PALING MALAS PERGI MENDOBI 🪣

Gambar Hiasan


Teringat masa dok asrama dulu baik di sekolah atau pun kolej, bila sampai masa kena basuh pakaian mesti rasa macam alaaa. Kerap sangat bila turun ja bilik basuh washing machine full.

Frust nya takleh nak kata. Hahaha. Tapi bila ada kosong wahh muka shine shine macam orang bercinta. Maklumlah jenis sayang masa hee

Sampai kadang waktu prep curi² turun bilik basuh. Ampun cikgu warden semua... Dup dap dup dap berdebar jantung takut kantoi hahaha kelakar.

Nak elak frust washing machine full punya pasal, sampaikan masa form 5 pernah beberapa kali juga pergi balik hostel senyap² masa cikgu tak masuk kelas. Thankyou Ju temankan aku!

Masa ni dah macam penjenayah ja kiri kanan mata ni dok perhati takut mana² cikgu nampak. Huhu. Yang best SMTKS ni sekolah sebelah ja ngan hostel sangat best! 


Muka takleh blah


Kalau baju sekolah selalu aku basuh by hand ja. Cehhh bukan basuh gosok bagai. Tapi rendam ja. Rendam rendam tonyoh sikit² cukup syarat pastu bilas wakaka. Nak nampak new new buh nila

Masuk zaman kolej tahun pertama aku rajin la turun tingkat 1 pergi mendobi. Lama² naik bosan pula nak kena cari duit 50sen seketui tu cukupkan Rm2 tiap kali nk cuci.

Kadang kita ni turun dari tingkat 4 semata-mata nak basuh baju, bila tengok dua² washing machine dok berjalan tak available kita kena la tunggu. Faham jela zaman masa tu bukan ada internet macam sekarang


Kemain bosan ni

Masa tu hiburan dengan lagu² dalam fon ja. Internet mengharap wifi ja masa tu, itupun hanya boleh main tenet pakai laptop hahaha. 2010 kan hee

Takkan la nak bawa laptop lepak kat situ dengan bangku apa takde. Nak naik balik kang melepas. Jadi kena la tunggu sampai habis basuhan pakaian orang tu.  

Last sekali aku decide takmau dah pakai mesin basuh coin tu. Sampai habis sem aku basuh by hand ja pakaian aku.

Sampai dah kawen pon aku masih pakai cara biasa macam mak mak kita hee. Cuci pakai washing machine, then jemur. Malas nak usung pakaian p dobi layan diri tu.


Sedia berkhidmat sejak 2016

Keringlah dikau wahai rakyat pakaian


Mungkin juga sebab aku sejenis manusia malas bersiap, malas keluar, malas menunggu ngeee. Biarlah aku buat kerja dalam satu tempat ja, rumahku sentiasa syurgaku di dunia. 

Aku tabik weh kat korang yang rajin tunggu giliran p mendobi tak kisahlah zaman sekolah ke, ipt ke, atau dobi layan diri. Aku kalau nak hantar pape memang aku hantar kat kedai dobi ja kasi dorg uruskan 😅


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

LIRIK LAFAZ YANG TERSIMPAN

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)