Posts

Showing posts from August, 2012

Kisah Sahabat Sejati

Image
Aku dah lama melupakan kau. Tidak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat pukul lapan jugak la. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Presentation econs la, latihan P3 la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz physics esok. Minta maaf, Su. Tak sempat nak bersua dengan kau walaupun sekejap…. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. ‘Sorry’ banyak-banyak la, Zu. Aku sekarang selalu lambat balik kelas. Pukul satu. Itu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele’ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi DH. Lepas pekena nasi beriani, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dap

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Image
1 Syawal 1433H  Salam Hari Raya Aidilfitri sume :) Semoga bahagia di Syawal kali ini. Selamat tinggal Ramadhan. Moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Aaminn. Minta maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan ♥ Sama-sama kita rapatkan ukhwah & silaturahim antara kita. Kenangan Syawal Tahun 2009 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Ramadhan semakin ingin mengundurkan dirinya, tak lama lagi giliran Syawal pula mengambil alih posisi bulan mulia ini. Sempena Syawal yang bakal tiba, aku nak kongsi ucapan raya yang korang boleh hantar kat sms, wall Facebook, Twitter atau lain-lain pada kenalan-kenalan korang.  Apa-apa pun sila hormat bulan Ramadhan yang masih kita nikmati sekarang. Kalau boleh hantar ucapan raya atau maaf semua tu biarlah masa dah betul-betul masuk bulan Syawal. Maksud aku malam raya nanti. Tak salah dan memang tugas kita sebagai umat Islam hormat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan macam-macam kebaikan.  Renungkan dengan sebaiknya adakah diri kita layak untuk meraikan kemenangan di malam Syawal kelak apabila setelah sebulan berpuasa. Adakah cukup dan ikhlas ibadah kita di bulan mulia ini. Tanya pada diri anda :) Semoga semakin hari kita semakin matang dalam setiap perkara dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. InsyaAllah aaminnn. Ok habis dah membebel . Sila f

Nuremy Ramli Bertudung Selepas Mimpi Arwah Bapa

Image
Assalam. Minggu lepas aku baru je tengok movie Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Sahabat aku kata kakak hero tu dah bertudung. Alhamdulillah. Makin ramai artis wanita sekarang dah berubah ke arah kebaikan. Search punya search sebab nak tahu apa yang membuatkan kakak cute tu nak bertudung, akhirnya jumpa dah. Apa yang berlaku kita ambil jadikan pengajaran. Terutamanya wanita di luar sana. Perintah Allah adalah untuk kebaikan kita semua. Tak pernah sesekali pun sia-sia. Percayalah.  Bulan Ramadhan yang mulia ni moh la kita berubah sikit demi sikit. Aku teringat Ramadhan 2007 la aku berubah tutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Hidayah jangan tunggu ia tiba, usaha sentiasalah kepada Allah dengan berdoa. Semoga hati kita terbuka untuk ikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah. Ok jom baca selanjutnya kisah penghijrahan Nuremy Ramli. Mengikut apa yang diceritakan Nuremy, mimpi Nuremy berjumpa arwah bapanya adalah antara punca mengapa Nuremy me

MERINDUI RAMADHAN YANG LALU

Image
24 Ramadhan 1433H Subuh yang dingin. Setelah membersihkan diri, duduk di depan lappy. Online sikit sementara tunggu azan berkumandang. Orang baca lah quran ke mathurat ke, ni dia online. Hee. Ala awak, saya manusia yang lemah ada kureng-kureng juga. Hihi. Best juga sebenarnya main-main kata dengan diri sendiri. Fuhh dari kul 2 pagi tadi hujan turun, mana lah tak sejuk. Tapi aku suka sangat-sangat hujan. Rasa tenang, walaupun ada bunyi guruh-guruh. Hee. Tumbuh-tumbuhan mesti seronok bermandi dengan air. Sambil mendengar alunan lagu nasyid pilihan hati, alhamdulillah dapat rasa seperti ini. Aku sebenarnya rindu ramadhan yang lepas-lepas. Ramadhan masa 2 tahun aku ada kat skola teknik. Nikmat sangat dapat terawih. Ye. Dari awal ramadhan yang lalu aku masih tak berkesempatan untuk mengerjakan ibadah sunat terawih. Harap tahun depan sempat aku bertemu dengan Ramadhan lagi. InsyaAllah. Mudah-mudahan. Waktu subuh hampir tiba. Terima kasih kerana mengingatkan hamba-Mu yang lemah i

Like Paling Banyak Pernah Ku Lihat

Image
Tinggalkan senyuman anda di komen tanda anda setuju :) Wassalam.

Kuih dan Perwatakannya

Image
Kuih paling gangster = Lompat Tikam Kuih paling seksi = Puteri Mandi Kuih paling keji = Taik Itik Kuih bajet cute = Cek Mek Molek Kuih untuk awet muda = Seri Muka Kuih paling alim = Kuih Ketayap Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk Kuih suka pukul = Kuih Lompang Kuih dalam zoo = Badak Berendam Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu Kuih paling tenteram = Kuih Makmur Kuih paling lembap = Kuih Siput Kuih 1 Malaysia = Kuih Telinga Keling Kuih paling munafik = Kuih Talam Dua Muka :P