CARA SAVE POST DALAM FACEBOOK SUPAYA MUDAH DICARI SEMULA

Sebagai pengguna harian laman sosial terkenal iaitu Facebook, mesti korang tak terlepas berkongsi post² yang muncul kat news feed Facebook korang.

Kita share post² tersebut biasanya sebab post tu bermanfaat buat diri kita dan bertujuan untuk berkongsi manfaat bersama dengan rakan² Facebook yang lain. 

Tak kisahlah post pasal apa, resipi ke, info ke, tips ke, motivasi ke, lokasi menarik untuk next plan nak berjalan-jalan ke, atau post pasal barang jualan yang korang berminat nak beli ke.



Antara contoh post yang lalu kat news feed kita, yang di share oleh rakan Facebook yang lain atau dari page Facebook yang kita like mahupun belum like


Resipi Menarik


Motivasi Diri


Tempat Shopping Jimat


Tempat Makan Terbaik


Lokasi Bercuti Menarik


Semua ni mesti korang akan share kat Facebook masing-masing. Bertujuan mungkin park dulu nanti tengok balik semula bila korang ada masa nanti. Betul tak? 

Lepastu bila nak buka balik, mesti nak kena scroll kat timeline korang. Itu kalau nak buka balik apa yang baru korang share tadi atau semalam atau dua tiga hari yang lepas. 

Cuba kalau korang nak cari post yang korang share beberapa bulan lepas? Tudiaaa jenuh nak scroll lahai. Kalau nak search kat ruang yang depa sediakan takde masalah kalau ingat. 

Kalau tak ingat? Ha dah satu hal dihantui seribu satu persoalan, di manakah post tu, apa nama, kat page mana. Mesti korang biasakan dengan situasi macam ni? 

Apa yang bagusnya pasal Facebook ni depa sentiasa upgrade tahun ke tahun apps depa. Macam² kita boleh gunakan untuk manfaat kita. Apa kata korang gunakan fungsi ni SAVE POST

Jadi lepas ni masa korang lebih jimat dan segalanya lebih mudah teratur bab cari segala perkara yang korang mahukan bila perlu. Kerana otak manusia pun ada hadnya ngeee. Moh kite

Silakan korang rujuk step kat bawah setiap gambar ya. 


Bila korang dah jumpa post yang menarik hati korang. Klik kat kawasan yang dibulatkan tu.


Sekejap... Saja nak tunjuk kat korang. Cantik kan lokasi air terjun ni? Ada kesempatan boleh jejalan ke sini. Save dolu naaa


Lepas dah klik, akan keluar macam ni. Then korang klik kat dot² tiga tu.


Next nya korang klik saja Save post tu


Klik kat New Collection bertujuan untuk lebih mudahkan korang simpan post ikut kategori yang tertentu. Tu contoh kategori collection yang siap dibuat. Macam² kategori


Taip apa nama yang korang nak letak


Lepas dah taip just click Create kat situ


Done! Perhatikan kat anak panah kuning tu Facebook dah save kan post tu untuk korang.


Jadi senang lepasni korang tak pening dah InsyaAllah. Nanti bila² masa nak cari balik post² semua tu korang ikut step ni


Korang back balik. Then korang klik dekat tiga garis kanan paling atas tu


Bila keluar macam ni korang scroll ke bawah. Then akan jumpa perkataan Saved


Klik kat Saved


Akan keluar macam ni. So ada dua cara nak cari balik post yang dah korang save. Kalau post baru² lagi korang save boleh la klik kat See All tu.


Tengok tu macam² wahidah saved ngahaha


Cara kedua ni kalau nak cari post yang dah lama disimpan. Just tengok kat Collection, klik kat collection/kategori post tu. Klik See All kalau nak tengok collection yang tak muncul. 


Heee ni contohnya. Yang di sensor kan tu video senam ladies² seksi sikit. Bila nak tengok balik senang cari ja kat Saved. Best kan?


Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat mudahkan urusan saudara saudari semua. InsyaAllah mudah-mudahan. Kongsi dan sebarkan untuk manfaat bersama.

Bersama-sama kita gunakan ruang teknologi ini dengan sebaiknya. Semoga peroleh segala manfaat untuk kebaikan kita semua di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal'alamin.... 


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

LIRIK LAFAZ YANG TERSIMPAN

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)