ABAHKU MASIH SETIA BERSAMA PDRM DI USIA 59 TAHUN

Bila aku tulis tajuk kat atas part umur Abah tu, aku macam emm betul ke Abah dah 59 tahun. Serius cepatnya masa oi, bapak aku tahun depan official 60 tahun.

Tahun ni juga adalah tahun terakhir penuh dia bertugas sebagai anggota PDRM. Tahun ni pula kita semua diuji dengan sesuatu yang kita tak pernah sangka, cobid. 

Aku tabik dengan bapak aku. Selama dia bekerja tak pernah langsung dia merungut. Demi Allah! Aku tak pernah dengar langsung dari mulut dia rungutan atau apa.


Abah selfie bagi anak² tengok kehensemannya hee

Kenangan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara. Alhamdulillah saya bangga Abah saya dihargai

Pingat Jasa Pahlawan Negara

Dari jadi polis hutan kat Sarawak, jadi anggota polis bahagian Penguatkuasaan, seterusnya bahagian Kemalangan Maut, sampailah ditugaskan untuk jaga bahagian Lokap di IPD Petaling Jaya.


Abah masa muda² kat rumah sewanya di Sabah. Hensem bukan? 

Buat apa tuuu? Pandai posing bapak aku yeee... 

Alhamdulillah. Tiap tahun dapat sijil penghargaan anugerah perkhidmatan cemerlang

Ni tahun 2011 dulu tak silap. Aku snap untuk buat assignment pasal tugas sebagai anggota polis macam Abah. Hee kenangan...

Yang paling rare dan tak semua mampu buat adalah tugas sebagai Pembantu Pegawai Bahagian Kemalangan Maut. Kerjanya apa? Antara tugasnya yang susah pada aku adalah kutip cebisan mayat manusia. Agak² korang boleh tak?

Besar pengorbanan Abah aku. Alhamdulillah. Abah antara anggota polis yang berdedikasi, rajin, tepati masa, baik, fokus, berjiwa wira. Banyaklah aku saksikan dengan mata aku sepanjang aku hidup ngan Abah, Abah kerap tolong masyarakat.

Biarlah aku kongsi salah satu darinya. Pernah sekali Abah amik aku dari tempat kerja, masa tu kat atas jambatan Seksyen 15 jalan tengah jem.  Ada kereta wira rosak tepi jalan, orang perempuan. 

Abah maybe tahu orang perempuan bab kereta out sikit, nak nak masa tu takda sapa tolong. Abah parking tepi jalan. Abah tolong apa yang patut. Aku tengok dari dalam kereta aja, jaga kereta sebab Abah tak matikan enjin.

Masa tu aku tahu apa bapak aku buat tu adalah khidmat masyarakat yang dia terbawa-bawa sebagai seorang anggota polis, WALAUPUN dia masa tu tak bertugas pon. Disebabkan jiwa dorg ikhlas, dorg nak juga bantu masyarakat walaupun luar waktu kerja.

Ya tak dinafikan memang ada ramai manusia kat luar sana yang bencikan polis. Pada aku manusia² tu mungkin ada kisah silam yang negatif ngan anggota polis, TAPI sepatutnya jangan lepaskan dan samakan dengan anggota polis yang lain.

Aku nak gtau kat korang ramai sangat anggota polis yang baik. Nak² yang sebaya Abah aku, yang dah berusia tuuu. Pangkat tinggi² semua bos Abah baik sangat. Hat muda pon ramai yang ok, serius. Buktinya masa aku tolong MH kat Kopitiam Pak Non. Customer yg mana budak² polis helok weh, sopan.

Depa kaki lawak, kuat ngusik, sopan ja weh. Memang la ada yang weng dan ajet, tu aku dah setel kasi ok hahaha. Mana tak elok aku tegur terus, esoknya elok la tak kerek hehehe. Tapi dorg ni kebanyakannya memang baik.

Bayangkan kau mampu ke nak bahayakan diri kau untuk jaga keselamatan negara ni? Risiko macam² weh. Aku ni kira ok la Abah aku kerja bahagian yang takda kait ngan Jenayah². Yg duk kat bahagian Jenayah tu? Allah! Kuat dan berani tu ja aku nak cakap.

BARU² ni Petaling Jaya naik mendadak kes cobid ni. Aku risau bukan apa... Abah selalu bertugas kat luar kena hantar banduan pagi hari ke mahkamah. Dalam usia Abah patutnya Abah dah berhenti kerja, tapi dia masih nak berkhidmat. Kita sebagai anak hanya mampu doa yang baik² saja.

Ya sekarang Abah aku adalah antara frontliner yang berkhidmat untuk masyarakat. Selain kerja di bahagian lokap, hantar banduan segala, kadang ditugaskan hantar pegawai² bila diperlukan. Dan bila diperlukan untuk tugas lain, Abah kena standby. 

Mohon doa dari kalian. Doakan yang terbaik, semoga semua frontliner kuat dan terus tabah lakukan tugas. Aamiin Ya Rabbal'alamin.... Mulai pagi ni, Abah kena pakai pakaian ppe untuk langkah berjaga-jaga. 

Aku agak sedih, tapi aku sebagai anak hanya mampu doa semoga urusan Abah dipermudah. Aamiin Ya Rabbal'alamin... Di usia Abah 59 tahun Abah masih kuat, bersemangat sedang kita ni banyak merungut tu ni.




Teringin nak jadi macam orang tua pangkat mak abah kita. Buat apa pun tanpa rungutan. Alah bisa tegal biasa. Berharap diri ini dan semua kita tak mudah putus asa, merungut atau tak semangat ke apa. Aamiin!

Semoga wabak cobid ni cepat berambus, lenyap dari muka bumi ni. Mari kita baiki apa yang kurang. Banyak hikmah sebenarnya di sebalik apa yang dah jadi ni. Semoga Allah swt berikan kita kekuatan iman dan taqwa utk harung apa pon yang singgah dalam hidup kita...

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Comments

P O P U L A R

KELEBIHAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

KOLEKSI AYAT-AYAT UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGGAL DI KONDOMINIUM

BAHAYA NAFSU LELAKI 🔥

CARA BELI KERETA TANPA PENJAMIN UNTUK INDIVIDU YANG BEKERJA SENDIRI 💡

PINJAMAN PENDIDIKAN MARA PTPTN YAYASAN NEGERI DAN LAIN²

LIRIK DAMBA KASIH

Peristiwa Memali Antara Bukti Kerajaan Malaysia Kejam! (SIRI I)

WAHAI WANITA DIRIMU BUKAN UNTUK TONTONAN

Nyahkan Jerawat Dengan Topeng Oat