Posts

Showing posts from 2011

Bentuk Awan Seperti Ombak Besar

Image
Awan yang bergumpal seakan ombak tsunami ini telah kelihatan di langit kota Birmingham di Alabama, US . Sekali pandang memang seakan ombak raksasa tsunami cuma berlakunya di langit . Menurut pakar , awan ini di gelar “gelombang Kelvin-Helmholtz” .

PENDEDAHAN HASIL KAJIAN LUAR BIASA MENGENAI KELEBIHAN JANGGUT 🙇

Image
Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM Tarikh : November 18, 2011 BISMILLAH Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah. Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan. Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat. Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru. Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak. Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi

ATUK... SELAMAT TINGGAL :(

Image
Saat ini, aku sedang sedih. Atuk kandung ku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Atuk nampak semakin sihat semalam dan sebelum ini berbanding pertemuan pertama kami yang lepas. Tapi, kuasa Allah tiada siapa yang dapat halang walaupun sedetik. Aku redha ya Allah, dan aku serahkan segala-galanya pada Engkau Ya Rabbi.  Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Mu. Ya Allah, di hari jumaat yang mulia ini telah Kau janjikan kurangnya azab kubur bagi hamba-Mu yang pergi mengadap-Mu. Maka Ya Allah, aku mohon pada-Mu berikanlah pada atuk ku keampunan, rahmat dan kebahagiaan di sana daripada Mu Ya Allah. Hujan yang tidak henti seolah-olah menghormati kepergian atuk, seolah-olah turut menangis dan sedih dengan kepergiannya. Wahai nenek, mak dan adik beradik ibu ku tabahlah kalian dalam menghadapi ujian daripada Tuhan. Aku mohon hidayah dari ILAHI datang menjengah ke hati kalian. Untuk kita bersatu di dunia dan di akhirat kelak. Terngiang-ngiang suara atuk ku, aku termenung dan terus me

Sambutan Hari Ibu dan Sejarahnya

Image
Assalamu'alaikum Nak kongsi pasal sambutan hari ibu dan sejarah sambutan hari ibu ni . Kalau masa sekolah rendah dulu memang aku celebrate , sebab kebiasaannya nak dekat hari ibu atau hari guru budak mesti ada jual bunga plastik . Aku percaya korang semua pun pernah alami gak macam aku . Hihi . Bila dah beli , aku akan bagi kat mak aku bila sampainya tarikh hari ibu tu sendiri . Tapi dah masuk tingkatan dan sampai la ni aku tak sambut pun hari ibu . Kepala aku mula fikirkan , takkan hari 1 tu je aku nak bagi hadiah dan wat special kat mak aku . Aku tetapkan hanya hari lahir mak aku yang akan aku bagi hadiah atau wat special2 . Tak pun aku akan bacakan yaasin untuk doakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat , InsyaAllah . Maka dengan itu , lupa lah aku dan buat2 lupalah aku dengan hari ibu tu . Hari ibu yang orang katakan tu pun aku lupa tarikhnya , jujur . Hee . Layanlah ibu anda semua dengan specialnya setiap hari bukan hanya hari ibu atau hari lahirnya sahaja . Ok jom baca

WAHIDAH BME GENAP 20 TAHUN 1 BULAN 🌹

Image
Alhamdulillah . Cepat masa berlalu , hari ni genap umur aku 20 tahun 1 bulan . Tak sangka aku dah tinggalkan zaman umur belasan tahun . Aku harap makin meningkat umur aku , makin kuatlah diri aku hadapi dugaan dari Allah SWT juga makin banyak kebaikan muncul amin . Memang tak dinafikan makin meningkat umur aku makin mencabar kehidupan seharian aku . Aku tahu dengan sifat Allah yang Maha Adil , semua manusia akan rasa macam ni . Aku masih berada dalam usia yang digelar remaja . Remaja , remaja adalah golongan yang syaitan sangat suka dekati . Tujuannya apa , tujuannya mereka nak masa depan kita hancur sama sekali . Kalau remaja yang sebelum ambil SPM tu agak bahaya sikit . Kalau tak kuat dalam menuntut ilmu tu , susah kecundang silap² tak dapat sambung belajar . Tapi yang gagal semua subjek jela ye . Hee . Yang lain selamat InsyaAllah sebab adanya IPTS yang baik hati lagi memahami budak² yang kurang dalam pelajaran . Janganlah kita sia²kan masa muda remaja kita dengan perkara tak berap

Budak Cute dan Bijak

Image
Assalamu'alaikum Lama niat nak kongsi video cute sorang adik ni , sekarang umur dia dah sebaya budak-budak tadika gitu . Umur masa dia dalam video ni 3 tahun . Cute sangat , ambil dari kawan baik aku sendiri . Ulang banyak kali pun tak bosan . Sebab budak ni sangat cute , rasa nak picit-picit je pipi dia yang tembam tu . Ok korang buka link You Tube ni http://www.youtube.com/watch?v=E8aprCNnecU untuk saksikan video nya . Hee , tittle video ni I don't like you Mommy . Ni muka budak comel tu , aku printskrin untuk tatapan aku . Haha . Selamat menonton , download sekali kalau rajin . Hee . Selamat Hari Ahad . Wassalam . Wahidah Md Esa

PERKAHWINAN TANPA RESTU IBU 👵

Image
BISMILLAH Hari ni nak share kat pembaca pasal perkahwinan tanpa restu ibu sah ke idak . Macam biasa ambil sumber dari  http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen  . Bagi sesiapa yang ada masalah bakal mak mentua si lelaki yang tak restu percintaan atau perkahwinan korang , boleh lah rujuk jawapan Ustaz Azhar Idrus kat bawah ni . Teringat pula dekat sahabat baik aku , ibu si buah hati dia tak berkenan dengan dia walaupun tak ada cacat celanya . Ada lah alasan si ibu laki tu tapi tak dapat nak cte , mungkin itu salah satu ujian buat dia . Moga dia sentiasa sabar dan tabah dengan hidupnya . Aamiin....  Aku nak kupas sikit apa yang ustaz nyatakan kat atas . Ustaz sendiri bagi tahu kebanyakan mereka yang bercerai bukanlah di kalangan mereka yang tidak direstui perkahwinannya . Ok , dapat disimpulkan di sini pasangan tu sendiri sebenarnya penentu kebahagiaan dan berkekalannya sebuah perkahwinan . Kadang-kadang , eh jap bukan kadang-kadang tapi memang selalu ibu bapa zaman sekarang bukan

18 Jam Sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali

Image
Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini . Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009 . ASRI : Assalammualaikum! Man , anta kat mana ? AKU : Kat syurga . Hehehe (Gurau. Sebenarnya baru bangun tidur) ASRI : Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha . (melayan gurauan) AKU : Maqam ana lain , hehehe . Anta , ALLAH jemput direct . Lagi hebat! (masih lagi mood gurauan atau isyarat ?!) ASRI : Dah! Dah! Jadi tak jumpa ? AKU : Jadi . Kenape ? ASRI : Jumpe lewat sikitlah . Ana nak meeting dengan rabbani . Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah… AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k? ASRI: O.k! Insya’ALLAH Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama. AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni ASRI: Album

KAT MANA DARUL TAQWA NI?

Image
CERPEN • Alam Mimpi Di Darul Taqwa (Cerpen Terbaik)   Mata digosok-gosokkan . Dia seakan tidak percaya apa yg dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta.. ke zaman kolot dan purba...?? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yg berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudian dicampakkan ke tepi jalan. "Assalamualaikum pakcik... tolong kutip kertas tue, nanti pakcik rugi di akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman. ..." Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku...? Aku Datuk Dr. Johar.. orang besar negeri ini....!!! " Pakcik... biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik..." kata budak kecil berpakaian putih dengan serban hijau yg melilit kepala. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah... kalau dia datang biar aku sogok dengan duit nie. Siapa yg tak kelabu mata tengok duit biru, ungu berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar lan

SATU NASIHAT DAN AMARAN PENTING UNTUK WANITA SEMUA

Image
PERHATIAN ! Buat semua wanita minta berhati-hati. Dan tolong jangan approve akaun Facebook bernama Aida Arissa Bukhari. Sebab apa? Aku search kat Facebook tadi , ni dia . Dia dikenali sebagai Tauke Chun . Dia ni akan curi gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer . Aku serach kat google tadi . Tapi bila bila klik , keluar Database Error . (Dah kena remove kot, haha) Dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan . Hati-hati , dia suka curi gambar perempuan cun , bertudung , seksi , bogel dan masukkan dalam blog dia . Kalau korang sedar gambar korang ada dalam blog dia  korang kena buat report polis. Then korang buat aduan kepada Cybersecurity Malaysia . Sila sebar kan kepada teman-teman , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang . وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

Penyokong Maut Ketika Perlawanan Bola

Image
Assalamu'alaikum Semalam kita semua duk sibuk tengok perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan tuan rumah iaitu Indonesia . Aku dengar macam2 cerita sebelum perlawanan akhir ni berlangsung , rakyat Indonesia tak hormat lagu Negaraku lah , ada lagi lah . Aku tak tahu apa2 sebab aku tak tengok pun perlawanan yang sebelum ni . Masa tu aku duk sibuk ngan final exam aku . Dah lama tak tengok bola kot , hee . Last aku tengok ... aku pun dah lupa . Yang pasti Malaysia lawan Vietnam kot . Bola ni bagi aku memang bawa pengaruh besar dalam kehidupan manusia akhir zaman ni . Aku rasa kalah Facebook tak silap . Sebab pakcik2 kat rumah yang tak dak FB tu pun peminat bolasepak . Aku tak kisah kalau kita sokong dengan rileks nya kejayaan negara Malaysia kita . Tapi yang agak kecewa dengan mereka yang terlampau taksub dengan bola sepak . Sampai disebabkan bola kita saudara seislam Malaysia dan Indonesia berbalah . Janganlah kita semua letakkan akal kita yang Allah angkat seb

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

Image
Barisan pertama:  Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :  "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".  Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".  Barisan ke-2:  Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.  "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."  Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba a

MENGADU PADA ALLAH SWT LEBIH BAIK DARI LUAH KAT FACEBOOK 🙏

Image
BISMILLAH Jadikan facebook ruang berdakwah bukan ruang melepaskan amarah. Wassalam....

6 Cara Mudah Membuat Pahala Di Facebook

Image
Beberapa amalan MUDAH dan MAMPU dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut: 1. UPDATE STATUS anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka. TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan

DIGANGGU HANTU MESIN AIR TIN 👻

Image
Comtoh Vending Machine Tengah syok-syok belek buku programming sambil tunggu bas pagi tadi ada la pula sesuatu yang aneh berlaku . Macam biasa kalau paper aku pagi , aku akan turun dalam pukul 7.30 pagi . Turun je tangga hostel aku ushar dulu tempat duduk yang mengadap TV ramai tak manusia , ok ramai kat situ . Untuk pengetahuan , jenis aku tak boleh tengok ramai manusia nanti susah nk study hee . Aku pun pergi lah port aku macam biasa meja depan kafe . Jauh dari orang sikit.  Tapi tempat ni lagi dekat ngan pagar nak dibandingkan ngan depan tv tu. So cepat sikit kalau nak menuju ke arah bas kalau bas dah sampai (sebenarnya senang nak jalan laju² dapatkan tempat duduk bila dah naik bas, hee) . Aku sorang je yang duduk depan kafe tu, budak hari ni tak ramai macam hari sebelum ni . Biasanya bangku depan kafe ni pun akan penuh juga . Ok teruskan kisah . Tak lama lepas tu membe aku mai , dia junior aku sebenarnya dia ambil paper Kalkulus I pagi hari ni . Sama kos , kenal pun sebab dia membe

MINAT MENULIS

Image
Hobi aku kadang-kadang suka merepek buat sajak . Kalau aku tengah sedih atau nak luahkan sesuatu biasanya aku akan catat diari n buat sajak . Dulu pakai buku kecil tapi sekarang moden aku pakai laptop je kalau nak luahkan apa-apa . Jenis aku kalau ayat kat blog memang agak skema ayat , tapi takde hal ni cara aku dan inilah diri aku . Hopefully apa yang aku tulis kat blog ni kalau yang baik tu ambil lah sebagai manfaat masa depan . Kalau tidak tu buat tak tahu jela sebab aku buat blog ni tujuan untuk kongsi sesuatu bermanfaat pada orang lain InsyaAllah . Jemput baca hee...  وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Image
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat , maka solat itu sebagai cahaya baginya , petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya , dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya ." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T , antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat). 4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 8. Orang perempuan yang tidak

KOLEKSI BANGUNAN PELIK 3.0

Image
وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

KEJADIAN DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

Image
Setelah lama menunggu giliran diri untuk menghadapi exam sem ini , akhirnya petang tadi sampai sudah giliran aku . Paper yang mula jam 3 petang tadi agak kelam kabut sebab bas lewat sampai . Al maklum lah si pemandu bas berjantina lelaki , of course sebab tunaikan ibadah solat jumaat . Alhamdulillah juga sebab paper mula petang walaupun risiko tinggi untuk ngantuk selepas makan tengah hari . Bersyukur kerana  banyak masa aku boleh hafal ilmu subjek Binaan Kejuruteraan Awam ni . Subjek ni fully membaca . Hee, tengah hari + membaca = mengantuk . Paham kan anak² semua =) Pendekkan cerita masa tengah jawab paper tadi kedengaran ringtones nset seseorang berkumandang . Gambar Hiasan Kalau jadi kat aku tu comfirm segan . Dalam dewan besar gedabak pula tu , hee . Ringtones tu lagu english yang top sekarang If I Die Young , tapi pemilik nset yang berkumandang tu lelaki . Hee . Dah pesan awal² dah off nset , silent vibrate only tak mahu . Kan dah malu . Wakaka!  Kisah seterusnya

Cara Berdakwah : Anda Kategori Yang Mana?

Image
Ikhlaslah dalam menyampaikan dakwah . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hati hamba2-Nya =)

Jangan Berkecil hati Kerana Itu Teguran Dari Allah SWT

Image
✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿ ~> I’m so confused <~ (=.=)' ... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Then I asked my dad what’s that mean. Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia. Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun? Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. Anak: *blur (>,<)' Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)&#