Posts

Showing posts from August, 2010

PENYESALAN TIADA KESUDAHAN

Image
﷽ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebak dada bila membaca. Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah. Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta plat TOL 1-800-88, lalu bertembung dengan lori angkut BABI. Sebelum tu lagi. Aku sempat meneguk air KENCING SYAITAN 4 botol dan bercanda dengan GRO di sebuah kelab malam. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa manusia yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada kuteramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ... ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku sem

LIRIK HAKIKAT BAHAGIA

Image
Nyanyian   • UNIC Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri Terbenam bagai mutiara di lautan nurani Bahagia itu ada di jiwa Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu adalah suatu ketenangan Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang Kebahagiaan itu suatu kesyukuran Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan Semua insan kan mengerti Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki

DARJAT DI SISI ALLAH SWT

Image
﷽ Sabda Rasulullah SAW: Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kalian aku tunjukkan amalan perbuatan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian, serta meninggikan darjat kalian?" Para sahabat menjawab, "Tentulah kami mahu wahai utusan ALLAH." Rasulullah SAW bersabda, "Menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan sukar, memperbanyak jalan ke masjid, dan menunggu masuknya waktu solat seterusnya setelah mendirikan solat, maka itulah yang disebut sebagai ar-Ribath." Hadis Riwayat Muslim. #cnp Kredit •  Penulis

YAKINLAH SENTIASA PADA ALLAH SWT

Image
Saat kte lemah, yakinlah ALLAH itu Maha Kuat.. Saat kte takut, yakinlah ALLAH itu Maha Kuasa.. Saat kte sedih, yakinlah ALLAH itu Maha Penawar.. Saat kte susah, yakinlah ALLAH itu Maha Ada.. Yakinlah dengan ALLAH sepanjang masa.. Yakinlah dengan asma ul-husna ALLAH.. Jangan sesekali berpaling dari-NYA.. Kerana setiap kekurangan kte rasa jawapan ada pada-NYA.. #cnp Kredit •  Penulis

LIRIK SETANGGI SYURGA

Image
Nyanyian   • In-Team Percaya kata janjiMu Kerna ku yakin apa di genggamMu Keharuman setanggi syurga Bukan kilauan sebilah belati Tersiksa jiwa merindu Bagai terkurung dibasah tengkujuh Kewangian aroma bunga Tak menggugah keteguhan iman Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur Pada redup renung mata yang menipu Tuntas ku mendaki Puncak cinta teragung Izinkan aku melafazkan kata Bicara hati yang mudah diterjemah Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung (Kerna awan itu rapuh) Bahagia buat mereka Yang bertemu cinta yang teragung Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi Dendam tak marak menyala dan membakar Oleh putih salju yang berguguran Kerna dosa itu Lebih hitam dan kelam Ku anyam rindu menjadi hamparan Kerna ku pasti adanya pertemuan Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan Tak bertemu pengucapan Percaya kata janjiMu Kerna ku yakin apa di genggamMu Keharuman setanggi syurga Bukan kilauan sebilah belat

LIRIK KALIMAH CINTA

Image
Nyanyian   • In-Team Pepohon cintaku kian merimbun Semakin dicantas makin bertunas Tidak mampu mendustai hatiku Rasa cinta fitrah manusia Siapalah aku menolak cinta Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa Hidup ini tidak akan sempurna Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa Adam Hawa bercinta di Syurga Angkara iblis terpisah menderita Kerana cinta mereka setia Bertemu di dunia Dengan cinta kenal Pencipta Dengan cinta kenal RasulNya Kerana cinta kenal saudara Bahagia keluarga Oh indahnya cinta Hidup tanpa cinta Sengsaralah jiwa Sengketa dan dusta yang merajai jiwa Di batasan cinta syariat terjaga Tanpa keraguan tanpa kesangsian Betapa sucinya kasihMu Tuhan Betapa agungnya kebesaranMu Diri ini mengharapkan cintaMu Kekalkanlah rasa kehambaan ku

LIRIK DAMBA KASIH

Image
Nyanyian   • In-Team Semakin jauh ku dari-Mu Semakin dekat pula Kau menghampiri daku Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih Siapalah diriku di pandangan-Mu Semakin cuba ku dekati Semakin kuat pula Kau mendugai aku Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna Kerdilnya diriku di hadapan-Mu Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini Ya Allah Kau Maha Pengampun Di bayangan mentari aku kealpaan Dusta dunia penuh kepura-puraan Di kala dini hari aku kepasrahan Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan Andainya dihitung amalanku Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu Oh Tuhan Yang Maha Pemurah Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan Kasih sayang-Mu Tuhan Itu yang ku dambakan Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

GANJARAN BUAT WANITA BERIMAN

Image
﷽ Wanita disebut "kurang dari sudut agama", tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh sebab pada waktu2 lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, ALLAH SWT tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar dalam menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang ALLAH SWT sediakan untuknya. #cnp Kredit •  Penulis

TERUSKAN BERMUJAHADAH

Image
Tika wajah penat memikirkan dunia. Maka berwudhu'lah Tika tangan letih menggapai cita-cita Maka serulah ALLAHUAKHBAR Tika bahu tiada kuasa memikul amanah Maka bersujudlah. Tika hati dan perasaan terasa sangat penat Kerana terpaksa berperang dengan godaan syaitan dan nafsu seorang diri Maka sedarlah sebenarnya anda tidak sendiri, ALLAH ada bersamamu Yakinlah dan teruskanlah bermujahadah Berlindung dengan nama ALLAH Yang Maha Melindungi dan Menyayangi Ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH SWT Agar tunduk di saat yang lain angkuh Agar teguh di saat yang lain runtuh Agar tegar di saat yang lain masih terhampar ALLAHUAKHBAR! #cnp Kredit •  Penulis

KISAH ANJING MUSAFIR

Image
﷽ Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar. Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang. Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah

ALLAH SWT MENCINTAI ORANG YANG BERSABAR

Image
﷽ Orang-orang yang sabar adalah hamba Allah yang dicintai oleh-Nya. Sabar ialah keteguhan, menahan dan mencegah iaitu menahan diri dari keluh kesah, teguh dalam menghadapi kesulitan dan mencegah nafsunya dari mengikuti segala kemahuan dan keinginannya. Seluruh perangai yang baik, pokok-pokok ketaatan, akhlak yang mulia dan sendi-sendi iman semuanya berhubungan dengan sabar dan kembali kepada sabar. Syaja'ah (Berani) ialah sabar dalam berperang, menghadapi musuh dan sabar menjauhi sifat takut. Karom (Dermawan) ialah sabar berpisah dengan harta dan sabar menjauhi sifat bakhil. Shidiq (Jujur) ialah sabar terhadap kebenaran dan kenyataan, walau apapun yang akan terjadi di sebaliknya. 'Iffah (Kesucian diri) iaitu sabar mengendalikan syahwat perut dan kemaluan. Hilm (penyantun) ialah sabar untuk menahan marah Kitmanus-sirri (Menyembunyikan Rahsia) ialah sabar untuk menyembunyikan perkataan. Manakala Zuhud ialah sabar untuk menjauhi hidup berlebihan.

ALLAH SWT MENCINTAI ORANG YANG BERTAQWA

Image
﷽ Orang-orang bertakwa dan menepati janjinya adalah kekasih Allah. Allah berfirman yang bermaksud; "Benar! Barangsiapa menepati janjinya dan bertakwa sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa." (Al-Imran:76) Takwa ialah mentaati Allah, mengingatNya terus menerus, mensyukuri nikmatNya dan pemberianNya. Takwa ialah mentaati Allah dan tidak bermaksiat kepadaNya, mengingatiNya, tidak melupakanNya, mensyukuriNya dan tidak mengkufurkanNya. Takwa ialah melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan mengikuti cahaya petunjukNya dan takut akan seksaNya. Takwa adalah kata yang mudah, yang luas cakupannya, jauh jangkauannya, darinya muncul petunjuk-petunjuk dan yang dtunjukkan, juga darinya banyak cabang-cabang kebaikan. Jangkauan takwa amat panjang dan luas hingga meliputi perkara akidah, ibadah, muamalah, cara hidup dan akhlak. Jangkauan ini diperoleh dari firman Allah S.W.T yang bermaksud; "Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-or

BERSAHUR CARA RASULULLAH SAW

Image
﷽ Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w: "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923. Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h: Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.“ Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120. Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam deng

LIRIK BERKORBAN DEMI CINTA

Image
Nyanyian   • Hijjaz Bermula gemilang cahaya Petunjuk pimpinan yang Esa Menempuh jalan hidup di dunia Cabaran yang silih berganti Dugaan mematangkan diri Mengajar erti hidup ini Berjuang berkorban demi cinta Suka dan duka suratanNya Mengenal makna jalan bahagia Masa yang silih berlalu Semakin hampir saat itu Ya Tuhan tunjukkan Moga selamat bersamaMu Biarpun bersama kekurangan Namun bersyukur kurniaan Tuhan Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri DenganMu ku punyai segala Tak kan beruntung seisi dunia Limpah kurniakan petunjuk bantuan Tempuh hari yang mendatang Semoga... Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi Setiap detik masa dalam amalan jua Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan Semoga dengan ini jambatan menemui Cinta yang sejati Itu yang abadi Berjuang mencari iman taqwa Perisai menempuh pancaroba Penentu tempat rahmat bahagia Seiring teman dan saudara Pimpinan tauladan baginda Ya Tuhan bantulah Moga sel

LIRIK HARAPAN RAMADHAN

Image
Nyanyian   • Raihan ft Man Bai Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua

DO'A ZIKIR MUNAJAT

Image
﷽ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لله وَلاَإلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar الله ، الله ، الله ، ياالله Allah , Allah , Allah , Allah حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ نَبِيْ مُحَمَّدٌ صَلّّى الله Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. تُبْنَا إِلَى اللهِ ، وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ ، وَنَدِمْنَا عَلَى مَافَعَلْنَ Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan فَسُبْحَانَ مَنْ لاَيَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya وَمَنْ هُوَ فَوْقَ اْلعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ (Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan مَلِيْكٌ عَلَى

LIRIK EPILOG SILAM

Image
Nyanyian   • Haikal Dalam mengenang kisah hidup silam Ku sedar dari kesilapan lalu Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatku Tuhan...Dalam menempuh hidup ini Banyaknya dugaan datang menguji Tuhan...Ada yang dapatku gagahi Dan ada yang gagal kuhindari Tuhan...Dosaku menggunung tinggi Tapi taubatku tak kutepati Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas Terlalu sedikit kubersyukur Kini kukembali pada-Mu Mengharap maghfirah dari-Mu Mogakan terampunlah dosa-dosaku Biarpun ujian melanda Ku tetap berkasih pada-Mu Kerna kuyakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya...

LIRIK LAYAR KEINSAFAN

Image
Nyanyian   • Mestica Sepi benar senja ini Bayunya semilir, menganak ombak kecil Jalur ufuk pula mengemas terang Kapal dan layar terkapar Mengapa nantikan senja Barukan terdetik, pulang ke pengkalan Gusar malam menghampiri Ku tewas di lautan Tuhan layarkanku ke arah cintaMu Tuntuniku menggapai redhaMu Rimbunan kasihMu ku berteduh KepadaMu ya Tuhan Berikan secebis keinsafan Bekalan sepanjang perjalanan Mencari ketenangan Biar Kau menjadi saksi Tulus tangisku kala dini hari Kesempatan yang hanya sebentar Moga keikhlasanku terlakar Berikanlah ku hidayah Agar dikuatkan iman yang lemah Moga diberkati hidup ini Menuju bahagia yang kekal abadi PadaMu Tuhan Kan kuserahkan cinta kepadaMu Harapanku moga dikurniakan Manisnya iman berpanjangan Moga lautan hilang gelora

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Image
﷽ Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan

MENCARI LAILATUL QADAR

Image
﷽ Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr sama ada Makkiyyah ata u Madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah. Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198). Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258). Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan l