KELUARGAKU KEBAHAGIAANKU

Credit • QoutesIdeas.com


Cuti-cuti macam ni lah aku rindukan keluarga . Baru-baru ni Abah dan kakak aku ada berita gembira masing-masing .

Abah dinaikkan pangkat dari Lans Koperal ke pangkat Koperal , alhamdulillah .

Kakak pula dah konvo dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTP .

Semoga kalian terus berjaya dalam kehidupan . Doa untuk insan-insan yang disayangi adalah segala-galanya itulah bukti kasih sayang yang sebenar .

Ye , mungkin aku seperti tidak ambil perhatian tapi hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang aku lakukan . 

Keluarga adalah darah daging aku sendiri , aku sentiasa nak tengok dorg bahagia , gembira dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak . Aamiin InsyaAllah .

Mak dan Abah , saya sayang sangat kat mak dan abah . Penat membesarkan saya yang degil ni hanya mak ngan abah sahaja faham .

Ampunkan anakmu ini jika ada yang kurang . Saya akan usaha jadi anak yang solehah . Doakan saya mak abah .

Moga Allah memberi kekuatan mak ngan abah dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya juga merangkap mak dan abah pada kami .

Moga mak dan abah mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu syurga bila kita semua tiada nanti . Aamiin Ya Rabbal'alamin... 

Kepada kakak wazirah , wasie abangku , dan adik-adik yang lain wanema , witri dan wafiq . Kita juga penentu tempat  mak dan abah di sana nanti .

Moga kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah . Bantulah diri kita , kalau tak kita siapa lagi . Aku sayang korang sangat-sangat , aku memang seorang yang ego .

Nangis pun sorok-sorok korang pun tahu kan . Tapi percayalah aku cuba dari dulu buat yang terbaik untuk kita sekeluarga .

Tapi andai ada yang terkurang maafkan aku . Maaf juga andai aku ada menyusahkan korang . Moga korang semua berjaya dunia akhirat .

Aku nak kita jumpa balik di sana lepas kita berpisah kejap kat dunia nanti . Terima kasih beri aku kegembiraan wahai keluarga ku . 

Tunggu kepulangan aku Raya Haji nanti lepas paper pertama Final Exam aku nanti .

Maaf tak dapat balik cuti lama kali ni . Doakan yang terbaik . Jaga diri . Kalian sentiasa dalam ingatan .

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

For Sale Hot Location End Lot Double Storey Royale Nova Simpang Ampat Pulau Pinang

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

For Sale Beautiful Garden Home Concept Eco Horizon Camdon Batu Kawan Penang 🌳🌿🌲

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

SUKAN TARIK TALI YANG MENYERONOKKAN

For Sale Big House 7 Bedroom 1 Store 4 Bathroom Bandar IM 2 Kuantan Pahang 😃

Lambat-Laun Saya Tetap Akan Bertudung - Emma Maembong

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

Kerja Oh Kerja

TANGGISAN MARHAENIS