PERKONGSIAN PERJALANAN DUNIA BISNES ONLINE DAN MACAM MANA NAK TAHU TRUSTED ATAU WANTED (FAKE) SELLER

THROWBACK DUNIA BISNES ONLINE WAHIDAH


Disember 2011 - Menjual contact lens dengan menamakan FACEBOOK khas untuk bisnes online 'Kedai Mukabuku HaWa'.

HaWa adalah gabungan nama Hafiz dan Wahidah, kami berkenalan tahun 2010. Biasalah adat orang bercinta mesti suka nak gabung nama bagai.

2012 - Kekal aktif jual contact lens. Kemudian menambah lagi pendapatan sampingan sambil belajar kat kolej dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.

Student IKIP International College mesti ada yang kenal Wahidah hikhikhik.

Jual contact lens dengan beg tangan. Ada la senior join beli sekali. Alhamdulillah.

Tak banyak sale tapi syukur tetap ada. Boleh la back up poket aku. Tahun last study. Syukur berjaya tamatkan belajar.

2013 - Alhamdulillah dapat kerja sebagai Administrative Assistant bulan 3, balik kerja laju² update handbag mana yang patut. Contact lens dah stop meniaga sebab pemborong stop perniagaan.

Fokus meniaga beg tangan wanita sahaja. Bertahan kerja sampai bulan 11 sahaja. Sebab masalah transport dan tak berbaloi dengan masa dan tenaga.

Juga sebab nak fokus persiapan perkahwinan kakak. Almaklum anak sulung. Terlalu sayang kakak hehehe.


Masa wedding kakak

Lagipun memang minat sangat bab² mengurus dan mempersiapkan majlis. Nasib tak jadi wedding planner 😂

Pernah hampir nak jadi agen hartanah tapi sebab diri ni hati kecik tak berani bawa kereta waja Abah kelaut la berkubur ja.
Nak bawa moto Abah tak bagi. So kita fokus saja meniaga online secara full time. Sampailah habis tahun 2013 yang penuh kedukaan ngahahaha

Dah kerja beli dua tiga beg dalam masa setahun hahahaha. Duit tengah adoo boleh la...

2014 - Terus fokus secara full time bisnes online. Lantak la orang nak mengata ke apa.

Nak spent time puas² duduk depan mak abah. Sebab ceq tau bila kawen dah dengan bakal suami nanti dok nun jauh di Penang.

Bakal suami orang Penang, dia pun orang meniaga. Pengganti arwah abah dia. Ada gerai sendiri. Kami berdua tahun 2014 ni standby nak berkahwin.

Cuma banyak masalah yang tak setel lagi almaklum abah dia dah meninggal, anak sulung, tanggungjawab jaga mak dan adik² terletak pada bahu suami.

Jadi kita tak kisah dan faham. Tahun ni paling ramai yang beli beg tangan dengan kami. Nama bisnes masih kekal Kedai Mukabuku HaWa 😎
.
2015 - Awal tahun masih kekal aktif meniaga. Daftar company MHW ATIF TRADING (002405433-P). Tapi awal tahun 2016 tak p update jadi luput dah huhu.

Bulan 3 alhamdulillah panjang jodoh Allah SWT takdirkan kami berkahwin. Muhamad Hafiz dan Wahidah. Selamatlah saya berpindah ikut suami ke Pulau Pinang.

Jauh tinggalkan keluarga. Masa awal kahwin masih fokus jual handbag. Sampailah suami ada masalah tak cukup pekerja, Aku offer diri tolong suami.

Kadang stop update sebab takda masa nak update. Pagi sampai malam jaga kedai. Semua untuk suami tersayang 💋

2016 - Tahun ni tak silap decide untuk ubah nama kedai-kedai online dan create page² yang memudahkan urusan bisnes. Suami mula daftar company nama bersama yang kedua kalinya MUHAWA ENTERPRISE (PG0402100-U). Tak lama lepas tu kepala ni ada idea maha terhasil nama kedai MHW yang dicabangkan ikut pada jenis-jenis barang yang dijual MHW FashionandStyle - Beg wanita
MHW HealthandBeauty - Herbanika, Amirna Multipurpose Water, Coway Product MHW PetsandToys - Soft Toys, Page cerita kisah anak-anak meow kami sepanjang niag di Kopitiam Pak Non (Bawah Pokok)

2017 - Teruskan aktif semampu boleh walaupun masa ni tengah sibuk niaga ngan suami kat Kopitiam Pak Non dari pagi sampai malam. Masa bulan puasa kami cuti sebulan.

Simpan duit siap-siap dan fokus beribadah dan rehat. Almaklum kami dua takda anak lagi, bolehlah santai-santai bab kewangan. Aku tetap cari duit poket sendiri lebih teruskan jual beg. Fokus jual beg saja pasal orang kan masa raya pakai serba baru hee. Aku pulun ja walau sell agak kurang memuaskan.

Maybe kurang pengetahuan tentang strategi marketing. Cuba beranikan diri keluarkan modal tertentu untuk tambah ilmu tentang bisnes online. Masih banyak yang perlu dipelajari
😊

2018 - Tahun ni banyak fokus dengan bisnes di Kopitiam Pak Non saja. Selit-selit juga sekali sekala free promote la juga beg.
Bukan takat beg ja aku jual, memang macam-macam la. Herbanika dan Amirna Multipurpose Water (nama lama Air Akar Kayu) ku jual kat kedai dan page MHW HealthandBeauty.
Jual kat kedai la paling asyuk. Kat online ada juga yang beli tapi tak ramai. Selain tu kami jual gak susu kambing kat kedai juga di page Kopitiam Pak Non.
Seronok berbisnes gunakan teknologi ni. Promote ja terus orang beli. Bukan takat di Facebook ja, kat Mudah, kat Carousell, memang laku keras. Soft Toys pun aku jual pakai page MHW PetsandToys. Sampai sekarang masih jual. Murah ja RM5 satu pcs mana nak dapat hee. Tak cukup dengan tu aku jual novel murah juga. Novel dari Jemari Seni, murah joo RM5 juga sebuah. Ngehehe.
Aku pakai marketing strategi FREE GIFT sebagai cara melakukan sesuatu aku jual ngahaha. Contoh beli AMIRNA 3 botol free soft toys randomly aku pilih. Begitulah gamaknya hehehe. Tapi aku masih kekal sebagai agen dropship sahaja kalau jual jual beg ni. Aku masa ni fokus tolong suami. So aku taknak tanggung risiko rugi kalau beg tak laku dijual. Pasalnya aku tak banyak masa. Hanya mampu tolong suami ja.
Hujung tahun ni la aku decide tukar lagi sekali nama kedai kepada Yadira FashionandStyle. Nak lebih nampak eksklusif sikit.
Actually aku ada perancangan nak buat produk sendiri. Buat jubah bercorak. Tapi tak kesampaian atas sebab tertentu.
2019 - Permulaan tahun ni la aku beranikan diri buat ads berbayar dalam Facebook untuk iklankan bisnes² yang ada.

Jadi kebanyakan yang bertanya syukur mempercayai tapi ada juga segelintir yang ragu.

Disebabkan rugi buh iklan ads aku stop. Aku teruskan promote guna marketplace dalam Facebook, Instagram ngan Mudah.my...

Yang lain aku selit promote kat story WhatsApp, Twitter hehehe.

Lepas habis raya aku tak tolong suami dah kat kedai. Fokus rehat.

Sales naik masa ni seronok sangat. Sampailah aku kena tolong suami aku semula kat kedai.

Bulan 10 sampai habis tahun memang setia tolong suami aku.

Bisnes online mula aku tak aktif. Senyap jap. Lama juga...

2020 - Kalau aku rajin tak sibuk aku ada update. Tapi memang jarang.

Sampailah cobid mai. Huhu. Terus kena dok rumah ha.... Sampai ke harini...

Setia aku jadi full time peniaga online, full time blogger dan youtuber cehhh

Alhamdulillah ada la juga sales masuk walau tak banyak. Dan yang setia membeli adalah orang yang sama.

Aku sangat faham ada sesetengah customer tak berani nak beli barang dengan aku.

Bisnes kecil macam kami ni memang tak hairan kalau orang ragu² nak beli 😐

Secara jujurnya disebabkan itu jugalah customer aku kebanyakannya kenalan² aku sendiri.

Disebabkan ada manusia yang membusukkan nama peniaga online ni lah kami peniaga kecil yang cari rezeki halal dan ikhlas jadi mangsa.


Zaman kolej dolu pakai beg yang aku jual. Beg ni multifunction boleh jadi sling bag dan backpack.


Kenangan tahun 2017. Beli tapi tak pakai. Kesudahannya aku hadiah bagi kak ipaq aku...


Caption dalam picture


Rutin jadi seorang seller


Multifunction beg. Boleh jadi sling, boleh jadi juga backpack heee...

Suka bebeno yee...

MACAM MANA NAK TAHU TRUSTED SELLER ATAU WANTED (FAKE, HANTU, SAMPAH) SELLER
Aku nasihatkan buyer yang ingin bershopping online dengan peniaga² kecil ni kenal pasti dulu latar belakang peniaga. Kalau ada SSM, banyak friends dalam list Facebook, banyak testimoni / feedback dari customer yang terbukti ori, ada page official bisnes, ada akaun instagram bisnes InsyaAllah ini ciri² peniaga yang jujur. Ok selain tu, bertambah kuat lagi kalau ada akaun bank company sendiri. Ini lagi la memang comfirm trusted seller 💳

Apa yang aku kongsikan ni untuk keselamatan semua pengguna laman sosial terutama yang selalu nak membeli barang secara online.

Aku sendiri pun salah sorang yang biasa beli barang² online.

Aku memang akan check dulu background peniaga kalau baru pertama kali aku nak beli dari seller tu.

Syukur alhamdulilah aku tak pernah kena tipu. Minta simpanglah sangat kita semua dari kena tipu. Aamiin..

Ok korang ni saja perkongsian pengalaman dan sedikit tips dari Wahidah BME yang berpengalaman hampir 9 tahun dalam bidang bisnes online. Cehhh huhu

Aku amat amat hargai semua customer yang masih setia membeli dari aku. Semoga Allah SWT limpahkan kebaikan dalam hidup kalian.


وحيده

MAHU JUAL / BELI HARTANAH? Wahidahbmeproperty.com
Mari Beli Hartanah
YOUTUBE CHANNEL
Pasemboqtempe Channel

Comments

  1. kira bagus kau wahidah.. consistent biz. Aku je tak consistent semoga kita sama sama berjaya. chaiyo2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Takpa una. Aamiin Ya Rabbal'alamin chaiyo! ;)

      Delete

Post a Comment

Hablumminallah Wa Hablumminnas 🌹

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS