KENANGAN MANIS SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-48 TAHUN 2005 PUTRAJAYA MALAYSIA

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 Negaraku Malaysia

Tengah khusyuk tengok berita jam 1.30 petang tadi kat TV3. Keluar berita pasal persiapan ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba Jumaat ni iaitu 31 Ogos 2018.

Tahun ni sambutan akan berlangsung di Putrajaya. Aku dan rakan sebaya aku masa form 2 pernah ada kenangan kat Putrajaya tahun 2005. Kami berpeluang join perarakan sambutan.

Aku sedar selama ni aku abaikan ja tiap tahun kalau tarikh 31 Ogos tiba. Yela lepas dah masuk form 3 fokus kat pmr, pastu dah form 4 sampai form 5 dok dalam hostel diam² (diam ke) fokus spm.

Lepas spm plak kerja, pastu sibuk sambung pra diploma. Dan seterusnya sibuk dengan diploma. Sampai lah dah habis belajar pun kau sibuk pula dengan kerja. Hahaha! Takde langsung nak ambil tahu pasal negara.

Dah tu lepas kahwin kau sibuk dengan meniaga. Tahun lepas dapat cuti kau bantai pergi bercuti dengan laki kau kat pantai timur sana. Sudahnya sambutan kemerdekaan tak kau endah.

Jadi tadi aku agak ternganga dan terkejut bila penyampai berita tu kata last sambutan kemerdekaan disambut kat Putrajaya adalah pada tahun 2005. Woiii tu masa tu aku join tu (macam biasa batak sorg²).

Maka terimbaulah kenangan² masa zaman muda remaja. Ingat lagi masa tu berebut nak join, cikgu hadkan 80 orang ja yang dapat join.

Rezekilah uii. Mana tak seronoknya dapat duit woii nantii. Ingat lagi sebulan sebelum sambutan kena training, datang pagi² berkumpul kat dewan sekolah.

Gigih hafal step menari ikut lagu. Antara lagu yang dilantunkan Nyalakan Tekad (favourite song and step), Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Budi Bahasa Budaya Kita, Tanggal 31 Ogos, rasanya ni je.

Dua minggu sebelum sambutan kami buat latihan kat Stadium Bukit Jalil, masa ni berkumpul la ramai² semua yang terlibat dalam menari², makan minum, pakaian, aksesori semua disediakan.

Segalanya free hahaha. Tapi yang aku mampu simpan sampai sekarang cuma jaket ja. Naik moto pakai jaket tu (dalam picture). Heee

Seminggu sebelum sambutan semua yang terlibat berkumpul. Perghhh masa ni dapat nampak la sikit² suasana sebenar sambutan keramaian. Ramai oiii.

Tengah panas gigih berlatih huhu. Seingat aku masa ni kemain teruk jerebu sampai sekolah kena tutup. Hahaha aman sikit senang nak buat latihan (kuang ajo).

Masa hari sambutan kemerdekaan tu ingat lagi kemain bangun awal sebelum subuh dah kena berkumpul kat sekolah.

Abah hantar of course, gila jalan kaki subuh² sorg², hahaha! Terima kasih abah selalu ada bila anak mu memerlukan.

Sampai ja pagi tu. Kena beratur, get ready semua, perarakan seawal 8 pagi tak silap. Fuhhh ramai sangat manusia datang.

Alhamdulillah rasa bangga bila kita terlibat dalam perarakan. Masa tu aku plak berbaris paling dekat dengan kamera, tempat menteri² duduk tu, fuhhh jelas lagi muka Tun M ngan Hishamudin

Tak tau nape aku nampak jelas dua manusia ni ja, maybe masa tu tengah berjalan kan, kau plak excited nak tengok dua manusia ni ja. Hahahaha.

Senyum ja kat kamera kalau lalu, konon nak bagi mak kau nampak kau dalam tv, senyum la siap².

Then masa dah sampai turn lagu berkumandang maka kau keluarkan la skill menari yang dah diajar. Unik. Best sangat.

Yela kita muda remaja lagi masa tu. Seronok ja menari. Aku plak memang jenis suka menari, exercise macam senamrobik segala tu memang feveret aku. Hahaha!

Masa waktu pj dlu zaman sekolah group aku pernah menang tau aku 'create' step sendiri untuk group aku. Haha padahal bantai.

Aku cuba korek kenangan sambutan kemerdekaan kat Putrajaya 2005 fuhhh ada orang upload dalam youtube, tapi part lagu kami takda la video tu.

Ada beberapa video pun lagu yang berkaitan dengan step budak tadika dan sekolah rendah.

Siapa yang terlibat masa tu ngah adik² lagi p la jenguk kot keluar muka korg dalam video tu hahahaha. Comel ja 😂

Semua kenangan tu tersimpan dalam ingatan. Terima kasih pada nenek moyang kita yang perjuangkan Tanah Melayu aka negara Malaysia tercinta.

Semoga Allah SWT ingatkan kita semua jika kita terlupa, dan gerakkan hati kita untuk pelihara bumi yang Dia amanahkan ini sebaiknya.

Muda atau tua, cukuplah bermimpi, bangkit perbaiki diri. Moga negara kita dilindungi dan diberkati. Aamiin Ya Rabbal'alamin ❤










Yang Pernah Sertai Perarakan
Sambutan Kemerdekaan Ke-48
31 Ogos 2005 Putrajaya Malaysia,

وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

  1. Saya pun join time peraraka merdeka ni..best sgt makanan disedia kan air buah..duit pn dapat baju sua topi sume dpt byk lak TU..kenanagan sume ni .skrg umur pn dh 32 thun ko

    ReplyDelete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

LIRIK LAFAZ YANG TERSIMPAN

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)