Posts

Showing posts from January, 2021

PENGAJARAN SETIAP WATAK DALAM DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS 🎭

Image
Antara pengajaran yang boleh diambil menerusi drama emosi yang hangat diperkatakan netizen  TAKDIR YANG TERTULIS adalah Juweta - Jangan kahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau. Lelaki tu kutip kau balik, padahal dia pernah buang kau. Dah la terang-terang lelaki tu pernah masuk meminang bff kau. Walau setinggi mana pun jawatan pangkat seorang isteri, syurga seorang isteri adalah suaminya. Hormat dan jaga maruah suami. Usaha balancekan rumahtangga dan kerjaya. Berkahwinlah dengan orang yang betul-betul setaraf dan jangan pilih rupa semata. Azlan - Jangan khianat kawan baik sendiri. Hormat perasaan orang lain, jangan kacau hubungan orang lain hatta hanya baru jadi pasangan kekasih sekalipun. Jangan jadi buta sebab cinta. Sanggup terima lamaran wanita lain padahal dah kahwin. Jangan sesekali tipu atau khianat isteri.  Terlalu nak sangat kahwin dengan wanita yang tak cintakan kau, akhirnya tubuh dapat, jiwa dan cinta dia tetap kau tak dapat. Hargailah manusia yang sangat cintakan engka

TUTORIAL CARA KUMPULKAN PELBAGAI DOKUMEN DALAM SATU FAIL BENTUK PDF

Image
Peninglah! Macam mana nak buat ni nak upload sijil nikah dah satu dokumen, ic pasangan lagi, sijil kelahiran anak-anak lagi.  Sedangkan sistem hadkan 3 dokumen ja boleh masuk dalam sistem. Macam mana nak muat naik semua tu. Apa cara yang memudahkan ye?  ..................... Mesti ramai tengah pening kan bab nak isi BPR 2021. Kali ni nak kongsi dengan korang semua macam mana caranya nak kumpulkan dokumen yang banyak tu dalam satu fail. Contoh sijil nikah ada dua muka surat kan, kita gabung dua muka surat ni jadi satu fail sahaja. Atau sijil kelahiran anak-anak semua gabungkan jadi satu fail. Segalanya kita selesaikan pakai hujung jari sahaja. Menggunakan aplikasi yang ada dalam Play Store. Hanya ikut langkah-langkah yang kami kongsikan Ada satu apps ni memudahkan kita yang hanya ada telefon bimbit di tangan. Langkah pertama korang install dulu apps CAMSCANNER klik link  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.intsig.camscanner CamScanner di Play Store Lepas dah install CamSca

PERMOHONAN BPR 2021 SUDAH DIBUKA (PENERIMA BSH & BPN WAJIB KEMASKINI)

Image
Alhamdulillah bantuan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2021 sudah dibuka. Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) adalah mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial. Pemohon yang perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Baca dan isi dengan teliti. Semoga urusan anda semua dipermudahkan dan semoga lenyaplah cepat wabak covid 19 yang masih ada di sekeliling kita. Aamiin Ya Rabbal'alamin Berikut adalah link untuk memohon dan mengemask

PALING MALAS PERGI MENDOBI 🪣

Image
Gambar Hiasan Teringat masa dok asrama dulu baik di sekolah atau pun kolej, bila sampai masa kena basuh pakaian mesti rasa macam alaaa. Kerap sangat bila turun ja bilik basuh washing machine full. Frust nya takleh nak kata. Hahaha. Tapi bila ada kosong wahh muka shine shine macam orang bercinta. Maklumlah jenis sayang masa hee Sampai kadang waktu prep curi² turun bilik basuh. Ampun cikgu warden semua... Dup dap dup dap berdebar jantung takut kantoi hahaha kelakar. Nak elak frust washing machine full punya pasal, sampaikan masa form 5 pernah beberapa kali juga pergi balik hostel senyap² masa cikgu tak masuk kelas. Thankyou Ju temankan aku! Masa ni dah macam penjenayah ja kiri kanan mata ni dok perhati takut mana² cikgu nampak. Huhu. Yang best SMTKS ni sekolah sebelah ja ngan hostel sangat best!  Muka takleh blah Kalau baju sekolah selalu aku basuh by hand ja. Cehhh bukan basuh gosok bagai. Tapi rendam ja. Rendam rendam tonyoh sikit² cukup syarat pastu bilas wakaka. Nak nampak new n

CARA SAVE POST DALAM FACEBOOK SUPAYA MUDAH DICARI SEMULA

Image
Sebagai pengguna harian laman sosial terkenal iaitu Facebook , mesti korang tak terlepas berkongsi post ² yang muncul kat news feed Facebook korang. Kita share post ² tersebut biasanya sebab post tu bermanfaat buat diri kita dan bertujuan untuk berkongsi manfaat bersama dengan rakan² Facebook yang lain.  Tak kisahlah post pasal apa, resipi ke, info ke, tips ke, motivasi ke, lokasi menarik untuk next plan nak berjalan-jalan ke, atau post pasal barang jualan yang korang berminat nak beli ke. Antara contoh post yang lalu kat news feed kita, yang di share oleh rakan Facebook yang lain atau dari page Facebook yang kita like mahupun belum like Resipi Menarik Motivasi Diri Tempat Shopping Jimat Tempat Makan Terbaik Lokasi Bercuti Menarik Semua ni mesti korang akan share kat Facebook masing-masing. Bertujuan mungkin park dulu nanti tengok balik semula bila korang ada masa nanti. Betul tak?  Lepastu bila nak buka balik, mesti nak kena scroll kat timeline korang. Itu kalau nak b