TUTORIAL CARA KUMPULKAN PELBAGAI DOKUMEN DALAM SATU FAIL BENTUK PDF

Peninglah! Macam mana nak buat ni nak upload sijil nikah dah satu dokumen, ic pasangan lagi, sijil kelahiran anak-anak lagi. 

Sedangkan sistem hadkan 3 dokumen ja boleh masuk dalam sistem. Macam mana nak muat naik semua tu. Apa cara yang memudahkan ye? 

.....................

Mesti ramai tengah pening kan bab nak isi BPR 2021. Kali ni nak kongsi dengan korang semua macam mana caranya nak kumpulkan dokumen yang banyak tu dalam satu fail.

Contoh sijil nikah ada dua muka surat kan, kita gabung dua muka surat ni jadi satu fail sahaja. Atau sijil kelahiran anak-anak semua gabungkan jadi satu fail.

Segalanya kita selesaikan pakai hujung jari sahaja. Menggunakan aplikasi yang ada dalam Play Store. Hanya ikut langkah-langkah yang kami kongsikan



Ada satu apps ni memudahkan kita yang hanya ada telefon bimbit di tangan. Langkah pertama korang install dulu apps CAMSCANNER klik link https://play.google.com/store/apps/details?id=com.intsig.camscanner


CamScanner di Play Store


Lepas dah install CamScanner, klik untuk buka


Bila dah buka boleh klik kat Start Scanning


Get ready dokumen yang nak diambil gambar, then klik icon kamera tu


Kemudian apps ini akan cantikkan apa yang kita snap tadi, korang proceed klik Next


Hasilnya sangat elok, umpama pakai scanner, then korang klik kat tanda right tu


Klik saja kat Tap to add new pages untuk proceed snap muka surat belakang sijil nikah, then proceed fail yang baru


Dah settle nanti, boleh la korang klik kat nama fail tu CamScanner 01-12-2021 tu untuk edit pada nama yang sesuai contoh SIJIL NIKAH


Tujuan edit nama fail adalah untuk mudah dicari bila nak muat naik nanti


Apps ni macam-macam urusan korang boleh gunakan. Contoh baru-baru ni, kami dapat panggilan interview. Tapi pihak company tu minta kami isi borang yang depa sent by email.

Lepas dah isi kena sertakan dengan semua dokumen sijil yang kami ada. Teringat ada sorang kenalan kami kenalkan kami dengan apps CamScanner ni. Terus install 

Segala semua sijil diploma, sijil spm, transkrip, segala sijil yang ada semua kita boleh snap pakai apps CamScanner ni menjadi satu fail sahaja. Mudah kan? 

Jadi kami nak share pula macam mana nak muat naik fail yang kita dah buat tadi ke dalam sistem BPR 2021 untuk dihantar pada pihak LHDNM. 


Mesti akan pening bila baca * sistem ni. Nak masukkan 3 dokumen macam mana sedangkan anak lebih dari 2 orang. Dah buat step tadi takde masalah. So klik kat Sila Pilih


Klik Sijil Kahwin


Klik Sila Cari Dokumen


Klik Files


Klik CamScanner


Klik SIJIL NIKAH


Done!


Diharap perkongsian tutorial kali ni dapat membantu mereka yang belum tahu tentang aplikasi yang mampu memudahkan urusan kita seperti aplikasi CamScanner ini.

Kami tinggalkan no WhatsApp kami untuk mudahkan korang kalau ada sebarang soalan, atau nak minta kami conduct cara nak kemaskini BPR 2021 Klik Sini WhatsApp Wahidah

Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Aamiin Ya Mujib! Boleh tinggalkan komen di bawah untuk sebarang pertanyaan atau kekeliruan. Mohon maaf andai ada kekurangan. 


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel


Comments

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

LIRIK LAFAZ YANG TERSIMPAN

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)