Posts

Showing posts from 2018

AYAM PANGGANG AYAMAS MENGGAMIT MEMORI

Image
Dari zaman kanak-kanak lagi memang dah kenal dengan keenakan ayam panggang Ayamas ni. Tiap kali balik berbelanja dengan keluarga sekitar Seksyen 18 Shah Alam mesti akan bau ayam panggang Kedai Ayamas. Abah suka pergi Pasaraya Giant, sebab dekat sikit dengan rumah. Aku rasa masa tu Pasaraya Giant ja paling dekat, paling banyak pilihan. Situ jugalah kami anak beranak potong rambut, beli kek ulangtahun kelahiran, beli cd, beli baju sekolah, beli kasut, beli pakaian harian. Betul² menggamit memori la senang kata, sekarang umur aku pun nak mencecah 27 tahun. Perggh cepat masa berlalu. Abah aku memang pandai belanja anak² makanan yang sedap. Citarasa tu memang orang kata tepat dan jitu la. Termasuklah belanja kami sekeluarga makan ayam panggang made by Ayamas. Perghh best makan dengan nasi putih saja pun dah sodapp. Janji dapat cicah dengan sos cili original dari dorang. Abah bungkus seekor potong siap bawa balik kami kekah ramai². Paling aku tak lupa, dari Shah Alam abah beli ayam p

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

Image
Zaman kanak² bertambah riang bila dapat merasa jajan yang sedap², dah la sedap murah pulak tu. Memang comfirm mengundang penyakit. Tu pun kalau tak kawal pengambilan. Heee.. Syukurlah Abah had kan anak² makan jajan ataupun air gas yang tak elok untuk kesihatan. Jadi hanya hujung minggu ngan cuti sekolah aja bantai makan jajan. For sure bukan depan abah, kang kena bebel heee. Salah satu jajan yang paling sedap, rasa masin pedas fuhh memang yummii sangat. Harga sebatang pun dok ada 10sen kadang ada kedai jual 20sen.  Korang suka juga kan jajan ni?  وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

NASI CAMPUR MURAH & SEDAP DI FOOD COURT TESCO EXTRA SUNGAI DUA GELUGOR PULAU PINANG

Image
Nampak sedap kan. Semua elok dah kecuali keli masak sambal tumis tu, masin sikit. Hehehe. Pape pun kami laki bini tetap suka makan nasi campur kat Food Court Tesco Sg Dua. Kalau cuti hari Jumaat atau meniaga setengah hari kami mesti singgah Tesco Sg Dua, sedap menepati cita rasa. Harga pun tak mahal pun. Boleh la try ye mana yang dekat. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

LANGIT MAGHRIB YANG MENHADIRKAN PERASAAN SAYU 🌆

Image
Aku memang suka sangat snap picture pemandangan senja ataupun maghrib masa aku tolong MH kat kedai. Mata ni terang² nampak depan mata. Hati tenang ja... Kita lihat sama² alam ciptaan Allah SWT yang indah dan hebat. Memuji kekuasaan-Nya yang tak terhingga. Kadang suka tengok, bila tengok kita akan sedar kita sangat kerdil. Kadang juga bila tengok tu termenung jauh ingat dosa silam, ingat masa lalu, kenangan lalu yang jauh tinggalkan kita. Terbawa-bawa hehehe tak elok kooo. Yang elok tu kalau ingat dosa dan insaf ngahaha. Korang ada yang jenis macam aku tak pantang nampak pemandangan cantik² mesti snap laju²? 😁 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

MACAM MANA NAK BUAT DENGAN DUIT KOYAK / ROSAK

Image
Mesti korang pernah dapat duit koyak dari mana-mana kedai atau dari sesiapa pun tanpa korang sedar. Bila dapat tu comfirm ada satu perasaan macam segan nak guna, takut kena reject terutama kalau kat pasaraya besar. Lepastu korang simpan berkepam la duit koyak tu tak pakai sampai bila pun. Malu punya pasal, sanggup simpan dari guna. Ada juga di kalangan kita ni yang dah tahu pihak Bank Negara boleh uruskan bab duit koyak atau rosak. Menonong pergi Bank Negara jauh nun... Korang boleh walk in ke cawangan Bank Negara yang berdekatan, check google. Habaq kat kaunter pertanyaan korang nak tukar duit koyak. Nanti korang berurusan dengan staf Bank Negara melalui kaunter tertutup hat ada lubang untuk bercakap tu. Then nanti korang akan diberi borang. Isi maklumat dalam borang tu, yang mana dorang arahkan dan pastikan korang dah tau jumlah duit yang nak ditukar tu. Dah siap isi borang boleh bagi kat pegawai bank tu. Then depa akan proceed, sekejap saja urusan. Nanti dorang akan panggil korang b

NASI GORENG CILIPADI MENGIMBAU ZAMAN SEKOLAH TEKNIK

Image
Sekali pekene, menambah² hahaha Mengimbau kenangan zaman sekolah teknik, waktu rehat form 5 mesti nak makan nasi goreng kt kantin. Berebuttt beli, panas panas, makan dengan keropok lekor perghhh terangkatt 🍴  Zaman sekolah teknik dulu perangai aku sama ja macam masa zaman sekolah seksyen 19, aku tak bape suka pergi kantin. Segan ada. Serabut ada. Paling lucu, alasan nak diet dan jimat duit.  Duit tu aku simpan, kumpul beli majalah aku suka. Antaranya majalah Klik, paling kerap aku beli komik G3. Suka sangat nak masuk peraduan padahal tak pernah menang langsung. Frust!  Semua komik dan majalah aku kumpul tu mak aku dah buang, timbang kati tu, perghh sayang gilaaa. Tapi takleh buat apa, rumah tu kira mak aku berkuasa sebab dia yang ada 24 jam salu. Kira dia berhak la clear kan apa yang menyemak di mata dia. Takpa mak, anak mak tak kisah asalkan mak happy. Hahaha! Namm... Jauhnya menyimpangg cerita oiii Masa form 4 pun aku segan nak g kantin masa rehat, sebab macam l

KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Image
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 Negaraku Malaysia Tengah khusyuk tengok berita jam 1.30 petang tadi kat TV3. Keluar berita pasal persiapan ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba Jumaat ni iaitu 31 Ogos 2018. Tahun ni sambutan akan berlangsung di Putrajaya. Aku dan rakan sebaya aku masa form 2 pernah ada kenangan kat Putrajaya tahun 2005. Kami berpeluang join perarakan sambutan. Aku sedar selama ni aku abaikan ja tiap tahun kalau tarikh 31 Ogos tiba. Yela lepas dah masuk form 3 fokus kat pmr, pastu dah form 4 sampai form 5 dok dalam hostel diam² (diam ke) fokus spm. Lepas spm plak kerja, pastu sibuk sambung pra diploma. Dan seterusnya sibuk dengan diploma. Sampai lah dah habis belajar pun kau sibuk pula dengan kerja. Hahaha! Takde langsung nak ambil tahu pasal negara. Dah tu lepas kahwin kau sibuk dengan meniaga. Tahun lepas dapat cuti kau bantai pergi bercuti dengan laki kau kat pantai timur sana. Sudahnya sambutan kemerdekaan tak kau endah. Jadi tadi ak

JANGAN PERNAH NAFIKAN SIFAT ALLAH SWT YANG MAHA ADIL

Image
Jangan pernah nafikan bahawa ALLAH SWT Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kenapa perlu cemburu? Kenapa perlu dengki?  Kenapa perlu persoalkan?  Kenapa perlu bezakan?  Dalam soal miskin mahupun kaya Orang miskin tak perlu pening² fikir macam mana nak jaga pelihara harta benda, atau risau penyangak curi rompak harta kau. Malah keselamatan pun kadang bahaya. Orang kaya pula tak perlu tahan perut berlapar, selesa tidur, bebas bersedekah untuk peroleh pahala, beribadah di tempat yang selesa.  Dalam soal belajar tak tinggi atau tinggi Zaman sekarang yang belajar sampai spm tak payah pening² terikat dengan hutang belajar. Tinggal usaha kerja lebih masa je kalau nak topup income. Boleh dah kumpul harta tanpa hutang belajar. Yang belajar tinggi kau boleh mula bekerja dengan gaji yang tinggi. Dengan gaji tu la boleh bayar loan blja. Kerja kau tugas memang pecah kepala tapi berbaloi dengan gaji. In shaa Allah.  Dalam soal lambat dapat jodoh atau cepat dapat jodoh Yang

BATIK OVEN PENSONIC LIMITED EDITION 💃

Image
Ini satu perangkap. MH kata nak beli ni senang nak bakar² ayam ke daging ke. Bila dh aku bakarkan ayam dia kata pula 'Sayang jom esok beli bahan buat kek' . Haaaa tudiaaaa, halus ja mainan. Kita ni sayang suami, MH ni suka makan manis², bahaya kalau aku bagi muka. Jaddddi kek sebulan sekali sudah la ye bangg. Kau pagi² dah la suka bantai kuih muih manihhh². Kalau kek choc indulgence best gk niii. Ehh alamak aku pun dh terpengaruhhh. Bahaya² ! Batik Oven by Pensonic! Dah la harga murah, cantik plak tu. Masa kami beli ni last stok. Rezeki betol. Alhamdulillah. Sedap mata memandang. Terima kasih ye Pensonic keluarkan oven secantik ni. Tak tahu lah ada lagi ke tak kat pasaran. Aku beli ni kat Tesco Extra Sungai Dua Pulau Pinang. Korang kalau berminat boleh la tengok kat Tesco terdekat. Bersama-sama kita kumpul barang yang unik kebabommm 😂 وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

LANGIT BIRU CERAH YANG MEMBAWA MAKNA ⛅

Image
Biasanya kalau nampak langit biru awan pun macam halus ni, ha tu tanda nak hujan lebat malam hari nanti. Selalunya la. Hihihi. Kita tak kisah hujan malam hari jangan siang hari nanti ais batu tak laku. Malam hujan sejuk, senang nak tdoq. Apa pun alhamdulillah dengan cuaca macam mana pun Allah SWT tetapkan. وحيده Follow us on Pasemboqtempe Channel https://www.youtube.com/user/satu0111

TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG LOKASI RIADAH PALING CANTIK, BERSIH, SELESA DAN BANYAK KEMUDAHAN

Image
Taman Bandaraya Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Taman Belia antara lokasi paling popular bagi masyarakat negeri Pulau Pinang. Masuk percuma, parking yang disediakan pun sangat banyak. Taman ni sangat luas dan dijaga dengan rapi oleh pihak yang dipertanggungjawab menjaganya. Pelbagai kemudahan yang kerajaan Pulau Pinang sediakan. Antaranya padang bola, track joging, taman permainan, alat senam, kolam mandi, dan banyak lagi. Disebabkan itu juga la ramai penduduk Penang serbu lokasi ni tiap kali cuti. Senang cerita memang automatik penuh dengan manusia. Mana taknya masuk free, kemudahan pun banyak yang menarik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak memang takkan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini. Kita juga dapat hirup udara yang segar dan nyaman. Selain tu juga ada track jungle tracking, ala-ala hiking gitu. Bila dah sampai puncak boleh tengok pemandangan alam yang sangat indah. Pencinta alam yang jenis suka teroka pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang boleh la buat aktivi