Posts

Showing posts from November, 2019

LEBUHRAYA PLUS MALAYSIA

Image
Bila kawen dengan orang utara maka kena la tempuh highway kalau nak balik kampung Shah Alam ku. Sambil tu boleh cuci mata tengok pemandangan alam Allah SWT. Tiap kali naik kereta tak kisah pergi mana pun aku memang tak reti lelap mata. Dari zaman bujang sampailah dah jadi bini orang macam ni la. Tapi tak tahulah esok lusa jadi mak orang terlelap ke kan. Seingat aku pernah sekali dua aku terlelap, sebab tak cukup tdoq punya pasal. Kahkahkah. Masa tu dari Shah Alam nak balik ke Penang. Kami laki bini ngantuk. Rehat sat kat rnr Tapah tidur dalam kereta buka tingkap sikit. Pastu dah agak bape minit tdo kami keluar p tandas cuci muka semua. Segar balik. Tu cerita waktu malam. Malam kan tak nampak apooo. Kalau siang seronok hati ni. Hahaha. Maklumlah wahidah tak bape ngan gelap. Cehhh padahal dalam kubur nanti golapp. Minta² tak la. Semoga kubur ku bercahaya di dalamnya. Aamiin! Jom la kita layan pemandangan sekitar highway plus. Sampai ternampak kabus² kat bukit tu memang syok betul. Senyum

HENTIAN REHAT TAPAH PERAK THE MOST FAVOURITE RNR

Image
Tiap kali balik Shah Alam mesti singgah RNR Tapah Perak. Kalau balik menuju Penang pun mesti singgah punya. Suami kita la paling suka huhu. Meriah katanya.  Kita layan jela hihu. Bininya ni lagi suka. Boleh beli kacang kuda kesukaan hati. Makan panas² perghhh sedap sungguh. Suami suka singgah makan nasi lauk kat kedai² sini. Hentian Tapah ni pun elok ja suasananya. Tandas pun bersih, tak berbau pun. Surau yang luas. Kedai pun banyak pilihan. Berderet kedai buah, kedai makan, kedai minum, kedai makanan fast food tinggal pilih sahaja. Tandas pun berderet kooo hahahaha. Terima kasih pihak Hentian RnR Tapah Perak kerana menyediakan tempat rehat yang selesa buat rakyat Malaysia. Jadi tak rugi la bayar tol ye, antara fungsi bayar tol kahkah. So korang pakailah apa yang tersedia ni dengan sebaiknya.  Tempoyak Patin Kacang Kuda وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

HOTEL HAMILAS SEKSYEN 20 SHAH ALAM SELANGOR

Image
Pertama kali check in kat sini Syawal 2019. Tak dapat tidur rumah mak abah penuh. Raya pertama check in di DMetro Hotel Seksyen 19. Cannot go lama-lama pasal masa tu servis hotel dmetro ni kelaut aircond rosak bagai. Malas nak sambung hari. So cari kat Seksyen 20. Suprise! Adooo Alhamdulillah. So masa ni malam hari sebab siang seronok beraya ngat ngan family aku. Hotel ni milik orang Islam. Best dah pasal mampu support saudara seagama sendiri. Alhamdulillah... Lepas dah setel hal daftar, kami naik atas. Pakai tangga ya anak-anak, so kalau tetamu yang jenis tak dapat naik tangga memang akan ada masalah sikit. Sepanjang naik tangga dua anak tangga tu kita akan nampak mesin air coway dan iron board. Hehehhe. So yang bestnya itu kemudahannya. Kat kaunter ada mini mart. Depa jual air, air tin dalam chiller, makanan ringan dan kudap-kudap. Tapi minta maaf kata siap, mahal hee. Ok masuk ja bilik alhamdulillah bersih dan kemas. Sejadah untuk solat pun disediakan, kiblat punya arah ada depa ta

SERONOK BEBENO GABUNGAN DUA MINYAK URUT NI MEMUDAHKAN SI TUKANG URUT 😉

Image
Tubuh badan manusia kalau dah tiap hari bekerja mesti sakit. Lenguh, sengal, bisa macam² lagi. Memang tak boleh dibiarkan. Lagi dibiarkan melarat sakitnya. Sekurang²nya kalau takda masa nak mengurut, atau tak pandai boleh sapu minyak urut.  Sebagai seorang yang sejenis tangan sedap urut orang, agak cerewet juga jadi tukang urut. Tak berapa suka minyak urut sejenis panas bisa tu. Memang pantang beno. Ada cara tersendiri untuk penggunaan minyak urut untuk mengurut orang. Baru² ni suami mengadu tangan kebas, tak rasa apa. Kita sebagai sorang isteri tentulah risau. Teringat lagi tahun lepas doctor kata kalau kebas terus berpanjangan tu, makna kata otot luka. Kami pula bantai lupa apa cara rawatannya.  Dengan penuh yakinnya kita mix kan minyak gamat ngan minyak hijau jenama Orang Kampung. Seronok bebeno gabungan dua minyak ni. Jadi lancar sungguh mengurut suami. Minyak hijau ni best pakai, tak terlalu panas. Berkesan pulak tu mengurangkan sakit. Minyak gamat pula buat tapak