Posts

Showing posts from August, 2011

DI AKHIR RAMADHAN

Image
Salam Akhir Ramadhan Aku tengok kat Facebook ramai dah dok bagi ucapan even belum lagi 1 Syawal. Sekejap masa berlalu, aku banyak berpuasa kat hostel je. Almaklum lah pelajar, hanya Tuhan yang tahu segala apa yang terjadi di bulan Ramadhan tahun ni dalam kehidupan aku. Apa-apa pun sebagai manusia dan hamba-Nya aku betul-betul berharap dipertemukan Ramadhan tahun depan. Agar aku boleh wat lebih baik, insyaAllah mudah-mudahan. Amin. Alhamdulillah perjalanan aku dan kawan2 dari asrama ke rumah semua selamat atas izin-Nya. Diharapkan juga pergi semuala sana nanti selamat juga sampai ke tempat kami menuntut ilmu. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari, moga Allah permudahkan jalan urusan hidup kita semua. Amin. Ha, esok aku dengan keluarga aku balik kampung Batu Pahat kampung abah aku. Memang wajib every year, doakan kepulangan kami selamat juga mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Amin. Aku harap semuanya baik-baik je raya ni. Amin. Beraya tujuan untuk kit

Perlindungan Dari Fitnah Dajjal

Image
Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah: 1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu. 2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut: اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَس

KEM UKUR KEJURUTERAAN KUALA LINGGI MELAKA PART I 🎂

Image
Ni semua koleksi gambar² yang aku snap masa kem ukur Part I. Untuk dijadikan kenangan. Serius pemandangan kat Kuala Linggi ni tenang sekali. Ni first time, untuk subjek Ukur Kejuruteraan I semester 2 aku. Salah satu hari sepanjang 5 hari kem ni jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku. Dorg buat kejutan, sangat tak sangka. Thanks to all my friends, aku sangat hargai. Moga Allah membalas dengan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal'alamin... Sangat best kem ukur ni. Aku cte k bawah picture² ni. Baca²... Shhhh. Wahidah nak bercerita.  Ni alat ukur namanya Staf (betul ke idak ejanya) Ni bukan di Kuala Linggi eh, ni kat Taman Gelora depan kolej  Benda ni Alat Ukur Aras, ni pun sama kat Taman Bergelora kami ngh praktikal before g Kem Ukur Ngah bosan2 snap la pic bunga ni Cantiknya... 1st time jumpa Bunga no 2, aku ni amik civil or amik photography ni? Hahaha  Ok ni aku snap gambar sambil tunggu kawan² wanita ku pulang dari mengukur. Chalet ktorg betul² depan ngan pan

Maruah Diri Anugerah Tidak Ternilai

Sumber : Majalah Anis Islam mengharamkan umatnya mendedahkan keaiban orang lain apatah lagi mendedahkan keaiban diri sendiri. Masyarakat Islam yang hakiki ialah sebuah masyarakat yang menjaga maruah individu, menyembunyikan keaiban manusia dan menghormati hak serta keistimewaan insaniah sebagai makhluk yang paling mulia ciptaan Allah SWT. Maruah oeribadi diri sendiri dan individu lain merupakan suatu hak anugerah Allah kepada setiap manusia yang tidak boleh sekali-kali diaibkan, dicerobohi dan didedahkan kepada umum. Hanya manusia yang buruk akhlak keji perilaku serta bejat pemikiran sahaja yang sanggup mendedahkan keaiban diri individu lain. Oleh sebab itulah Islam mengharamkan mengumpat, mengeji, mencaci, mencela, dan merendah-rendahkan martabat orang lain. Firman Allah SWT : "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji." (Al-Humazah:1) Mendedahkan atau mengaibkan maruah diri sendiri.             Kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa a.s. yang terd

KESUNYIAN KOLEJ DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Image
Hari ni kelas sampai kul 11.50 pagi je. Petang kelas Programming cancel, hee. Of course kami suka. Tadi habis kelas Hidraul, turunlah tangga mak oi sunyinya kolej aku ni. Comform sebab budak² semua dah cabut balik kampung a.k.a rumah masing2, untunglah. Budak yang kos under IKIP, we call budak IKIP untunglah balik awal 20 haribulan dah cuti. Tapi aku rasa sebelum tu dah cabut dah dorg. Kami budak UTM biasa balik lambat dan pulang awal kembali ke kolej, apa boleh wat. UTM dah ketat, mampat, sendat lagi sempit ngan hal cuti2 ni. Sampai kami ni pun tak sempat nak kutip duit untuk bayar duit yuran pendaftaran disebabkan cuti yang pendek means cuti semester. Cuaca hari pulak aku perasan tak sejuk dan tak panas sangat (wallahu'alam apa maksudnya). Dari pagi lagi, tapi tak tahu lah sekarang dah tongah hari. Seronok hari jumaat kelas Hidraul Mr James bagi ganti after Raya Aidilfitri. Kami semua lega, pujuk punya pujuk akhirnya, terima kasih pada sesiapa yang memujuk Mr James. Bukanny

CERPEN KESATLAH AIR MATAMU WAHAI WANITA

Image
“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.” Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Menjadi seorang isteri…. Kepada insan yang disayangi….. Idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pe

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sumber : Facebook (Ridhuan As-Siddiq) Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita. Keluhan remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa bua

CERPEN SUCINYA SEBUAH CINTA

Image
Sekarang kebanyakan universiti sedang bercuti panjang. Pada masa ini, boleh dikatakan ramai para mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapatkan kerja.Tidak kira kerja apa, asalkan boleh mendatangkan hasil dan dapat mengisi kekosongan masa cuti yang panjang ini. Namun aku lebih suka untuk tinggal di rumah sahaja. Membantu emak berniaga kedai runcit. Lagipun. Aku ingin menghabiskan masa cutiku bersama keluarga. Selama ini aku banyak menghabiskan masa nun jauh di utara negeri untuk mengejar cita-cita dan harapan. Dan kini aku ingin menebus kembali rinduku kepada keluarga yang telah bertukar menjadi dendam ini. “ Ilah! Tolong jaga kedai kejap. Mak nak solat dulu.” Pinta emak sewaktu melintasi bangku tempat dudukku. Bagiku. Aku lebih suka bekerja di kedai runcit ini sebab aku berpeluang untuk menghabiskan beberapa buah buku yang sengaja kubeli sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Kalau boleh. Aku juga ingin meningkatkan lagi perniagaan keluarga ini. Aku sedang mencari idea untuk memaju