan kulit wajah. Yang pasti, ia selamat tanpa campuran bahan kimia. CARA 1 1. Pukul sebiji telur ayam dan kemudian campurkan dengan 1/2 cawan minyak kelapa dan 1 sudu madu. 2. Kacau hingga menjadi rata dan pekat. 3. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam dan kemudian sapukan pada wajah. 4. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas bersih. CARA 2 1. Sediakan 1 sudu kacang dan 6 biji badam. 2. Rendam dengan air panas dan biarkan semalaman. 3. Kemudian dikisar dengan halus. 4. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih. CARA 3 1. Kisar halus2 sudu beras. 2. Kemudian, campurkan dengan satu sudu madu serta sedikit air teh pekat. 3. Kacau hingga menjadi krim yang pekat. 4. Sapukan pada wajah. Biarkan kering sebelum dibilas besih. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Khasiat Air Beras

Image
  Setelah membasuh beras, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna. Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.   Manakala air beras basuhan kedua pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat. Amalkan sepanjang masa. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Hilangkan Kelumumur

Pening dengan masalah kelumumur? Sudah mencuba pelbagai produk penjagaan rambut tapi kelumumur masih juga ada? Memang keadaan ini membuat anda tidak selesa. Apa kata anda cuba beberapa cara di bawah ini. CARA 1 1. Sapukan cuka pada kulit kepala. 2. Urut perlahan-lahan kulit kepala selama 2 minit agar cuka rata ke seluruh kulit kepala. 3. Bersihkan rambut seperti biasa. 4. Lakukan cara ini setiap hari sekali hingga kelumumur hilang. 5. Berhenti melakukannya setelah masalah kelumumur anda dapat diatasi. CARA 2 1. Sediakan 10 helai daun pandan. Bersihkan dan potong kecil. 2. Kisar daun pandan itu dengan dua cawan air hingga benar-benar lumat. 3. Tapis dan sapukan airnya pada kepala anda. Gosok perlahan pada kulit kepala selama beberapa minit sebelum dibilas bersih. 4. Selain menghilang kelumumur, ia juga membuat rambut berbau harum. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat

Image
  Masalah jerawat atau kesan jerawat memang merunsingkan ramai orang. Apa kata anda cuba cara mudah ini dengan menggunakan oat. Ia membantu mengurangkan masalah jerawat dan menjadikan kulit kelihatan lebih baik daripada sebelumnya. CARA  1. Kisar dua sudu oat dengan sedikit air.  2. Kemudian, sapukan ia pada wajah anda.  3. Biarkan hingga kering sebelum dibilas bersih. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME