PENGAJARAN SETIAP WATAK DALAM DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS 🎭

Antara pengajaran yang boleh diambil menerusi drama emosi yang hangat diperkatakan netizen  TAKDIR YANG TERTULIS adalah




Juweta - Jangan kahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau. Lelaki tu kutip kau balik, padahal dia pernah buang kau. Dah la terang-terang lelaki tu pernah masuk meminang bff kau.

Walau setinggi mana pun jawatan pangkat seorang isteri, syurga seorang isteri adalah suaminya. Hormat dan jaga maruah suami.

Usaha balancekan rumahtangga dan kerjaya. Berkahwinlah dengan orang yang betul-betul setaraf dan jangan pilih rupa semata.

Azlan - Jangan khianat kawan baik sendiri. Hormat perasaan orang lain, jangan kacau hubungan orang lain hatta hanya baru jadi pasangan kekasih sekalipun.

Jangan jadi buta sebab cinta. Sanggup terima lamaran wanita lain padahal dah kahwin. Jangan sesekali tipu atau khianat isteri. 

Terlalu nak sangat kahwin dengan wanita yang tak cintakan kau, akhirnya tubuh dapat, jiwa dan cinta dia tetap kau tak dapat.

Hargailah manusia yang sangat cintakan engkau. Jangan turutkan kemahuan tak masuk akal apa yang emak mertua dan isteri minta (bab buang mika masa baru lahir).  

Sayang dan cintakan manusia biarlah bertempat. Tak semua permintaan orang yang engkau sayang perlu kau turut. Bila dah tipu pada satu perkara akan bertambah penipuan yang lain. Bertambah jugalah dosa.

Ruhila - Jangan silap buat andaian. Jangan mudah percaya bulat-bulat pada apa yang kita nampak. Sentiasa tanya dan berbincang bila ada sesuatu yang perlu penjelasan.

Bagi peluang orang lain beri penjelasan. Segala perkara perlukan bukti yang kukuh. Bila tak ada bukti yang kukuh, maka mudaratlah apa yang engkau putuskan.

Pertahankan maruah diri dan masa depan sendiri. Jangan buat keputusan melulu tanpa berfikir panjang. Taat pada ibu sendiri biarlah berpada-pada.

Elak diri dari buat perkara yang berisiko seperti bersosial, keluar lepak, tak jaga pergaulan, ambil minuman memabukkan atau pergi ke tempat maksiat.

Kita tak tahu bahaya apa yang akan datang menyinggah dalam hidup kita. Musuh atau niat jahat orang bukan kita boleh agak atau tahu. 

Bila dah lahirkan anak luar nikah sekalipun tak rela jangan sampai tak menyusukan anak sendiri, dosa bsr.

Siap kata benci tak mahu tengok langsung anak yang dikandung berbulan, dilahir separuh mati. Sekalipun ada masalah jangan babitkan bayi yang tak bersalah.

Jangan berkahwin dengan lelaki yang engkau sendiri tak cinta. Jangan ikut cakap emak sendiri kalau langgar hukum agama. Emaknya suruh kahwin dengan jantan lain, kau menonong ikut.

Jangan anaiya lelaki lain, jadi pak sanggup bagai. Hat mana lelaki yang mengandungkan kau usahalah bagi sampai kahwin.

Kesian kat anak tak berdosa tu. Kalau lelaki tu tak bertanggungjawab sekalipun, silalah pergi pusat lindungan wanita. 

Lepas kahwin jangan simpan barang kenangan bekas kekasih. Sebelum kahwin make sure buang segalanya. No secret dengan pasangan.

Mesej atau dapat panggilan dari orang tak sepatutnya jangan rahsiakan. Terus terang dengan pasangan. 

Keluar ke mana-mana inform suami dulu. Berdosa tau kalau tak minta izin suami, terutama nak jumpa bekas kekasih hatta alasannya nak jumpa peguam. Jaga perasaan suami.

Ean - Pertahankan cinta, sama macam Ruhila pengajarannya. Tanya, berbincang. Bukan biarkan, cepat putus asa bagai. 

Jika anda seorang non muslim please jangan ajak kenalan muslim pergi ke tempat tak elok seperti kelab malam so on.

Hormat isteri orang, no touch touch sesuka hati, baik situasi Ila mahupun Juweta. Tak boleh curi-curi jumpa tanpa pengetahuan suaminya.

Hakim - Jangan berdendam kalau orang tolak cinta kau, let it go walau kena hina sekalipun. Walaupun dah dimalukan depan kenalan orang tu dan lain-lain apa pon, banyakkan bersabar.

Setiap manusia akan dapat balasan yang setimpal atas silap dosa masing-masing. Yakin dengan kuasa Allah. Yakin dengan sifat Allah swt maha adil lagi maha bijaksana.

Kau kata kau sayang dan suka, patut kau biar jela orang tu cari bahagia dia. Move on adalah jalan paling terbaik dan hidup akan lebih tenang.

Che Salmah - Terima takdir Allah swt jika takda jodoh dengan seseorang yang kita cinta. Kadang kita nampak semua tu indah untuk kita, terbaik untuk kita tapi sebenarnya tak.

Jangan cintakan seseorang kerana hartanya. Itu bukan cinta, itu gila duit. Sebab tu la awok dan bapa juweta tak berjodoh wakaka.

Hidup jangan malu bila tak kaya, sibuk nak tunjuk kat kawan-kawan yang diri tu kaya. Selagi tak tunjuk, resah gelisah.

Pergi la kerja, meniaga, usaha, pulun, kejayaan yang sebenar (bermaruah) adalah yang datang dari diri kita sendiri, bukan menumpang kaya orang lain atau rampas harta / hak org lain.

Ruzita - Jangan gedik dengan abang ipar, jaga batas. Jangan menyibuk hal rumah tangga adik beradik sendiri dan ipar duai. 

Pekerja Company - Kadang bos yang garang atau tegas tu tak semestinya 100% negatif. Dengan ketegasan, disiplin yang tinggi tu jugalah punca kejayaan suatu company. 

So let it go je kalau bos kaki marah, kaki bebai, kaki garang, itu tak kena, ini tak kena. Asalkan dibayar gaji. Kadang kita tak tahu beban apa yang mereka tanggung. 

Tapi yes memang salah pun cara Juweta terutama bab tak bagi setiausahanya balik untuk jaga suami yang lumpuh. So kesian. Jadilah bos yang prihatin, so that pekerja akan lebih double triple sayang awak.

Kak Jo dan Kakak Cleaner • Jangan buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Sekalipun nak tolong orang lain jangan risikokan diri. Naiya kalau kena tangkap dengan pengawal. 

Fahami situasi orang lain. Kadang bila kita tengah terkejut, kita tak akan mampu berfikir dengan bijak. Contoh Kak Jo marahkan Kak Cleaner kenapa tak rakam perbualan untuk dijadikan bukti. 

Jangan jadi tukang kondem, padahal orang tu dah usaha sedaya upaya nak tolong permudahkan masalah orang lain. 


KESIMPULAN

Bila kita tengok sesuatu drama, kita ambil pengajaran. Ingat, jangan terlalu emosi, just rileks. Nama pun cerita, nak marah geram pun bende bukan kisah benar.

Walau hakikatnya besar kemungkinan kat dunia nyata ada antara kita semua pernah alami atau berhadapan dengan babak-babak dalam sebuah drama tu.

Bahagian hidup masing-masing, selagi bernafas selagi tu kita akan diuji. Yang penting hati-hati, jangan terlalu selesa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan la try try. Buruk padahnyaaa!

Ingat sekali lagi, ambil pengajaran 😉


⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔

FINAL EPISOD YANG SANGAT MENGEJUTKAN

⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔


Drama TYT dah pon selesai. Ramai yang terkejut. Agak macam krik krik babak hakim yang terakhir.

Saiko habis. Betul-betul mental koyak ni sampai Ean dengan Ila pon jadi mangsa dia. Tak berapa clear apa sebenarnya yang terjadi.

Tapi apa yang babak akhir sampaikan, seolah-olah Hakim ni adalah bapa Mika yang sebenar. Semua jadi throwback balik segala scene episod yang lepas. 

Patutlah Ean kata tak sedar diri

Patutlah Akim selalu sengih ja

Patutlah Akim beria sangat 

Permainan apakah si Hakim ni

Guys please janganlah koyak sangat mental kalau orang tolak cinta kita

Dendam, kebencian segala tak mendatangkan manfa'at apa pun

Biar Allah swt sahaja yang balas sekalipun cara orang tu dah menyakitkan hati kita

Jadi semua orang tertanya-tanya, adakah akan ada TYT 2? Secara logiknya banyak juga persoalan yang tak terjawab dalam drama ni. 

Sangat logik kalau pengarah Shahrulezad bagi drama ni disambung. Ala-ala drama Nur sangattt. Drama ni gempak juga sebab dalam serius ada lucunya.

Teknik marketing yang sangat berkesan yuhuhuuu. Secara jujurnya aku bukanlah peminat tegar drama melayu. Sebab segalanya banyak yang sama, serius sedih kisah yang lebih kurang.

TYT ni agak lain dari lain sebab kes rahsiakan anak. Rahsiakan perkahwinan. Rahsia rahsia dan rahsia. Watak lucu Che Salmah yang kejam dan Ruzita yang blur lawak ni menarik hati sangat. 

Akhir kata REDHOLAH DENGAN TAKDIR YANG DAH TERTULIS

BAHAGIA MILIK ALLAH SWT, NAK BAHAGIA KENA TERIMA TAKDIR YANG DAH TERTULIS OLEH-NYA 🌼

#Pengajaran
#TakdirYangTertulis




PERKONGSIAN

Comments

  1. Jap..jap..ean mana???🥱🥱🥱🥱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Will be update. Baru nak kenal 😂

      Delete
  2. Replies
    1. Tersuka pula weh cte ni unik sebab lucu. Terajin pula 😂

      Delete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

LIRIK LAFAZ YANG TERSIMPAN

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)