Posts

Showing posts from September, 2012

KOLEKSI GAMBAR MEOW² DI RUMAH KAMPUNG ABAHKU 🐈

Image
Selamat Hari Malaysia semua rakyat Malaysia bukan Selamat Hari Satu Malaysia. Huhu. Bosan pula aku petang yang dingin ni. Update² file dalam laptop ni terjumpa lah picture meow lama² dulu. Kenangan masa kat rumah kampung sebelah Abah kat Batu Pahat. Jom ushar meow² semua ni sangat comel 😘 Alolo sayunya muka dia Kucing veteran hee Ni kucing sepupu aku meow ni dah meninggal 😢 Control comey Gangster besar mai Saya Paktam Lets join our club huhuhu وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

SEMESTER AKHIR 3.0

Image
Semester 6 Part 3.0 Hari ni berehat panjang aku dalam bilik ni. Banyak perkara yang tak dijangka semester ni. Antaranya, minggu lepas dapat tahu kami pelajar yang ambil subjek Makmal Kejuruteraan I dan II kena pergi UTM Jalan Semarak pada tarikh yang sama. Sebelum ni pihak UTM asingkan. Makmal I pergi dulu, baru Makmal II. Kira junior lepas dulu, baru senior. Pape pun aku happy dengan berita yang tak disangka-sangka tu. Bolehlah ada kenangan manis dengan budak bilik aku merangkap junior kos aku. Huhu. Termasuklah sahabat rapat aku, Dira. Hee. Kami janji nak duduk bilik yang sama. Kui kui. Aku cuma berharap Makmal kali ni aku dapat buat yang terbaik dari Makmal sebelum ni. Walaupun comfirm² akan dapat gred A. Kiki. Kalau buat lebih baik mesti dapat A+. Huhu. Tapi sangat susah nak dapat gred tu. Sejujurnya aku tak bersedia lagi nak pegi Makmal II ni. Semuanya sebab masih terkejut dan tak sangka. Bayangkan dapat tahu nak ke Makmal II seminggu sebelum nak ke sana. Huhu. Lawak pun ada.

Hantu Muncul Di Klip Video Nana & Arwah Achik

Image
Assalam. Selamat petang :) Nak kongsi print screen ngan korang pasal video kat Youtube tajuk lagu Adat Berkasih   Video Asal Klik Sini  . Kat komen video ni kecoh pasal ada kelibat hantu di saat 0:40 hingga 0:42 . Huhu. Aku dah siap-siap print screen untuk korang yang malas nak tengok video ni dalam Youtube. Haa sila la tengok. Kalau nak lagi rasa puas hati boleh klik tulisan biru di atas.

SEMESTER AKHIR 2.0

Image
Semester 6 Part 2.0 Nak kongsi picture ngan awak-awak semua. Hee. Alhamdulillah setelah setahun berhenti pakai nset berkamera sekarang aku dapat beli nset berkamera baru. Gantikan nset yang dirembat oleh hamba Allah di Terminal Makmur tahun lalu. So beware la korang yang datang kat Terminal Makmur Kuantan Pahang tu. Aku memang jenis suka simpan kenangan. Suka bebeno snap picture pemandangan even aku bukan budak photographer. Benda ni hobi aku sejak Abah bagi fon Sony Cyber Shoot yang hilang tu. Sekarang aku ada teman baru juga teman baru pada nset nokia comey hee. Nokia Asha 300 aku mampu. Alhamdulillah. Berbekalkan memori 8GB tu dh lebih dari cukup. Wakaka. Antara picture-picture yang di snap untuk kenangan sem akhir kat IKIP International College Kuantan Pahang. Beg pergi ke kelas, keychain AC bagi, dan fon Nokia yang banyak berjasa. Semakin banyak sofa depan TV kat Student Centre IKIP 3 ni huhu. Sekitar Student Centre. Ada terpacak satu mesin topup untuk Celc

Kedai Mukabuku HaWa (Wanita)

Image
Assalam Hai. Post kali ni nak kenalkan kat semua kedai online aku yang dah 2 tahun beroperasi (macam kilang pula) . Hee. Aku ada akaun Facebook satu dan akaun group satu. Akaun facebook ni   KLIK SINI ruang untuk aku jual item-item yang terdiri daripada  Clothes - Dress - Cardigan /  Jacket - Top - Jumpsuits / Pants / Skirts Bag - Handbag - Backpack - Multi Function Bags - Satchel Bag - Single Shoulder Bags - Clutch / Purse / Wallet   Akaun Facebook ni aku terpaksa private kan. Hanya friends sahaja yang boleh tengok item-item yang terdapat dalam Facebook ni. Hanya wanita sahaja dibenarkan untuk menjadi friends Facebook Kedai Mukabuku HaWa. Ini adalah kerana semuanya barang-barang wanita. Hahahaha. Lagi satu aku taknak tanggung dosa dengan aurat-aurat si model-model cun melecun dalam item tu. Harap maklum. Harga Clothes dan Bag semua di bawah RM80 Include Postage. Korang boleh usha sendiri. Jangan lupa add laju-laju tau2. Aku ada juga akaun group Kedai Mukabuku HaWa  KLIK