WANITA DAN BEBELAN

Aku yakin setiap wanita ada simptom suka membebel. Punca wanita suka membebel sebab wanita suka pada kesempurnaan. Memang mustahil nak capai kesempurnaan.

Kesempurnaan yang dimaksudkan adalah kebersihan, kekemasan, hubungan baik sesama manusia, kerjasama.

Senang cerita segala yang ada dalam kehidupan ni wanita akan usaha buat yang terbaik dan mahukan yang terbaik.

Bukan dengan cara serahkan bulat-bulat pada takdir sebaliknya usaha mana yang mampu untuk kehidupan yang lebih baik.

Supaya seluruh kehidupannya dan insan-insan yang tersayang lebih baik dan terjamin masa depan.

Jadi pada kaum lelaki jangan terlalu hairan atau stress kenapa wanita kuat membebel. Sebaliknya anda usaha cuba fahami mereka.

Ikut sahaja apa kehendak mereka selagi tak menyalahi peraturan dalam agama Islam yang mulia.

Aku sendiri dibesarkan dengan bebelan mak aku, mak aku seorang yang tegas dan disiplin. Tak pernah tangguh buat kerja rumah.

Jadi perangai bebel mak aku tu kenan gak kat aku walau aku bukanlah sebiji macam mak aku rajin tahap high.

Secara jujurnya aku pun memang kuat bebel, bebel dekat orang sekeliling aku yang aku sayang. Family, kawan² apatah lagi suami aku.



Entahlah pada aku, sebab ada sifat takutkan perkara negatif berlaku sebab tu wanita selalu hilang kawalan kesudahannya pot pet pot pet. Padahal sebenarnya hal tu kecil ja.

Kehidupan lepas kahwin pun faktor seorang wanita makin kerap membebel. Jadi masa ni la suami kena mainkan peranan, kena jadi suami yang penyabar dan pandai tenangkan isteri.

Bebelan seorang isteri tu tanda sayang, tapi saya nasihatkan kaum hawa usaha kurangkan bercakap hal yang remeh temeh. Kalau yang penting tu boleh tahan lagi ya. Jangan sampai melampaui batas seorang isteri.

Kalau boleh bebelan kita sebagai kaum hawa biarlah yang bermanfaat. Membawa kebaikan bersama. Ikhlaskan dalam hati niat aku membebel untuk kebaikan bersama lillahi ta’ala. Wallahu’alam.


Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

JAJAN KANAK² ZAMAN 90-AN CORN STIK BBQ PALING SEDAP 🌽

LAGU NASYID MENENANGKAN HATI

PELIHARALAH DIRIMU WAHAI WANITA DARI MATA LIAR LELAKI

Petikan Skrip Dari Filem Bohsia 2

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

UNIKOP DALAM KENANGAN

19 Perpustakaan Tercantik Di Dunia (Photo by Will Pryce)

TITIAN KEJAYAAN LAGU MOTIVASI ZAMAN SMTKS