Posts

Showing posts from September, 2011

UJIAN KEHIDUPAN

Image
Masalah takkan berhenti menyinggah dalam hidup seharian. Lepas satu selesai satu lagi muncul tiba. Hati hamba-Mu ini terkadang rapuh, maka kuatkanlah ia. Moga sentiasa menerimanya dengan redha ketentuan-Mu itu. Moga sentiasa sabar dan tabah menghadapinya. Moga dijauhkan dari segala rungutan atau keluhan. Keluhan itu ini tak layak keluar dari mulut yang berdosa ni. Tidak layak sama sekali. Ya Rabb hanya pada-Mu diri ini mengharap. Maka lindungilah diri kami dari segala keburukan. Aamin Ya Rabbal'alamin. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Siapa Yang Bertanggungjawab Dengan Kelahiran 17,303 Anak Luar Nikah Tahun 2009 Yang Lalu??

Image
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ini bermakna secara puratanya 47 orang anak luar nikah dilahirkan tiap-tiap hari di negara kita. Kalau dikira dalam jam makna 2 orang anak luar nikah dilahirkan setiap jam. Jadi negara kita sekarang berada dihuni oleh golongan penzina yang berkeliaran di mana-mana. Malangnya kerajaan BN yang memerintahkan Malaysia sekarang memandang kes ini sebagai kes remeh temeh sebab itu tiada tindakan drastik dan komited dilakukan untuk membenteras perkara ini. Angka ini juga menunjukkan bahawa gejala perzinaan ini sudah sampai ke tahap kronik sehingga melahirkan 17,303 bayi luar nikah tahun lepas. Bayangkan berapa banyak perzinaan yang berlaku yang tidak menyebabkan penzina perempuan mengandung. Tidak ada cara lain untuk membasmi gejala maksiat zina ini melainkan kerajaan mengamalkan amar makhruf nahi mungkar. Tetapi ianya sudah pasti tidak akan dilakukan oleh kerajaa

Lebatkan Alis Mata

Image
Alis mata atau bulu kening yang lebat dan cantik memang disukai ramai. Jika anda ingin melebatkan alis mata anda, apa kata anda cuba tip ini. CARA 1 1. Sediakan 2 biji buah keras. 2. Bakar hingga kehitaman dan kemudian tumbuk hingga halus. 3. Sapukan pada alis mata anda setiap malam sebelum masuk tidur. CARA 2 1. Jika anda masak pucuk paku, bahagian batangnya jangan dibuang. 2. Ramas hingga mengeluarkan lendir dan sapukan pada bulu kening anda. 3. Amalkan selalu. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Tentang Mak (Renungan Bersama)

Image
Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak ... Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati....... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan ..... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah

CARA KURUSKAN BADAN YANG MENJIMATKAN

Image
Jom check BMI masing² Segarnya udara pagi ni, tapi aku rasa tiap² hari segar kot cuma asyik tak berpeluang merasa sebab duduk kat bilik yang depannya tingkap tak boleh buka selalu. Apa boleh buat depan tingkap ada tong sampah, tak nak aku bau 'kewangian' sampah tu. Pagi ni sarapan maggi, tak sihat kan? Tak dapat dielak haha duit takda. Bekalan maggi dan telur ja ada, akhirnya maggi juga lah jadi breakfirst aku. Tak apa maggi tetap makanan, daripada tak dak langsung makanan macam rakyat Somalia tu kesian dorg. Allah uji kita dengan pelbagai dugaan, macam mereka yang di negara miskin Allah uji dengan kelaparan. Moga mereka tabah menghadapinya. Aamiin.  Yang kita rakyat Malaysia ni pula lain halnya, pembaziran adalah salah satu sikap rakyat Malaysia. Oh tahukah anda (atau buat tak tahu) orang yang membazir tu adalah kawan syaitan? Haaa. Hopefully kita semua dijauhkan dari sikap buruk macam tu. Aamiin. Aku cukup pantang kalau ada yang tak habiskan makanan atau makanan yang di

Laksanakan Hukum Allah!

Image
Assalamu'alaikum Sebelum tu cuba korang baca ni http://www.malaysiakini.com/news/176760 . "Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma’idah : 44) Terang-terang dah Allah beri peringatan dalam Al-Quran pada kita semua tentang hukum Allah iaitu hukum hudud. Tak rasa pula aku berada dalam negara yang agama rasminya Islam Yang Indah. Hello! Kita Malaysia ni asal dan ramai orang Melayu yang Islam. Maka sepatutnya mereka yang bukan Melayu boleh menghormati apa sahaja yang kami mahukan. Kalau nak bagi alasan yang negara kita ni ada penganut agama lain, boleh je kita buat hukum hudud tu hanya dan wajib ke atas umat Islam di negara ni sahaja. Hukum Allah dan apa yang Allah dah tetapkan pada kita itulah yang terbaik untuk kita semua. Ok, aku teringatlah Dr Masyitah perlekehkan hukum Allah dalam satu video ni. Tak silap a

PEMANDANGAN DI BELAKANG RUMAHKU 24 NOVEMBER 2009 ⛅

Image
Bila mata dah terpandang keindahan ciptaan-Nya Subhanallah. Hati tertarik untuk snap gambaq, wat cuci mata sendiri and now aku kongsi koleksi gambar² yang aku snap. Aku penggemar snap gambar pemandangan also sangat minat snap gambar sendiri. Hikhik. Moga kalian terhibur ye...  وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

JOM MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN KHAS BUAT YANG SELALU BUNGKUS AIR 💡

Image
Ada sesuatu yang nak aku kongsikan untuk pembaca sekalian. Moga ia bermanfaat. Aamiin Ya Rabbal'alamin. Ni khas buat sesiapa yang selalu bawa balik air bungkus macam Milo Ais Bungkus, Teh Ais Bungkus dan segala air yang berbungkus. Selalunya pelajar asrama macam budak IPT hee macam aku ler yang salu main bungkus² ni. Kadang² tak semua orang mampu habiskan air minuman masing² dengan jayanya, aku faham sebab aku pun kadang² tak habis minum juga. Aku nak sarankan kt sini andainya korg semua nak buang air yang tak habis tu lebih baik korg matikan dulu langkah korg ke tong sampah. Ngahahaha sukahati kau... Kita nak ajak awak² buat kebaikan InsyaAllah. Terus ke tandas then buanglah dulu air yang tak habis tu dalam singki. Cuci plastik tu sekali kalau rajin dan itulah yang paling terbaik. Lepastu korg boleh buang terus plastik, straw, dan tali ikat plastik tu ke dalam tong sampah. Senang ja kan. Kopi Ais Seksi by Kopitiam Pak Non Jom aku terangkan apa kelebihan yang akan korg d

TERINGAT SMTKS YANG SANGAT ISTIMEWA

Image
Semalam aku duk kemas² almari baju kat rumah aku. Kemas baju² jela tapi, ternampak baju masa kat sekolah teknik dulu. Teringat dan rasa sangat rindu zaman SMTKS dulu. Baju kurung warna maroon dan kain corak songket tenun. Baju kurung ni kami akan pakai tiap hari Jumaat. Aku ingat lagi, ada 2 hari yang aku suka bila tiba waktunya. Rabu dan Jumaat, rabu sebab boleh pakai baju koko dan baju koko aku masa tu seluar track + baju JPA3/KPA3 warna oren + tudung warna hitam. Haa aku suka pakai pakaian ni sebab tak payah gosok baju sekolah (hik hik) . Simple je, aku ingat lagi kalau malam hari Selasa aku mesti tanya geng² aku yang ahli KPA3 nak pakai baju oren tak. Kalau dorg pakai, aku ikut pakai. Kalau dorg tak pakai, aku pakai gak hahaha. Kalau boleh pujuk, aku pujuk gak sampai dorang nak pakai.  Ok. Kalau hari Jumaat sebab pakai baju kurung maroon tu, hee. Baju kurung maroon ni aku suka sebab kalau aku duk gasak macam mana pun tak nampak sangat konyok nya. Macam tu lah zaman sekolah

Oh Blog Ku

Haa. Lama tak update blog. Sorry la, aku tak bawa balik lattop baby pink ku tu balik umah. Berat beg aku satgi, tak mahu. Biarlah Cik Sahabat dalam bilik tu jaga lattop tu. Hujung minggu yang agak tertekan, balik kena hari Isnin tak boleh hari ni (Ahad) . Tiket dah habis, siapa2 yang dengar aku habaq camni mesti bebel (lain kali beli tiket awal2, dah tahu tiket senang habis) . Dalam hati aku meraung dan menjerit (kalau aku banyak duit aku dah beli awal2 lah, ish! ) . Bila kita tak dak kat situasi seseorang tu janganlah nak salahkan 100% sangat, kita tak tahu alasan atau sebab orang tu wat camtu. So, hormat jela ye. Bukan korang yang susah, aku sendiri yang harung.  Ada hikmah gak aku balik tiba2 minggu cuti Hari Malaysia ni, alhamdulillah. Mak wat makan2 sikit untuk kawan2 dia. Boleh lah tolong mak, adik ku yang 3 orang tu busy memanjang. Haha. Kakak pula kerja. Fikir punya fikir, kalau aku tak balik ni mesti mak sorang2 ja wat kerja. Alhamdulillah ALLAH aturkan macam ni. Maaf kepada

Rambut Sihat Dengan Buah Keras

Image
Ini juga salah satu cara untuk anda mengekalkan kesihatan rambut sekaligus mengelakkan rambut daripada rosak. Caranya juga mudah, dengan menggunakan buah keras, salah satu bahan yang senang dijumpai di dapur rumah anda. Cubalah. CARA 1. Sediakan segenggam buah keras. 2. Sangai (goreng tanpa minyak) buah keras tersebut hingga hitam. 3. Biarkan sejuk seketika. 4. Kemudian, tumbuk lumat buah keras itu hingga menjadi serbuk yang halus. 5. Cuci rambut terlebih dahulu. 6. Kemudian, sapukan serbuk buah keras tadi pada rambut hingga kulit kepala. 7. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci bersih semula. 8. Lakukan seali seminggu. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Pisang Untuk Rambut Sihat

Image
Tidak suka dengan rambut anda yang rosak, kelihatan kusam, bercabang dan sudah diatur? Tidak perlu bersusah payah. Anda boleh cuba mengembalikan kesihatan rambut anda dengan cara semulajadi. Salah satu ialah dengan menggunakan pisang yang membantu memperbaiki keadaan rambut anda. Malah, ia juga boleh menguatkan akar rambut dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembutan rambut anda. BAHAN - 1 hingga 2 biji pisang (bergantung kepada kepanjangan rambut) - Sedikit minyak almond - Air soda CARA 1. Lenyekkan pisang hingga hancur. 2. Campurkan dengan beberapa titis minyak almond. Gaul hingga adunan menjadi seperti krim yang lembut. 3. Basuh rambut seperti biasa. 4. Sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut. Biarkan selama 15 minit. 5. Kemudian, bilas dengan air soda. Ramas rambut dan kulit kepala perlahan-lahan selama 5 minit sebelum dicuci semula hingga bersih. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

KEBAHAGIAAN SEBELUM FINAL EXAM

Image
Setelah puas berhujung minggu semalam, hari ini dengan rajinnya aku melangkah ke kelas. Aku ingatkan penuh kelas aku hari ini. Alhamdulillah sampai pukul 12 je, haa lega. Hari ni budak IKIP-UTM boleh lah bersuka ria melompat dan meloncat girang. Semua lecturer kita orang macam biasa setiap sem mesti akan ke UTM KL untuk bincang paper Final Exam akan datang. Hopefully penyelaras setiap subjek tak kejam. Dengan senyuman yang sengih-sengih aku menunggu bas yang tak reti-reti nak gerak ambil kita orang ni balik ke hostel. Semua pelajar terpancar kegembiraan di wajah dorg hahaha. Al maklum lah hari ni kelas half day je, esok full day tak dak kelas. Budak IKIP jangan jeles ya kikikiki . Oh, cepat masa berlalu lagi 6 minggu nak Final Exam. Moga boleh buat dan pointer meningkat. Aamiin! Aku dengar lecturer aku cakap cuti sem kami macam sem lepas only 3 weeks, oh redha n pasrah jela. Depa nak wat 3 sem 1 tahun sebab kami under IPTA. So, ikut jela apa yang depa tetapkan. Raya tahun ni

Rambut Bersinar Dengan Strawberry

Image
Tidak suka melihat rambut anda yang kelihatan kusam dan tidak bermaya? Apa kata anda cuba dapatkan rambut sihat dan bersinar secara semulajadi dengan cara mudah iaitu menggunakan buah strawberry. Kandungan vitamin yang tinggi dalam buah ini membantu menyihatkan rambut. BAHAN - 8 hingga 10 biji strawberry - 1 sudu besar mayonis CARA 1. Lenyekkan buah strawberry hingga hancur. 2. Campurkan dengan mayonis. Gaul sebati. 3. Cuci bersih dahulu rambut anda. 4. Kemudian, sapukan adunan strawberry tadi pada rambut. Tutup kepala dengan shower cap atau plastik. 5. Letakkan tuala yang direndam dalam air panas ke atas kepala agar haba panas dari tuala itu membantu rambut meresapi vitamin daripada adunan strawberry tadi. 6. Biarkan selama 20 minit sebelum rambut anda dicuci bersih sekali lagi. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

Rambut Lurus Ala Rebonding

Image
Inginkan rambut lurus ala-ala teknik rebonding yang popular itu? Memang mahal jika ingin membuatnya ke salun. Apa kata anda cuba lakukan tips berikut di rumah.  CARA 1 a. Sediakan sebiji kelapa parut. Perah untuk mendapatkan pati santannya. b. Campurkan dengan sebiji air perahan limau nipis. c. Gaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk. Perhatikan hingga nampak seperti mendapan krim putih pada bahagian atas. d. Sapukan mendapan itu seperti krim pada seluruh rambut anda. e. Tutup kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang lurus. CARA 2 a. Sediakan 1/2 biji nenas masak. b. Lumatkan dan perah untuk mendapatkan airnya. c. Peramkan air nenas itu selama semalaman. d. Kemudian, sapukan pada rambut. e. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas hingga bersih. Minta izin kalau nak COPY ^^ Wahidah BME

PULANG SEMULA KE KUANTAN PAHANG

Image
Berat, berat hati nak pulang ke Kuantan Tuhan je tahu. Abah hantar aku semalam ngan Kakak juga Wanema.Terima kasih hantar anak Abah yang liat nak balik Kuantan ni. Lagi setahun Wahidah sabar, kau boleh! . Doakan aku ye semua. Semoga semangat yang kuat tu datang kembali dalam diri aku ni. Apa yang terkurang pada diri ini  harap dimaafkan. Kepada Mak dan Abah terima kasih masak lauk pauk untuk di bawa pulang ke Kuantan. Juga tak lupa packingkan kerepek n kuih raya. Mak dan Abah doakan yang terbaik untuk anakmu yang degil lagi malas ni, terima kasih Mak dan Abah. Moga Allah lindungi mereka yang aku sayangi, keluarga dan seluruh Umat Islam. Amin Ya Rabbal'alamin. Macam ni lah rasa jadi pelajar. Oh tak leh tak leh, rasa nak nangis. Aku harap aku dapat rasai kebahagiaan tu lagi, amin. Kepada buah hati, moga kamu dan keluarga dipermudahkan urusan dalam hidup dan bahagia. Aamin. Sungguh, rasa sedih n pilu n macam tak best je perasaan ni. Harap cepat-cepatlah hilang mood camni. Kebahagiaan

BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN WAHIDAH BME

Image
SELAMAT HARI RAYA semua pembaca, moga bahagia hendaknya. Alhamdulillah raya tahun ni bahagia macam sebelum-sebelum ni tetapi agak lain sikit dari tahun-tahun sebelum ni. Rumah kampung dah jadi rumah batu sebab sebulan sebelum raya keluarga kami di kampung di uji. Rumah kampung kami terbakar, licin dijilat api kerana berlaku litar pintas, walau apa pun alhamdulillah semua insan-insan tersayang dalam rumah tu selamat. Aku percaya di sebalik semua tu ada hikmah yang Allah tetapkan. Hanya Dia berkuasa membuka minda kami untuk memikirkan apa hikmah di sebalik kejadian itu.  Sudah tentu yang paling sedih nenek aku sendiri, sedih hati bila dengar nenek kata lebih kurang macam ni 'Ada 1 pasang pakaian nenek je dapat diselamatkan boleh wat kenangan'. Usia nenek dah menjangkau 70-an, tak pasti berapa umur nenek di rumah tu lah penuh kenangan dengan arwah atuk. Dan di rumah itu jugalah nenek dan arwah atuk besarkan 12 orang anak mereka termasuk my abah. Kalau aku ada kat tempat nenek