HAMPIR DITIPU OLEH SCAMMER FACEBOOK
Teringat pula tahun 2013 dulu pernah hampir ditipu dengan mangkuk ayun. Mujurlah wahidah seorang yang bijak cehhh.
Alhamdulillah kepala ni boleh fikir secara logik, mana yang something wrong atau mana yang merepek.
Semoga perkongsian pengalaman ni boleh dijadikan pengajaran. Supaya tiada antara rakyat Malaysia yang tertipu dan sangat digalakkan share untuk kebaikan bersama.
Hapuskan bersama jenayah laman sosial yang berleluasa bertahun-tahun ni. Rasanya banyak yang dah tumpas di tangan PDRM.
Senang buat duit ek? Memang tak la woi. Dalam dunia ni takda perkara yang senang la. Memang kena usaha, hat manusia macam ni sejenis PEMALAS so memang segalanya nak senanggg.
_______
Jadi bermula kisahnya, ada manusia ni add pakai nama Islam. Aku sebagai sorang peniaga memang akan approve ja sesiapa yang add aku.
Tiber orang tu sent mesej. Ok take note ni ya semua. ANTARA TANDA-TANDA SEORANG SCAMMER FACEBOOK, DIA AKAN SENT MESEJ SELEPAS KITA APPROVED FRIEND REQUEST.
Kalau jadi bende macam ni korang tak payah buang masa, terus report ja kat Facebook. Nanti Facebook akan campak depa ni ke lembah sampah busuk.
Masa aku kena tu aku memang tak pernah ada pengalaman berhadapan dengan scam sebab tu aku melayan, yela kita ni nak jaga nama sebagai peniaga online.
Kenalah bersopan santun, peramah, cakap baik-baik. So orang tu memang cara chat pun elok, ayat baik, alim koooo.
Mengaku asal orang Malaysia dan dia lahir di Sabah, mak bapa dah meninggal. Katanya dia tinggal di UK / US sejak kecil. Kata bekerja sebagai Marine Engineer.
Lepastu yang takleh blah nya dia kan tahu aku meniaga beg. Ada ke dia kata nak bagi hadiah handbag dan jeweliries.
Katanya nak tolong aku dalam bisnes. Dia suruh aku jual la semua barang dia nak bagi ni. Tak berapa ingat berapa lama tempoh aku chat dengan manusia ni.
Apa aku ingat memang berhari-hari juga. Lama dah weh nak ingat 100% pun cannot dah. Sampailah satu harini, dia tekad dan habaq nak bagi free handbag, barang kemas, perfume dan duit.
Aku macam ehhh baik gila nak bagi semua ni. Biar betul dia ni, baru kenal kot. Pelik tapi ada la macam excited sikit orang nak bagi barang free kan. Aku pun layankan jela.
Siap dia hantar picture lagi. Beg, barang kemas segala semua dia hantar picturenya. Picture bungkusan yang kononnya nak siap dihantar ke alamat aku pun dia sertakan bahahahha.
Bawah ni bukti gambar-gambar yang mangkuk tu bagi kat aku. Picture ni semua masih wujud sebab ada kat post blog aku yang satu lagi tu, blog Titian Ilmu.
Aku share kat sini untuk remind balik so that orang kat luar sana boleh elak dari tertipu dengan jenayah scam macam ni.
Tapi serius cara mangkuk ni menipu memang sangat bangang hahaha. Jenis cheap punya jenayah.

Cadar katil dah la macam hotel punya. Dia kata dia tinggal kat rumah, dok area UK / US. Takkan la kat rumah ada pakai cadar hotel huhuhu. Nampak dah hint penipuan tu yee. Harga handbag ni kata dia $40 USD, katanya dia beli 15 pieces wow

Barang kemas yang kononnya bakal dikirim. Harga $1000 USD, means in Malaysia RM3000++ . Masuk akal ke gelang 'secantik' ini bernilai seperti yang beliau nyatakan tu? Nampak sangat menipu dan dia gebang kata nak bagi emas ni 5 pieces
Sampailah satu hari ni, aku tak ingat masa tu berapa hari lepas dia habaq nak pos barang tiber ada orang call, pakai nombor phone ni +447922490031 tapi aku tak angkat.
Kat sinilah kemuncak kisahnya haha. Kononnya barang yang dihantar tu dah sampai Malaysia sebab tak lama lepastu ada orang call pakai nombor phone ni +601126116933.
Ok masa ni mata kita akan cing cing blink blink dengan segala apa yang scam tu nak bagi. Yela dengan RM2000 kau akan dapat pelbagai barang berjumlah puluh ribu. Kalau tak fikir panjang masa ni memang terbang duit kau.
Yang si mangkuk scam dari chat facebook tu tak habis² tanya nape tak angkat call, kenapa tak jawab chat. Nampak beno nipunye! Pasal apa? Logik ke kau sebagai pengirim tahu barang kau dah sampai Malaysia.
Perempuan tu kaki jawab juga, dia call dua kali tak silap aku sebab aku persoal kenapa no akaun nama persendirian. Aku tanya dia apa nama company dia, dia beritahu dia dari Transworld Shipping & Logistics.
Sama la mangkuk tu terus block aku hahahaha. Setelah di search di google memang ada nama company ni, wujud.. TETAPI! Semua office company tersebut di luar negara.
Mohd Ruday Heriman Bin Mohd Taib
114561092235 MAYBANK
Noor Fazuyana Nadzirah Haron
01140084208528 CIMB BANK
Tak cukup sampai situ aku google macam² keyword sebab fikiran aku macam syak mangkuk² ni amik picture nak kelentong aku sume dari google.
Kepada yang dah pernah terkena dan duit pun terbang anggap sahaja ni sebagai peringatan dari Allah SWT. Dan aku anggap apa yang jadi ni juga teguran dari Allah SWT.
Mustahil rezeki datang melimpah ruah tanpa usaha yang gigih. Andai kita bijak InsyaAllah kita takkan mudah terpedaya dengan tipu helah manusia.
Banyakkan membaca InsyaAllah akan bantu kita untuk lebih berhati-hati hidup di dunia ni dan paling penting untuk kejayaan kehidupan kekal di akhirat kelak. Semoga pelaku insaf dan berjaya ditangkap. Aamiin Ya Rabbal'alamin
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹