RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG




Sekali sekala suami bawa ke sini kalau malam jumaat, jumaat hari cuti kami. Dah habis siap kemas gerai di Kopitiam Pak Non termasuklah habis menyembang dan urus diri masing² jam dah pukul 11 malam.

Semua gerai makan banyak tutup waktu ni, kalau ada yang buka laki aku cerewet tak mahu g gerai gelap pastu ramai budak lelaki lepak ke apa. Dia punya cerewet kalah ceq ni hahaha, layankan aja.

Tup tup p la tempat biasa ni Restoran D'Rayyan Seafood. Layan sekali sekala minuman sihat carrot susu. Menu kami pilih kalau nak cepat nasi putih, daging masak pedas, tomyam ayam, kailan ikan masin.

Kalau masing² teringin nak makan ikan siakap, kami order siakap stim sebab lebih sihat dan comfirm bebas minyak. Aku yang gemuk ni pun tak lah bertambah gemuk.

Makanan di restoran ni boleh tahan sedap. Ikan siakap tak rugi cuba. Tukang masak depa ramai tau. Jangan risau makanan mesti sampai cepat.

Restoran ni betul² depan dengan Terminal Bas Sg Nibong, boleh park kereta kat tepi restoran. Jangan risau pasal parking kecuali korg datang masa pesta penang. Bersepah parking boleh pilih mana korg selesa.

Air minuman kat restoran ni aku dan suami puji memang rasa cukup. Almaklum kami pun meniaga air minuman hahaha tiap kali p mana² gerai mesti laki aku suka bagi komen bancuhan orang.

Adoi kelako laki aku ni, kadang gurau teruk kata tak sedap lah, ceroi lah, amboi kemain lagi. Aku lebih suka diam sebab aku takut bila aku bancuh orang pulak komen aku. Semak otak. Haha.

Aku sarankan kalau sesiapa bercuti kat penang kalau ada jenjalan petang jam 6 petang sampai pagi buta jam 3 pagi boleh lah singgah restoran ni.

Nak² kalau korang bawa rombongan ke apa, ha jangan risau ruang untuk tetamu duduk kat restoran ni memang luas. Meja pun besar gedabak. Semestinya depa ada sediakan menu set tinggal pilih apa yang sesuai.

Ok itu saja nak kongsi kat warga dunia. Selamat bercuti di negeri Pulau Pinang. Have fun :)

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

No Idea

LIRIK DAMBA KASIH

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN