KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM
Siapalah yang taknak stay kat perumahan jenis mewah macam kondominium betul tak?
Aku percaya tentu ramai kat luar sana teringin nak tinggal kat kondo.
Macam² kemudahan tersedia. Swimming pool, ada gym, ada playground, ada tempat bersukan khas.
Korang mesti tertanya² macam mana environment bila tinggal kat kondo ni.
Best ke tak? Apa kurang lebihnya. Sebelum tu kalau korang jenis suka tengok video boleh layan video kami ya.
Aku buat versi video dulu sebenarnya untuk tajuk ni.
Ni aku kongsikan kat blog khas buat korg yang lebih suka membaca dari tengok video.
Bukan apa video pon kemain panjang 22 minit hahaha!
KELEBIHAN TINGGAL DI KONDOMINIUM
SISTEM KAWALAN DAN KESELAMATAN YANG BAGUS
Setiap kondominium memang akan ada pondok pengawal, guard house omputih habaq.
Segala kereta atau individu yang masuk semua kena main scan², setiap penghuni umah akan ada kad akses.
Kad akses ada dua jenis, satu khas untuk kenderaaan, satu kad akses untuk individu.
Kad akses kenderaan scan bila masuk dan keluar sahaja kat guard house tu.
Manakala kad akses satu lagi tu digunakan bila kita nak masuk bangunan dan lif tower masing².
Kalau kau bukan penghuni kondo kau kena minta izin nak masuk.
Sampai ja kat kondo kena masuk laluan palang yang buh perkataan visitor.
Jadi sebab tu laluan kuar masuk keta akan ada dua palang, satu residentor punya, satu visitor.
Jadi tetamu kena tunggu sat pengawal amik maklumat sekian² baru depa bagi masuk.
Kat kondo sini depa akan minta no rumah penghuni yang korg nak jumpa.
Then akan diberi satu pass sebesar kertas A4 untuk diletak kat dashboard kereta visitor sepanjang waktu melawat.
Jadi korg yang stay kat kondo ni kiranya bab keselamatan tak perlu ragu dah.
Comfirm² kat pintu masuk guard house pon tak akan ada orang luar yang boleh ceroboh
Macam kondo yang kami stay ni, laluan pejalan kaki, laluan moto, pon kena scan.
Nak masuk every block pon kena pakai kad akses bayangkan betapa ketatnya kawalan hahaha.
Masuk lif pun kena scan juga. Agak banyak kan step tapi takpelah semua untuk kebaikan kan.
Lepastu bab keselamatan tu memang tiptop. Cctv memang ada setiap lokasi pintu masuk.
Kat pondok pengawal, kat pintu masuk menara, kat depan lif, dalam lif. Kiranya lokasi akhir bertemu dengan cctv ni adalah di dalam lif ngahaha.
So dapat disimpulkan segala kenderaan yang korg park dalam kondo ni comfirm tak akan kena rembat, best bukan?
PARKING KERETA DISEDIAKAN DAN BERBUMBUNG
Kelebihan ni la paling aku interested sangat. Kebiasaannya setiap unit rumah akan dapat 1 atau 2 parking persendirian.
Jadi korang tak payah pening, tak payah buang masa pusing cari parking bagai.
Nak balik malam buta merayap mana pon takda masalah.
Tak pening dah kena parking jauh ke, parking penuh ke. So kat situ dah jimat minyak, tenaga dan masa.
Jadi sesiapa yang sejenis kejar masa or nak jimat tenaga tu sesuai sangat la dok kondo, hat mana yang jenis taknak penin² tu...
Ha aku suka bab parking ni juga, pasal aku semak otak tengok laki aku tak habis² tonyoh keta tiap kali burung berak ngahahhaa.
Burung berak satu hal, daun gugur lagi hahahaha. Bukan apa buang masa tenaga sangat.
Almaklum baby shark kami tu warna terang sangat burung pon tertarik nak jadikan bumbung keta kami sebagai jamban.
Selain tu, bab parking untuk tetamu jangan risau pasal memang bersepah gitew.
Bukan takat penghuni ja senang, tetamu yang datang pon senanggg.
LEBIH PRIVASI DAN SELESA
Setiap tingkat biasanya tak banyak unit kalau macam kondo kami tinggal ni satu floor ada 7 unit.
Keluar dari lif ada 3 unit belah kiri, 4 unit belah kanan. Jarak dari rumah ke rumah pun jauh.
Jiran² tak akan nampak kau memasak, keluar masuk beranda dapur ke apa ke pasal tembok dinding tinggi hee.
Untuk para muslimah kira mesra aurat, senang alhamdulillah.
Pintu utama rumah yang depa buh tu memang kalis bunyi tapi bukanlah 100% ngee.
Contoh macam aku duk dalam rumah kat ruang tamu aku masih boleh dengar jiran aku buka mangga pagar, tutup buka pagar.
Tapi kalau kau memekak dalam rumah, orang luar atau jiran kau tak akan dengar jangan risau hahaha
Nak menyanyi, melalak, memekak terpulanglah memang tak mengganggu jiran, jangan kau risau.
Pintu bilik tidur pon jenis kalis bunyi juga. Bila pintu bilik aku tutup, memang tak dengar langsung suara tv.
Tapi kalau high volume boleh dengar, kalau slow ja serius tak dengar.
Selain tu, sama juga macam pintu. Tingkap yang depa buh dalam unit rumah ni pon sama jenis kalis suara manusia.
Sliding door kat balkoni pon sama jenis teball. Memang kau takkan dengar apa langsung.
Contoh kau duk melepet kat luar ke apa kan, dalam ruang tamu pasang tv radio or orang sembang ke apa memang tak dengar.
Kadang hujan turun pun tak perasan, selalu akan perasan kalau hujan lebat tempias angin kuat baru sedar kat luar hujan.
So kalau kawasan kondo korang selalu kenderaan lalu lalang pon tak ada hal selagi korang katup tingkap, memang tak dengar. Serius..
Bunyi bayi menangis pun takkan dengar. Jiran aku baru lahir baby pun aku tak tahu ngahaha. Tau bila terserempak nak turun lif.
Laki bini yang jenis gaduh kerap tu tak payah risau, jiran korang takkan dengar. Hahahaha!
Tapi jangan gaduh lama² ye... Nanti rindu wakakaka. Tak elok gaduh lama² tauuu.
PENGURUSAN SAMPAH YANG SANGAT TERATUR
Setiap blok akan ada ruang khas untuk buang sampah.
Lepastu akan ada ruang buangan sampah kitar semula. Setiap blok ada satu tempat khas.
Jadi kita sebagai penghuni kondo yang bertanggungjawab dan diamanahkan Allah swt untuk jaga alam ni, tinggal usaha rajinkan diri asingkan sampah yang boleh dikitar semula.
Lepas kau buang sampah agak mcm euw² geli kat tangan ke apa. Jangan risau bersepah paip weh korg boleh cuci tangan kau dengan segera.
Oh ya part parking kereta kan, ada satu site khas pili air yang dorang buat khas. Boleh la nak cuci tangan ke, kaki ke, bagus kan?
Yang bestnya parking keta aku dekat ngan paip tu hahaha. Kalau musim cobid ni agak ragu dengan si cobid kau cuci jela tangan kau, senang.
PERSEKITARAN BERSIH DAN SELESA
Korang kalau sejenis manusia yang sukakan kebersihan, utamakan keselesaan
Jenis tak suka tengok environment yang kotor, berbau, comot, dinding conteng sana sini, ha kondo la tempat tinggal paling sesuai.
Pasal tiap bulan dah dibayar duit maintenance, so duit tu la upah utk cleaner clean and clear apa yang sepah kotor bagai.
The more you pay, the more you get ngahahaha
Segala kemudahan yang ada dalam kondo semuanya akan nampak helok kerana ada yang menjaganya untuk dipakai oleh penghuninya. Giteww.
Ok setel kongsi bab kelebihan² yang besar², yang mempunyai banyak point untuk diterangkan. Proceed kelebihan lain secara ringkasnya.
TEMPAT CUCI KERETA
Ini suami aku suka sangat hahaha. Basuh la kereta dan moto dengan bahagianya.
SWIMMING POOL
Bila cuti tak payah pening² nak bawa anak pergi holiday mana ke apa ke. Ha terjun jela dalam pool puas².
GYMNASIUM
Nak kekal slim sihat ha terjah ja gym bila² korang free. Tak payah susah² cari gym, bayar bulan² ke apa.
DEWAN KHAS
Nak buat majlis ke apa ke senang. Tinggal inform ja kat pihak managament untuk book date.
TAMAN PERMAINAN KANAK²
Tak payah susah² cari taman permainan untuk bagi anak² beriadah. Bawa ja turun. Tempat pun selamat dalam kawasan perumahan sendiri.
SURAU
Aku tak pasti kat setiap kondo ada ke tak kemudahan ruang ibadat umat Islam, surau atau musolla. Tapi kat One Imperial ni memang ada disediakan surau.
FASILITI RUANG SUKAN DAN SENAM
Bab ni aku tau orang kaki sukan dan senam mesti suka.
TAK PERLU PEMASANGAN PIRING ASTRO
Buat pengetahuan korang bila tinggal kat kondo ni korg tak payah susah² cacak piring astro.
Sebab kondo dah siap pasang piring astro khas cacak atas bangunan kondo ni.
Jadi bila pindah kondo korg tinggal cucuk ja cable astro korg kat point yang dorang sediakan khas untuk astro
Maka dengan itu takda la korang kena cas ke, kena call orang astro minta pasang tu ni ke, dah jimat masa dan kredit weolss.
INTERNET BERKELAJUAN TINGGI
Kalau korang bernasib baik, line internet kalau pakai Unifi mesti laju.
Korang merasa kelebihan ni kalau kondo yang korang stay ni terletak di kawasan yang baru dibangunkan.
Sekeliling kondo kami semua bangunan baru². Tak silap kondo kami sewa ni siap sepenuhnya boleh duduk tahun 2016.
Fuhh bab ni aku bahagia dan bersyukur sangat Allah permudahkan urusan pindah tahun lps.
Allah swt bagi kondo yang new new ni, Unifi kami laju syok oooo ALHAMDULILLAH.
Ok habis cerita bab KELEBIHAN sekarang kita kongsi bab KEKURANGAN pula.
Setiap perkara mesti akan ada kekurangannya. Tak ada perkara dalam donia ni yang SEMPURNA ya awak sekalian.
KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM
SAMBUT TETAMU KENA TURUN BAWAH
Bab ni aku macam fuhhh malasnya hahaha. Faham jela kondo kan kawasannya luas.
Bayangkan kalau kau ada tetamu. Kau kena pergi kat guard house pick up tetamu kau tu.
Kalau tetamu korang naik kereta pon kau kena pergi juga kat parking.
Tapi kalau malas sangat, lepas dorang parking suruh dorang jalan kaki tunggu kat pintu masuk blok.
Itupun kalau jumpa pintunya. Kadang orang yang pertama kali datang memang tak jumpa pintu blok.
So tetamu memang tak boleh masuk tanpa kad akses. Sama la juga tetamu tak boleh naik lif dan ke mana² pintu masuk pun.
Bila tetamu nak balik sahaja boleh turun lif tekan button G. Bila nak keluar dari blok just tekan ja suis kat pintu keluar blok.
Siapa tinggal kondo kena rajin sambut tetamu wakakaka.
NO SERVICE DELIVERY DEPAN PINTU RUMAH
Bab ni bertabahlah ye. Sama macam point kat atas juga hehehehe
Kalau siang bolelah brother delivery tunggu bawah blok, kalau malam kau jalan tunggu kat guard house.
Sama la bab order barag online, kau kena setel semua urusan courier ni kat luar guard house.
Nak senang kalau malas turun atau tunggu menonong, habaq ja kt courier servis tu kalau dorang call minta tinggalkan parcel korang kat guard house saja. Senang.
TEMPAT BUANG SAMPAH JAUH
Ha yang ni pun perlukan kerajinan ya anak². Kalau orang lelaki mungkin tak kisah bab ni.
Kalau wanita sepertiku agak leceh di situ, kena siap² pakai tudung segala baru kau boleh turun buang sampah² segala.
Tempuh alam lif, buat kalau lif jem lambat ke atau buat hal ha tunggu la bersama sampah² mu ngahahaha. Wangiii
Tak macam rumah landed jalan berapa tapak bertemu tong sampah dan peti surat hehehehe
LEBIH TINGGI RUMAH, LEBIH PANAS PERSEKITARAN
Sebab tu semua unit kondo siap sedia pakej aircond. Agak mustahil manusia yang duduk dalam kondo tak pakai aircond
Serius panas awak. Nak nak kalau umah mengadap cahaya matahari.
Jadi sesiapa yang nak beli kondo tu agak² nak jimat bil elektrik korang carilah unit yang tingkapnya tak kena cahaya matahari.
Secara logiknya kalau dah kedudukannya tinggi lagi merasa la bahang matahari tu. Ngeee
TEMPAT PARKING JAUH
Ini kalau kita dah sampai dalam rumah tiba² perasan tertinggal barang dalam kereta memang best hahaha.
Barang tak penting takpa la. Kalau penting macam fon ke, ubat ke, charger ke.
Nak nak kalau parking kereta korang terletak jauh dari pintu masuk scan tempat parking kereta korang. Fuhhh
Tak best sangat kalau barang tertinggal masa tu jam 2 3 pagi hahahahha. Faham² la jauh, sunyi, nak layan perasaan dalam lif lagi.
Mana taknya kondo kan luas, jadi bertabahlah bab ni. But dont worry lif kat kondo laju teruk hahahhaa. Terutama lif bomba!
Jadi kat sini maksudnya ada kekurangan bab berjalan jauh, tapi jimat tenaga dan masa bab naik turun lif
WAKTU BERURUSAN DIHADKAN
Setiap kali korang nak berurusan contoh hal pindah randah, hal panggil kontraktor baiki rumah, atau hal nak bawa perabot naik atas hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja.
Lori perabot ke, lori pindah barang ke, atau delivery boy ke tidak dibenarkan masuk dalam kawasan kondo lepas jam 5 petang.
Maksudnya waktu pejabat ja boleh bawa orang servis² ni masuk kondo. Leceh bukan?
Tapi itulah nilai privasi yang harus dibayar oleh penghuni kondo kahkah.
Lebih kurang macam ni la, waktu lepas jam 5 petang kan semua penghuni dah balik dari kerja.
Kiranya penghuni ni taknak tengok dah orang semak² angkat barang ke, apa ke, mengganggu privasi dh kalau cmtu. Begitulahhh....
PORT SERANGGA LEPAK
Ini in case kalau korang tinggal di perumahan yang dikelilingi hutan, semak samun, belukar dan sewaktu dengannya.
Kondo aku stay ni ada problem serangga charlie. Biasanya charlie suka tempat yang panas, terang, tinggi dan bercahaya.
Yang tak bestnya kau tak boleh buka tingkap. Buka ja tingkap comfirmmm natang ni masuk rumah dalam diam.
Charlie akan aim rumah yang malam² buka lampu terang benderang.
Masa awal aku pindah dolu ui banyak juga binatang charlie ni masuk rumah aku.
Tengah dok lipat kain tetiba ada melepet kat pakaian. Aku pernah kena sekali.
Masa ni aku tak sihat, tertidur kat sofa. Lepastu pagi² nak mandi suami aku tegur kulit aku merah.
Rupa²nya charlie punya kerja. Merebak ke tempat lain.
Aku beli krim kat farmasi, lepastu kak ipar aku ajar katup tempat kena gigit tu supaya tak merebak teruk.
Charlie takut dengan ubat gegat, so korang boleh tabur ubat gegat kat sekeliling rumah korang.
Terpaksa tahan bau. Aku rasa macam aku ni seekor serangga, peninnn betol bau ubat gegat.
Sejak dari tu memang malam hari tak pasang lampu ruang tamu. Just pasang lampu depan bilik², lampu lorong.
Selain tu, serangga lain pun suka menyinggah walau rumah ni tingkat 9 emm. Contohnya cengkerik, rama², natang serangga lain tak tahu nama hahahah
Suka beno serangga² ni panjat kondo. Dahsyat, gigih ha terbang, hairan kita jadinya.
Buka ja sliding door balkoni, siap sedia kadang makhluk² terbang ni berdesup masuk dalam rumah.
TAK MESRA SI PENAKUT
Kekurangan ni khas buat geng² aku hahahhaha. Ini bab sunyi. Serius memang sunyi environment perumahan kondo ni.
Aku kadang rasa ehhhh agaknya aku kena dok rumah flat ke macam mana ye. Lagi bising lagi aku suka kot. Serba tak kena je jadi si penakut ni.
Bayangkan korang tak dengar suara apa pun, suara jiran memekak ke, jerit ke, gaduh ke, panggil keluarga ke, budak² lari main² ke.
Selalu waktu siang aku akan buka tingkap kat ruang tamu. Nak ada bunyi punya pasal hahaha.
Aku kan seorang yang keja dari rumah ja, malas la nak buka tv bukan aku tengok pun. Sunyi ha
Setiap kali suami aku dan adik aku pergi kerja mula la akan rasa 'Ohh tak bestnya...'
KESIMPULAN
Banyak kelebihan nak dibanding dengan kekurangan yang boleh kita simpulkan bila tinggal kat kondo.
Jadi sebenarnya kalau kita fikirkan balik, tak ada beza pun tinggal kat perumahan lain² atau di kondo.
Cuma korang kena bayar lebih sikit ja untuk penambahan keselesaan, keselamatan dan kemudahan.
Actually sama ja pada pendapat aku. For those yang meniaga atau ada rasa insecure bab keselamatan boleh la pindah kondo untuk langkah berjaga².
Sesiapa yang jenis sibuk kejar masa, nak jimat tenaga pun sama memang sangat sesuai stay kat kondo.
Hopefully perkongsian kali ni membantu sesiapa yang tertanya² atau yang ingin tahu macam mana realitinya bila tinggal kat perumahan kondominium yang dikategorikan sebagai perumahan jenis have have ni.
Pada pendapat aku semua orang boleh stay kat kondo. Asalkan pada yang dah berkahwin tu, lelaki kena gaji devasss atau laki bini kena dua² bekerja.
Pada yang bujang tu bolehlah ajak kawan² stay sama² tontong sorang sikit. Ada pendapatan tetap korang memang tak ada hal stay kondo.
Kalau nak merasa apa salahnya. Banyak sangat kelebihan yang boleh korang nikmati dan hayati. Pengalaman indah giteewwww.
Kalau korang dapat beli lagi syok. InsyaAllah... Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk kebaikan dunia dan akhirat kita. Aamiin Ya Rabbal'alamin.
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel
Terbaik! 😉
ReplyDeleteAlhamdulillah 😘
Delete