Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya
Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “ Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia , tetapi bagaimana cara saya hidup di sana ? Saya begitu kecil dan lemah . ” Tuhan menjawab : “ Aku telah memilih satu malaikat untukmu . Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya . ”
Bayi bertanya lagi : “ Tetapi disini, didalam syurga ini , apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi , bermain dan tertawa . Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia . ”
Tuhan menjawab : “ Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari . Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana ”
Bayi bertanya lagi : “ Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka ? ”
Tuhan menjawab : “ Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar . Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian . Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata . ”
Bayi bertanya lagi : “ Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu ? ”
Tuhan menjawab : “ Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu . ”
Bayi bertanya lagi :” Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat . Siapa yang akan melindungi saya nanti ? ”
Tuhan menjawab : “ Malaikatmu lah yang akan melindungimu , walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya . "
Bayi bertanya lagi : “ Tapi , saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi . ”
Tuhan menjawab : “ Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu , walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu . ”
Pada saat itu , Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran .
Dan sang bayi bertanya perlahan : “ Tuhan , jika saya terpaksa pergi sekarang ini , bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu ? ”
Tuhan menjawab : “ Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “ IBU ” . Maka ingatlah , sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu . Berbakti , berdoa dan cintailah dia sepanjang masa . Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya , dunia mahupun akhirat . ”
Dan untuk para ibu , ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar . Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu . Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Comments
Post a Comment
Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹