Posts

Showing posts from June, 2012

Percutian Di Dalam Laut

Image
Macam-macam dah kan sekarang idea manusia-manusia dalam dunia ni . Sampai keinginan mereka membina resort dalam laut terus terlaksana . Huhu . Memang dengar macam pelik tapi kalau dah otak tu kreatif dan nak sangat-sangat sesuatu yang diangankan tu berjaya mesti akhirnya terbina juga angan-angan tu . Apa-apa pun benda ni mungkin ada kaitan dengan agama si pemilik Resort ni . Sebab aku google punya google keluar maklumat yang maksud Poseidon tu adalah Tuhan Dalam Air . Huhu . Korang ce google dan baca sendiri . Ok kalau korang jenis yang suka try benda yang menarik atau nak merasai sendiri pengalaman duduk dalam laut tapi still boleh bernafas macam biasa try la pergi Nautilus Undersea Suite yang terletak di The Poseidon Resort di FIJI . Make sure duit poket tu berpuluh ribu lah eh . Al maklum lah tempat orang , bukan murah macam korang duduk rileks kat Langkawi tu . Huhu . Tapi kalau tengok dalam gambarnya fuhhh memang cantik :) Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai resort ini

Baca Baca Penting Ni Terutama Yang Selalu Memandu Kereta

Image
PENTING! Baca sampai habis. Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap." Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut. Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya &q

SEMESTER AKHIR 1.0

Image
SEMESTER 6 PART 1.0 Pagi ni kelas Design 2 (Rekabentuk Konkrit Tetulang) . Kelas ni minggu depan akan ditukar ke petang sebab ada senior² clash dengan jadual dorg . Huhu . Aku tak kisah sebab kelas hari selasa aku ada 2 ja . Satu kelas ni n satu lagi kelas Highway kul 4 petang . Jauh oo jarak . Kiki . Alhamdulillah jadual kelas setakat ni sangat memuaskan . Kelas petang ni Puan Afzan batalkan . Puan Afzan ada hal kot . Maka kelas aku full petang ni kelas dalam bilik . Haha . Hari ni Cik Nadiah dah mula mengajar . Pakai slide show , huhu. Sama juga macam Puan Diana semalam .  Rasa UTM suruh kot . Tapi ok juga sebab bertambah faham lah . Semakin aku naik sem jadual semakin ringan . Kelas pun tak compact berbanding awal sem dolu . Perghh dugaan tu jangan cakap . Pape pun alhamdulillah aku dah sampai tahap ni , takde halangan maksud aku tak repeat apa² lagi setakat ni . Syukur tersangat . Kelas tadi pun habis setengah jam awal . Sambil tunggu Cik Dira habis kelas Geote

MACAM MANA BATANG POKOK ITU BOLEH MEMBENGKOK PULA DENGAN SENDIRINYA? 🌳

Image
BISMILLAH Bila baca tajuk memang nampak pelik dan timbul soalan: Macamana batang pokok itu boleh membengkok pula dengan sendirinya? Tapi bila Admin dah baca kisah di bawah nie baru la tahu, tiada apa yang boleh dikata kecuali ucapan Subhanallah dan Allahuakbar. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan. Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan. Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sang

Ayah / Abah / Bapa / Abi / Papa .... Selamat Hari Bapa ....

Image
Kita pernah lewati negeri itu Pohon asa tumbuh menghijau Menghiasi halaman jiwa Sedang awan harapan Meneduhi hati nurani Kita pernah senyum Tanpa mengenal erti putus asa Kalau adapun kesedihan Sekadar musafir merempat Datang dan pergi tanpa pamit Kitapun pernah berlari Tanpa kenal penat dan henti Mengejar seribu mimpi Lalu terhenti di kaki langit Kalaupun ada tangisan dan airmata hanyalah helah pendinding diri Kini segalanya berlalu pergi Bersama jiwa yang belum mengerti Kita kini berdiri di bumi pijar Membakar, melebur jiwa dan asa Tiada lagi senyuman setia Atau harapan yang meneduhi jiwa Terkadang jiwa tersimpuh rindu Pada negeri Inderaloka Tersenyum melihat kehidupan Ketika Jiwa Belum Mengerti Ya, kita semua pernah melewati zaman kanak-kanak dengan seribu senyuman. Jiwa kita begitu segar dan penuh harapan. Tidak ada putus asa yang boleh mematahkan semangat dan keinginan kita. Saya lahir dan membesar sebagai kanak-kanak miskin yang tak punya har

Tolonglah Jangan Sombong

Image

Perhatian! Taktik Baru Pencuri & Perompak

Image
Kes ini telah disahkan oleh kakitangan Shell di TTDI, yang berlaku di simpang seksyen 17, Petaling Jaya! Baru sahaja menerima laporan kes ini daripada pasukan polis tempatan di Bangsar. Ada taktik baru yang digunakan oleh para pencuri dan perompak & merebak ke PJ dan KL kawasan-kawasan lain. Berhati-hatilah apabila ada penunggang motosikal menghampiri anda semasa anda sedang memandu bersendirian di dalam kereta. Berkemungkinan, pencuri akan menyembur sejenis cecair pada tayar kenderaan anda dan seterusnya tayar anda akan mengeluarkan asap. Apabila anda mengalami keadaan sedemikian, JANGAN PANIK! Cuba bertenang & JANGAN SESEKALI cuba berhenti dan meletak kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku kerana ini adalah satu perangkap. Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka mungkin akan merampas harta benda anda atau kereta anda atau mungkin menyerang anda. Jadi, jika anda mengalami kejadian seperti ini, segeralah memandu ke tempat yang selamat di mana terdapat

Jom Kenali Biodata Ringkas Al-Quran

Image

KOLEKSI NOMBOR CANTIK TOTAP PAGEVIEWS 😬

Image
  Ni lah keja aku di kala bosan. Huhu. Tapi sebenarnya agak teruja dengan nombor² kat atas ni. Huhu. Walau angkanya tak sebanyak blog² lain yang hot tapi pape pun tetap bersyukur. Terima kasih pengunjung semua, hope korang sentiasa peroleh kebaikan, manfaat, maklumat serta ilmu pengetahuan yang berguna di blog ni. Aamiin Ya Rabbal'alamin :) وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Terima Seadanya Baik Buruk Pasangan Masing-Masing

Image
Bagi siapa-siapa yang tengah bercinta dinasihatkan korang tak payah mengharap pasangan korang 100% perfect. Terima si dia dengan seadanya. Seandainya pasangan anda kurang matang, anda lah yang perlu bimbing dan ajar pasangan anda ke arah kebaikan. Anda juga sebagai pengajar haruslah bersabar dengan kerenah ketidakmatangan pasangan anda. Di dalam percintaan anda perlulah tahu bahawa pasti akan ada masalah. Seperti kehidupan kita dengan insan-insan lain akan ada masalah, tak kisahlah dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan mahupun orang tidak anda kenali langsung. Sebelum bercinta anda perlulah set dalam minda anda yang anda mesti kena kuat. Menjadi lumrah salah seorang dalam setiap pasangan yang berkasih mesti bersikap selalu menimbulkan masalah. Maka, anda yang bersikap dingin itulah yang perlu menyelamatkan pasangan anda. Sebolehnya didiklah diri anda menjadi seorang yang tidak membesar-besarkan masalah yang kecil yang anda hadapi jika tidak maka gelaplah dan suramlah hari-h

Cara Yang Betul l Cara Yang Salah Menggunakan Komputer

Image
Assalam . Ini info kesihatan untuk kalian semua . Terutama penggemar atau kaki - kaki online sekalian . Huhu . Moga bermanfaat InsyaAllah . Jangan lupa kongsi tau maklumat ni pada kenalan-kenalan korang .

Bila Dahi Bertemu Sejadah

Image
Sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. Allah tidak pernah berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dariNya. lantas teruslah kembali dekat kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu.. Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarikmu ke neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa untuk menikmati jalan2 ke syurga?? Renung-renungkan.

ALLAH SWT MELAKNAT KAUM LUTH YANG MELAKUKAN HOMOSEKS DAN LESBIAN SEHINGGA MENYIKSA MEREKA 👐

Image
BISMILLAH Ramai dari kita lupa bahawa laut mati ada kisah yang harus menjadi tauladan pada kita, kisah dimana kaum lelaki suka pada lelaki. Kisah nabi Lut dan kaumnya ada dalam quran. Lihat surah Hud ayat 80, Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.  Kemudian Allah Utus Jibril untuk tengelamkan kota mereka, kesannya ada sampai hari ini, dan ini lah di namakan Laut Mati. Dalam surah Hud ayat 81, Allah utus Malaikat, maksudnya, “Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang a

Kebaikan Duduk Iftirash

Image
Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!! Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc. Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT. Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: “Aku melihat Nabi Muhammad saw . Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia dudu

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Image
Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah 2. Pendendam 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Tamak 6. Tidak sabar 7. Ego 8. Riak 9. Cinta dunia 

KENANGAN BERCUTI DI KAMPUNG SARAWAK

Image
Semalam hari yang letih . Balik dari kerja terus kemas beg pakaian sendiri dan tolong abah apa yang patut . Kami sekeluarga terpaksa balik berasingan . Terbahagi kepada dua kumpulan . Hahaha . Bunyi macam lawak je . Abah , Mak , Wasie (Abang) dan Aku balik hari ini . Sementara Kakak , Adik Wanema , Witri dan Wafiq balik kemudian iaitu pada tarikh 26 May nanti . Oleh kerana tarikh 24 May ni bertentangan dengan paper last dorg, terpaksa lah abah beli tiket lain . Huhu . Tiket yang dah di booking dari tahun lepas ni abah beli dengan harga promosi . Alhamdulillah sekali lagi dapat pulang ke kampung kelahiran Mak dan Aku . Huhu . Tak sabaq tak sabaq . Very excited u know . Actually bulan Disember masa tu kami sekeluarga pernah balik emergency disebabkan kami dapat berita yang Atuk kesayangan kami sakit tenat . Aku pun ingat sakit biasa -biasa masa tu . Last minute baru aku dapat tahu Atuk dah lama sakit . Lama sangat kami tak pulang kampung atas sebab-sebab tertentu .  Tapi apakan daya