KENANGAN TERAKHIR MAKMAL KEJURUTERAAN II DI UTM KL

Sekejapnya dah masuk bulan Oktober. Fuhhh cepat masa berjalan. 

Minggu lepas dari 17 September until 25 September aku pergi Makmal Kejuruteraan II kat UTM Jalan Semarak.

Penginapan kami kat Kolej Kediaman Siswajaya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.




Pengalaman yang sangat best, walaupun semester lepas aku dah pernah pergi.

Tapi tak sama macam semester ni. Sebabnya meriah sikit, budak sem 5 merangkap budak Makmal I pun join sekali.

So takde la sunyi rasa hati. Tettt. Sebenarnya seronok sebab budak bilik pergi sekali. Ngee. 

Ok! Balik ke Kuantan bertolak after Maghrib naik bas semput Pak Wan haha.

Kecoh dalam bas tapi keadaan masih terkawal. Tahap kesabaran still ada lagi.

Sila jangan terasa lebih² siapa yang memekak tu. Nak terasa pun boleh juga sebab mengganggu ketenteramanku. Gurau je :P

Rasa berat hati tinggalkan hostel KSJ tu. Entahlah walaupun baru je duduk seminggu lebih. Aura duduk kat IPTA tu Allah swt je tahu.

Semua aku simpan dalam kenangan. Dalam perjalanan sampai lebuhraya nak masuk genting pergghh bas semput la pulak.

Almaklum la penumpang full + pula dengan barang² kami yang gaya sebulan nak duk hostel tu. Kiki.

Bas sampai terhenti masa nak naik bukit. Memang panik tapi berlagak jela cool.

Hope sangat-sangat masa tu takde kenderaan yang membabi buta merempuh bas kami yang terlebih muatan tu. Hihi.

Fuhh akhirnya boleh hidup balik enjin bas, jalan cam biasa. Sampai temerloh berhenti kat tempat rehat.

Lapar memang lapar masa tu, siap ada aku bungkus nasi berlauk lagi cuma malas la nak makan atas bas.

Aku beli la roti & makanan ringan apa yang boleh disumbat dalam mulut. Lapik perut. Bergambar-gambar then bas teruskan perjalanan.

Dalam kul 11 lebih kami sampai depan hostel pelajar perempuan Casa Perindu a.k.a SPS . Hujan lobat, kuyup den ngan kawan-kawan.

Apa-apa pun memang semua ni best & kenangan sangat-sangat. Huhu. Ok, esok pagi kena pergi UMP budak last sem.

Ada ceramah pasal IBS. Memang betol-betol kena kuat ni. Sibuk beno...  Pulanglah kami dengan selamatnya. Alhamdulillah. Thanks Allah :)








وحيده

Follow us on Pasemboqtempe Channel
https://www.youtube.com/user/satu0111

Comments

P O P U L A R

Land For Sale Hot Location & Freehold Rezab Melayu Lokasi Peserai Batu Pahat Johor 🌱🏠

For Sale New Mont Kiara KL Luxury & Amazing Serviced Apartment 🤩🌆🏊

Only RM250k 🔥 Rumah SelangorKu 3-Storey TownHouse Sungai Buloh Selangor 😉

Shah Alam New Serviced Apartment Near Setia City Mall & KPJ Hospital 🏥

Nilai Negeri Sembilan New Modern & Exclusive Condominium Book Only RM300 🏙️👏🏻

Kelebihan Dan Kekurangan Tinggal Di Kondominium 🏙️

PENGALAMAN SERAM SEPANJANG DUDUK DI ASRAMA

For Sale Hot Location & Modern Design Eco Rosalva Bertam Pulau Pinang 🌲

Keperibadian Tok Guru Nik Aziz

RESTORAN D'RAYYAN SEAFOOD SUNGAI NIBONG PULAU PINANG