Posts

Showing posts from 2019

LEBUHRAYA PLUS MALAYSIA

Image
Bila kawen dengan orang utara maka kena la tempuh highway kalau nak balik kampung Shah Alam ku. Sambil tu boleh cuci mata tengok pemandangan alam Allah SWT. Tiap kali naik kereta tak kisah pergi mana pun aku memang tak reti lelap mata. Dari zaman bujang sampailah dah jadi bini orang macam ni la. Tapi tak tahulah esok lusa jadi mak orang terlelap ke kan. Seingat aku pernah sekali dua aku terlelap, sebab tak cukup tdoq punya pasal. Kahkahkah. Masa tu dari Shah Alam nak balik ke Penang. Kami laki bini ngantuk. Rehat sat kat rnr Tapah tidur dalam kereta buka tingkap sikit. Pastu dah agak bape minit tdo kami keluar p tandas cuci muka semua. Segar balik. Tu cerita waktu malam. Malam kan tak nampak apooo. Kalau siang seronok hati ni. Hahaha. Maklumlah wahidah tak bape ngan gelap. Cehhh padahal dalam kubur nanti golapp. Minta² tak la. Semoga kubur ku bercahaya di dalamnya. Aamiin! Jom la kita layan pemandangan sekitar highway plus. Sampai ternampak kabus² kat bukit tu memang syok betul. Senyum

HENTIAN REHAT TAPAH PERAK THE MOST FAVOURITE RNR

Image
Tiap kali balik Shah Alam mesti singgah RNR Tapah Perak. Kalau balik menuju Penang pun mesti singgah punya. Suami kita la paling suka huhu. Meriah katanya.  Kita layan jela hihu. Bininya ni lagi suka. Boleh beli kacang kuda kesukaan hati. Makan panas² perghhh sedap sungguh. Suami suka singgah makan nasi lauk kat kedai² sini. Hentian Tapah ni pun elok ja suasananya. Tandas pun bersih, tak berbau pun. Surau yang luas. Kedai pun banyak pilihan. Berderet kedai buah, kedai makan, kedai minum, kedai makanan fast food tinggal pilih sahaja. Tandas pun berderet kooo hahahaha. Terima kasih pihak Hentian RnR Tapah Perak kerana menyediakan tempat rehat yang selesa buat rakyat Malaysia. Jadi tak rugi la bayar tol ye, antara fungsi bayar tol kahkah. So korang pakailah apa yang tersedia ni dengan sebaiknya.  Tempoyak Patin Kacang Kuda وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

HOTEL HAMILAS SEKSYEN 20 SHAH ALAM SELANGOR

Image
Pertama kali check in kat sini Syawal 2019. Tak dapat tidur rumah mak abah penuh. Raya pertama check in di DMetro Hotel Seksyen 19. Cannot go lama-lama pasal masa tu servis hotel dmetro ni kelaut aircond rosak bagai. Malas nak sambung hari. So cari kat Seksyen 20. Suprise! Adooo Alhamdulillah. So masa ni malam hari sebab siang seronok beraya ngat ngan family aku. Hotel ni milik orang Islam. Best dah pasal mampu support saudara seagama sendiri. Alhamdulillah... Lepas dah setel hal daftar, kami naik atas. Pakai tangga ya anak-anak, so kalau tetamu yang jenis tak dapat naik tangga memang akan ada masalah sikit. Sepanjang naik tangga dua anak tangga tu kita akan nampak mesin air coway dan iron board. Hehehhe. So yang bestnya itu kemudahannya. Kat kaunter ada mini mart. Depa jual air, air tin dalam chiller, makanan ringan dan kudap-kudap. Tapi minta maaf kata siap, mahal hee. Ok masuk ja bilik alhamdulillah bersih dan kemas. Sejadah untuk solat pun disediakan, kiblat punya arah ada depa ta

SERONOK BEBENO GABUNGAN DUA MINYAK URUT NI MEMUDAHKAN SI TUKANG URUT 😉

Image
Tubuh badan manusia kalau dah tiap hari bekerja mesti sakit. Lenguh, sengal, bisa macam² lagi. Memang tak boleh dibiarkan. Lagi dibiarkan melarat sakitnya. Sekurang²nya kalau takda masa nak mengurut, atau tak pandai boleh sapu minyak urut.  Sebagai seorang yang sejenis tangan sedap urut orang, agak cerewet juga jadi tukang urut. Tak berapa suka minyak urut sejenis panas bisa tu. Memang pantang beno. Ada cara tersendiri untuk penggunaan minyak urut untuk mengurut orang. Baru² ni suami mengadu tangan kebas, tak rasa apa. Kita sebagai sorang isteri tentulah risau. Teringat lagi tahun lepas doctor kata kalau kebas terus berpanjangan tu, makna kata otot luka. Kami pula bantai lupa apa cara rawatannya.  Dengan penuh yakinnya kita mix kan minyak gamat ngan minyak hijau jenama Orang Kampung. Seronok bebeno gabungan dua minyak ni. Jadi lancar sungguh mengurut suami. Minyak hijau ni best pakai, tak terlalu panas. Berkesan pulak tu mengurangkan sakit. Minyak gamat pula buat tapak

CHICKEN CHOP SEDAP DI FOOD COURT TESCO EXTRA SUNGAI DUA PENANG

Image
Semalam meniaga halfday. Jadi kami balik awal. Suami ajak pergi makan kat Food Court Tesco Extra Sungai Dua. Jadi pergilah menuju ke sana. Tekak dah bosan makan nasi lauk. Aku kata kat suami aku nak makan sizling.  Tapi terlalu depan kedai western food, tergoda pula. Makan terorder la Chicken Chop Mushroom punya sauce.  Aku sejenis memang tak berapa dengan sos lada hitam, heee. So lega la saucenya adalah mushroom.  Aku order sekali dengan Mushroom Soup. Aduhai bahagia benor rasa hati. Lepas tu suami punya hal setel dah.  Aku suh suami aku makan dulu. Dia pun melayan la. Jarang bini dia macam ni beli sendiri, rajin order. Hahahaha!  Selalu nak apa makanan lain ke sekalipun, minta dia yang orderkan. Entah kenapa kali ni order sendiri. Then aku pun pergi beli aiq pula. Dok fikir nak minum aiq apa. Sekali idea kuar, beli Laicikang. Sempoiiii... Chicken Chop RM10.40 Mushroom Soup RM2.00 Laicikang RM2.50 Alhmdulillah atas nikmat yang Allah SWT

WARNA WARNI PESTA SUNGAI NIBONG PULAU PINANG 2017

Image
Pesta Sungai Nibong Penang dah sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Setiap tahun mesti akan berlangsung selama sebulan. Biasanya dari bulan November sehinggalah Disember. Best memang best pasal hiasan lampu depa semua cantik sangat. Permainan game pun meriah, tapi mana yang berani tu seronoklah main. Aku bukan salah sorang yang suka mainan funfair. Apa yang best kat sini game funfair bukan ada untuk orang dewasa ja, tapi untuk kanak-kanak pun disediakan. Meriah la kiranya, tapi duit nak dikeluar pun boleh tahan meriah. MH kata dulu tak la semahal sekarang. Semakin lama semakin mahal, tu yang pengunjung pun tak ramai. Tapi kalau nak dekat habis pesta memang meriah. Video di YouTube Pasemboqtempe Channel Sangat meriah dengan diskaun sana sini. Harga runtuh roboh bagai karpet ke, beg ke, apa pon la. Berebut la korang serbu huhu jangan gaduh sudah. Paling best adalah kedai baju bundle, pakaian macam-macam ado. Kasut pon ado. Bundle depa murah luar biasa tau. Baju 3 helai RM5 uiii. Banyak l

MUSTAHIL PEROLEH KESENANGAN SEBELUM TEMPUH KESUSAHAN

Image
Selagi hidup dalam dunia ni jangan kau angankan tiada ujian yang perlu kau tempuh. Kerana janji Allah SWT selepas kesusahan akan hadirnya kesenangan. Sematkan sentiasa dalam ingatan. Mustahil sama sekali sebelum kau peroleh kesenangan kau tidak diuji dengan kesusahan. Semakin banyak rezeki yang kau peroleh semakin berat ujian kau kena tempuh. Hidup bukan untuk bersenang lenang, hidup adalah perjuangan! Jangan pernah putus asa Teruskan melangkah Sentiasa kuat dan tabah وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

WAHIDAH! TOLONG PERGI KEDAI BELI BARANG

Image
1 9 9 8 Mak : "Wahidah tolong pergi ke kedai beli barang. Cakap kat orang tu nak beli taucu". Wahidah : "Ok baik mak". Korang mesti pernah ada pengalaman zaman kanak-kanak dulu mak korang minta belikan barang kat kedai runcit yang berhampiran rumah korang kan? Kita pun macam tu juga, paling rajin muka kita la. Punya semangat laju berdesup pergi. Bukan apa, seronok cuci mata kahkah. Tak dapat beli barang kita minat pun takpa janji dapat berjalan, dapat tengok pun dah seronok hati. Masa tu memang selalu pergi sorang-sorang, adik-adik kita masa tu baby-baby lagi tak dapat nak ajak jadi peneman. Masa tu mana ada kes teruk-teruk macam sekarang ni pergi sorang pun takde hal, rileks ja mak bapak kami lepaskan kami ke kedai, tapi idak la jauh nun. Kita jenis duduk rumah berek polis, biasanya akan pergi kedai kat flat luar. Flat PKNS memang dekat ja ngan rumah. Kita panggil kedai tu Kedai Abang, pasai kedai tu yang jaga semua abang-abang huhu. Memang barang kat kedai

BOLEH INGAT JALAN KE SUATU LOKASI ITU ANTARA KELEBIHAN YANG ALLAH SWT KURNIAKAN 🚗

Image
Jawapan untuk soalan atas ni hehehe. Semua anugerah Allah SWT kurniakan. Sebab kita la yang selalu jadi penunjuk arah. Lebih tepat kita pro bab imaginasi ni. Ni kurnia dari Allah SWT. Selalunya yang berjantina lelaki la yang ada kelebihan macam ni. Boleh ingat jalan banyak simpang sekali pun. Huhuhu. Dalam kepala macam ada video kawasan² yang kita pernah pergi. Jalan balik ke kampung Abah kat Batu Pahat pun kita hafal, hee walaupun setahun sekali ja balik. Jalan ke SMTKS zaman form 4 dan 5 dolu² pun kita ingat. Segarr dalam ingatan. Sama juga jalan kawasan Kuantan Pahang 3 tahun menuntut ilmu masa Diploma dulu. Penang ni pun kita dah terhafal jalan ke tempat yang kerap kami laki bini pergi, kalau sesat sorg² in shaa Allah kita tau jalan balik. Cuma belah balik pulau ngan teluk bahang sana ja tak biasa. Macam contoh kalau kami nak ke mana², kita la yang selalu suggest kat suami jalan mana yang terbaik terdekat tercepat tersegera nak ke destinasi dituju. Suami kita sejenis pakai bant

KECEWA SELEPAS BAHAGIA

Image
Buat mereka yang pernah dan sedang kecewa 🌹 Mesti antara kita semua ni ada pengalaman pernah jatuh cinta, bertunang atau hampir nak kahwin dengan seseorang lalu berakhir dengan tanda noktah. Macam² kenangan indah tercipta tapi semua terhenti. Ada yang ditinggalkan dengan persoalan, ada yang diberi khabar berita yang mengejutkan, dan ada juga dibuang seolah kita tiada perasaan. Perancangan Allah SWT adalah diluar pengetahuan akal kita. Walau kita dah usaha menjadi seorang yang setia sekalipun jika dia bukan jodoh kita hubungan tu tetap akan terhenti. Jalan yang Allah SWT bentangkan kadang buat kita ingat yes inilah yang terbaik untuk kita. Tapi akhirnya berakhir dengan kesakitan, ya rasanya macam batu yang menghempap. Kita mula fikir, kenapa ya jadi semua ni sedangkan banyak yang dah jadi seolah² Allah SWT beri jawapan yang tepat pada kita. Tiba² putus sekelip mata. Kalau tak kuat iman boleh down teruk, memberontak. Tapi dalam kita tak sedar sebenarnya semua kesakitan yang k