Soalan Non Muslim : Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

MUST READ STORY ! AMBIL PENGAJARAN DARINYA

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak .

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam .

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab . Handphone N95 missionary berbunyi . Missonary menjawab panggilan telefonnya . Pendakwah sabar menanti . Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah . Pendakwah tersenyum .

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya . Saya dapati awak kurang siuman .

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri . Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” .

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri . Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi .

Pendakwah : Mana ada emak awak . Saya tak nampak pun emak awak .

Missionary : Emak saya di Penang . Dia telefon saya , saya jawab gunakan telefon . Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah) . Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah . Pendakwah mengambil N95 tersebut . Pendakwah membelek-belek N95 tersebut . Pendakwah menggoncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja . Lantas Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai , bersepaiiiiiiiiii .

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum .

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun . Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone .

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju . Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) . Begitu juga halnya dengan ALLAH . Umat Islam menyembah menghadap Kaabah , bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah . Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH . ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang , kena menghadap Kaabah . Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah .

Begitu juga dengan awak dan telefon . Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95 , ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu . Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak , barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak , dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu .

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya , mengeluarkan wallet , dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary . Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru . Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse . Mungkin dia bingung . Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya .




Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat