PERMOHONAN BPR 2021 SUDAH DIBUKA (PENERIMA BSH & BPN WAJIB KEMASKINI)
Alhamdulillah bantuan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2021 sudah dibuka.
Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) adalah mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Pemohon yang perlu membuat Kemas Kini adalah :
Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu adalah :
Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Baca dan isi dengan teliti. Semoga urusan anda semua dipermudahkan dan semoga lenyaplah cepat wabak covid 19 yang masih ada di sekeliling kita. Aamiin Ya Rabbal'alamin
Berikut adalah link untuk memohon dan mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Pautan • https://bpr.hasil.gov.my/
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Semoga mudah urusan yang hendak memohon dan semoga wabak ini cepat pergi.
ReplyDelete❤ ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Delete