Posts

Showing posts from September, 2010

DILARANG MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERWUDUK

Image
﷽ Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad) Ulasan Hadis: 1.        Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwuduk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk? 2.        Kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk, sehingga basah pakaian, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan! 3.        Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Dosa membazir, ALLAH sudah menyatak

HARAMNYA BERPAKAIAN KETAT NIPI ATAU TAK SEMPURNA MENUTUPI AURAT

Image
﷽ JANGAN LUPA TUTUP Wanita berpakaian ketat di hadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain. Masalah wanita berpakaian ketat ini ada penegasan dari Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, pemakainya tak akan masuk surga, bahkan mencium bau surga saja tidak.“Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor sapi, dengannya mereka memukuli manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan menyimpang, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya bisa didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim) Dan sabdanya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik diatas pelana seperti layaknya orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

Image
﷽ "Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.." "Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummat mu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.... 1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sangkaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya.. 2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.. 3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke g

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG PALING KEJAM?

Image
﷽ Siapa lebih kejam?????? Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam. Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, “Akulah orang yang paling kejam”, Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”. Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab “Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku” Perempuan itu adalah Lebanon. Lelaki pertama ialah Israel. Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

TANDA-TANDA KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Image
﷽ Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah: 1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim) 2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud) 3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada

DIA TAKDIRMU DI SYURGA

Image
﷽ Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah. Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut. Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dip

KENAPA WANITA MUDAH DIJADIKAN BAHAN FITNAH?

Image
﷽ Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing. Kenapa wanita itu senang menjadi fitnah? Memang itulah hakikatnya kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu. 01. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka. 02. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Y

AURAT WANITA DALAM ISLAM

Image
﷽ Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT  bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana berikut; Nas Pertama. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyek

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI?

﷽ Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan di hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa k